Membina Swimming Pool Di Rumah Sendiri atau homestay Akan Jadi Lebih Mudah Dengan Adanya Panduan Yang Ditulis Dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Memiliki sebuah swimming pool di rumah sendiri atau homestay merupakan impian bagi sesetengah orang. Tapi, untuk membina sebuah swimming pool bukanlah satu perkara yang mudah..


Cara membina swimming Pool di rumah sendiri atau homestay
Membina Swimming Pool Di rumah kediaman atau homestay

Sebelum ini ada rakan saya yang telah membina swimming pool di rumah beliau, tapi kualiti Swimming Pool yang dihasilkan tidak memuaskan. Setakat nak buat mandi-manda tu memang bolehlah. Tapi dari segi "Finishing" tidak memenuhi seperti yang diharapkan dan bila nak buat penyelenggaraan terhadap Swimming Pool tersebut nampak agak sukar untuk dilakukan. 

Inilah antara perkara yang menakutkan ramai orang sebelum membuat keputusan  untuk membina swimming pool di rumah kediaman atau homestay. Maklumlah modal yang nak dikeluarkan untuk membina sebuah swimming pool ini bukan sedikit. Mungkin menelan belanja antara RM30 ribu hingga RM40 ribu bergantung kepada spesifikasi dan keluasan swimming pool. 

Apa perasaan anda, bila dah keluar modal sebanyak itu tapi hasilnya sangat tidak memuaskan? Tentu rasa tidak berbaloi dengan modal besar yang telah dikeluarkan.


Contoh Swimming Pool yang tidak di selenggara dengan betul
Contoh Swimming Pool yang pernah saya kunjungi di tempat percutian tapi tidak di selenggara dengan betul

Semasa saya dan isteri mengambil keputusan untuk menjadikan rumah yang kami beli sebagai Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak, sebenarnya saya pernah buat survey dalam group penduduk Seri Iskandar untuk mencari kontraktor yang boleh buat swimming pool untuk homestay kami.

Pernah bercadang untuk membina swimming Pool di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Pernah bercadang untuk membina swimming Pool di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

KONTRAKTOR TAHI KUCING!!

Masa tu adalah hamba Allah ni kata dia kontraktor berdaftar. Pernah menyiapkan bermacam-macam projek pembinaan. Bila dia sebut projek-projek tu macam gempak sahaja bunyinya. Salah satunya termasuk ada pengalaman membina swimming pool. WOW!!

Kebetulan pada masa tu bulan Ramadhan, dan kami bercadang untuk memulakan Homestay pada 1 Syawal. Masalah kami pada masa itu ialah rumah kami ada banyak cermin tingkap dan 3 sliding door. Ada banyak langsir yang perlu di pasang. Langsir yang kami tempah sudah pun siap. Cuma masalahnya ialah kami tiada tangga dan penebuk lubang untuk menggantung langsir-langsir tersebut.

Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

Jadi, bila dapat berkenalan dengan seorang "kontraktor" dalam group penduduk Seri Iskandar Perak ni memang bagus sangatlah. Jadi, saya upah beliau untuk menebuk lubang bagi menggantung langsir-langsir ini. Kebetulan dia datang bersama 2 orang pembantu. 

Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

Sementara menunggu pembantu beliau siapkan kerja, kami bersembang tentang cadangan untuk membina Swimming pool di homestay kami. Sambil-sambil tu saya pantau juga kerja-kerja mereka. 

Perkara yang paling mengecewakan saya pada ketika itu ialah, mereka kata skru yang dibekalkan oleh supplier untuk memasang kayu penggantung langsir ni terlalu besar dan panjang. Sedangkan itulah skru yang didatangkan satu set bersama dengan kayu penggantung langsir tersebut.

Lalu mereka tukar dengan skru yang lebih kecil dan lebih pendek. Mereka kata inilah skru standard yang biasa mereka gunakan untuk melekatkan kayu penggantung langsir. Walaupun saya dan isteri rasa tidak puas hati, tapi disebabkan mereka bertiga bersungguh-sungguh mengatakan perkara yang sama, lalu kami akur dengan kehendak mereka.

Selang 2 minggu selepas itu, terdapat langsir di homestay kami yang sudah tercabut. Dan ada beberapa langsir lagi yang menunjukkan tanda-tanda nak tercabut. Dahlah bayar mahal. Tapi hasil kerja langsung tidak memuaskan. Baru bagi kerja pasang langsir sahaja kot! Belum lagi bagi kerja suruh buat swimming pool

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah meminta bantuan adik ipar saya tolong selesaikan. Kebetulan dia balik kampung semasa raya. Jadi, dia tukar balik kesemua skru-skru kecil dan pendek tersebut kepada skru-skru besar dan panjang yang didatangkan satu set sebelum ini bersama dengan kayu penggantung langsir. Selesai masalah.

Pengajaran yang kami perolehi pada ketika itu ialah, jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja yang mengaku  mereka adalah kontraktor. terutamanya kepada orang yang baru pertama kali kita kenali dan tak tahu latarbelakang mereka.

Jadi, untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali, kami lupakan sahaja hasrat untuk membina swimming pool di homestay tersebut. Lebih baik fikir benda lain yang dapat memberi lebih manfaat. Itu cerita 5 tahun yang lalu.

