Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Tinggal beberapa hari lagi bulan Januari 2021 akan pergi meninggalkan kita. Ini bermaksud bulan Februari 2021 sedang melambai-lambai menanti kehadiran kita. Seperti yang semua orang tahu keadaan ekonomi negara kita pada hari ini agak terjejas berikutan Pendemik Covid 19 yang masih belum ada kesudahannya.
Kesannya dapat dilihat dengan jelas dalam pasaran hartanah, di mana berlakunya lambakan rumah Lelong pada awal tahun 2021 ini. Jadi, sesiapa yang sedang mencari rumah-rumah lelong di bawah harga pasaran, ini merupakan masa yang paling baik untuk mendapatkan rumah tersebut.
Lambakan Rumah Lelong Harga Murah Dalam Pasaran Hartanah Tahun 2021
Pihak bank sudah mula keluarkan listing rumah lelong yang banyak untuk 30 JANUARI 2021 ini.
Pada yang nak cari rumah yang bersesuaian dengan budget, boleh tengok contoh-contoh rumah lelong yang terdapat dalam senarai di bawah:
Dalam senarai ini rumah lelong paling murah berharga RM45,000 |
Dalam senarai ini, rumah lelong paling murah berharga RM183,800 |
Dalam senarai ini, rumah lelong paling murah berharga RM256,000 |
Dalam senarai ini, rumah lelong paling murah berharga RM108,000 |
Dalam senarai ini, rumah lelong paling murah berharga RM104,000 |
Dalam senarai ini, rumah lelong paling murah berharga RM153,000 |
Dalam senarai ini, rumah lelong paling murah berharga RM196,900 |
Dalam senarai ini, rumah lelong paling murah berharga RM300,000 |
Walaupun berlaku lambakan rumah lelong dalam pasaran hartanah dengan kebanyakan harga rumah tersebut berada di bawah harga pasaran, namun begitu masih ramai lagi rakyat Malaysia tinggal menyewa dan belum pernah membeli rumah.
Malah ada diantara mereka yang sanggup membayar sewa antara RM800-RM1,000 sebulan. Tapi, bila ditanya kenapa tidak membeli rumah lagi? Jawapan yang mereka berikan ialah mereka tidak mampu membeli rumah disebabkan harga rumah mahal.
Habis tu sewa rumah yang mereka bayar RM800 - RM1,000 tu tak mahal?
Dengan bayaran sewa sebanyak itu, sebenarnya mereka mampu membeli sebuah rumah yang berharga diantara RM160,000 hingga RM200,000. Lagi puas hati! Bayar rumah sendiri yang kemudiannya akan jadi aset mereka. Berbanding mereka menyewa rumah sehingga bertahun-tahun yang merupakan aset kepunyaan orang lain.
No komen! Mungkin mereka lebih selesa hidup dalam keadaan begitu agaknya.
Tapi, kita sebagai golongan yang mempunyai kesedaran terhadap ilmu kewangan, sepatutnya kalau jumpa kawan-kawan atau saudara mara kita yang berada dalam situasi seperti ini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur mereka.
Tegurlah mereka! Walaupun mungkin apa yang kita perkatakan akan menguris hati dan perasaan mereka. Tapi, itu adalah lebih baik berbanding mereka menyesal di kemudian hari.
Bak seperti kata orang tua-tua : "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya"
Apabila umur dah semakin lanjut baru nak membeli rumah, masa tu insurans rumah akan jadi tinggi dan tempoh pinjaman pula akan jadi singkat. Ianya akan menyebabkan anda terpaksa membayar ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih mahal berbanding ketika anda masih muda.
Bagi mereka yang takut nak membeli rumah disebabkan tiada ilmu, saya boleh rekemenkan kepada anda 2 rujukan yang dapat membantu mereka membeli rumah murah di bawah harga pasaran. Rujukan yang saya maksudkan ialah:
Rumah Pertama Paksa Rela (Klik Di Sini) |
dan
Ebook RumahLelong (Klik Di Sini) |
Kedua-dua rujukan di atas telah membantu ramai orang untuk membeli rumah-rumah murah di bawah harga pasaran melalui pasaran hartanah Subsale (rumah terpakai) dan pasaran hartanah lelong (rumah yang di lelong oleh pihak yang memberi pinjaman disebabkan pemilik asal gagal membayar pinjaman dalam tempoh tertentu).
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:
- Apa Yang Telah Dilakukan Oleh 3 Pengusaha Homestay Ini Apabila PKP 2.0 Dilanjutkan??...
- Membina Swimming Pool Di Rumah Sendiri Atau Homestay Akan Jadi Lebih Mudah Dengan Adanya Panduan Yang Ditulis Dalam Bahasa Melayu
- Homestay Yang Ada Private Swimming Pool Tetap Menjadi Pilihan Utama Walaupun Harganya Lebih Mahal
- Real Case Study : Dari Rumah Lelong Ke Guest House (Homestay) 7 Bintang
- Begini Rupanya Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang...
- Real Case Study : Rumah Teres Corner Lot Di Ayer Keroh Melaka Pada Harga RM190 Ribu