Tapi, setelah berkenalan dengan geng-geng pengusaha homestay terutamanya tuan Shafie Bustan dan tuan Fairus Mohd Tabiee, keinginan untuk membina swimming Pool di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak muncul kembali.

Swimming Pool Yang terdapat di Homestay Kontena Melaka
Swimming Pool Yang terdapat di Homestay Kontena Melaka kepunyaan tuan Shafie Bustan

Swimming Pool yang terdapat di Ziyad Stellar Guest House Melaka
 Swimming Pool yang terdapat di Ziyad Stellar Guest House Melaka kepunyaan tuan Fairus Mohd Tabiee

Swimming Pool Yang terdapat di Villa Redan Homestay
Swimming Pool Yang terdapat di Villa Redan Homestay  kepunyaan tuan Shafie Bustan

Bila melihat gambar-gambar homestay berserta swimming Pool kepunyaan mereka, menyebabkan saya turut rasa teruja untuk memiliki swimming pool di homestay sendiri pada satu hari nanti. Lebih tepat lagi di  Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

Tapi, untuk membina swimming pool seperti itu perlu ada rujukan yang boleh dijadikan sebagai panduan. Mujur tuan Fairus Mohd Tabiee ada kongsikan gambar-gambar semasa beliau membina swimming pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka.

Gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Gambar-gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka

Gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Gambar-gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka


Gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Gambar-gambar pembinaan Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka

Alhamdulillah.. Melalui gambar-gambar yang dikongsikan secara tidak langsung dapat memberi gambaran kepada kita bagaimana kerja-kerja yang sepatutnya pihak kontraktor lakukan untuk membina swimming pool di rumah kediaman ataupun homestay.

Tidaklah nanti pisang berbuah 2 kali.. Seperti pengalaman saya skru panjang ditukar kepada skru pendek.

Sampai bila-bila pun saya akan ingat pengalaman tersebut.
Saya berharap semoga kami tidak tersalah memilih kontraktor lagi selepas ini untuk apa juga perancangan projek pembangunan homestay kami pada masa akan datang.


Gambar-gambar Swimming Pool di homestay kepunyaan tuan Shafie Bustan dan tuan Fairus Mohd Tabiee

Swimming Pool di Villa Redan Homestay
Swimming Pool di Villa Redan Homestay
Swimming Pool di Villa Redan Homestay
Gambar-gambar Swimming Pool di Villa Redan Homestay
Sumber : Klik Di Sini

Swimming Pool di Homestay Kontena Melaka
Swimming Pool di Homestay Kontena Melaka
Swimming Pool di Homestay Kontena Melaka
Gambar-gambar Swimming Pool di Homestay Kontena Melaka
Sumber : Klik Di Sini

Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Gambar-gambar Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Sumber : Klik Di Sini


Antara masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik swimming pool di rumah kediaman atau homestay ialah:
  • Berlaku kebocoran pada sambungan konkrit antara lantai dan dinding 
  • Berlaku kebocoran pada paip air atau paip pecah
  • Air dalam swimming pool cepat keruh/kotor
  • Swimming Pool cepat berlumut atau berkulat
  • Swimming Pool tidak diselenggara dengan baik
  • Risiko terhadap kerosakan pada pam 
  • dan sebagainya

Alhamdulillah.. Punca-punca terhadap masalah di atas telah dapat dikenalpasti dan diatasi oleh tuan Fairus Mohd Tabiee semasa beliau membina swimming pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka.

Memandangkan info-info tersebut sangat penting dan boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan kepada sesiapa sahaja yang bercadang untuk membina Swimming Pool pada masa akan datang. Jadi, beliau telah mendokumenkan semua langkah-langkah tersebut dalam sebuah ebook. Maka terhasillah Panduan Bina Swimming Pool Di Rumah.

Panduan Bina Swimming Pool Di Rumah
Ebook Panduan Bina Swimming Pool Di Rumah
Sumber : Klik Di Sini

Untuk makluman anda, Panduan Bina Swimming Pool di rumah merupakan panduan pertama seumpamanya yang di tulis dalam Bahasa Melayu. Tahniah diucapkan kepada tuan Fairus Mohd Tabiee di atas hasil penulisan ini.


Sebelum ini, tuan Shafie Bustan pernah mengeluarkan ebook tentang Tips Penjagaan Swimming Pool juga ditulis dalam Bahasa Melayu.

ebook Tips Penjagaan Swimming Pool
ebook Tips Penjagaan Swimming Pool

Dengan adanya kedua-dua panduan berkaitan dengan Swimming Pool yang ditulis dalam bahasa Melayu ini, akan dapat menjadikan kerja-kerja membina dan menjaga swimming pool di rumah sendiri atau homestay lebih mudah. Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal berkaitan dengan kejuruteraan pembinaan seperti saya.


Sekurang-kurangnya dengan adanya panduan ini akan dapat membantu kita membuat pemantauan terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor. 


Ingat! Bukan semua kontraktor bersikap jujur. 

Kemungkinan ada kontraktor yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan kita yang tidak tahu proses-proses kerja dengan betul seperti yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi, dengan adanya panduan ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan peratus kebarangkalian untuk kita "ditipu" oleh kontraktor. 


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.


Semoga bermanfaat. 


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)