Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini 30 Januari 2021 yang merupakan hari ke 319 kita berada dalam tempoh PKP, PKPB, PKPD, PKPP dan PKPDB. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini menunjukkan satu lagi rekod baru tertinggi dicipta dengan 5728 kes baharu sehari. Boleh rujuk Statistik harian kes Covid-19 (Klik Di Sini)
Keadaan ini sudah pasti sangat membimbangkan terutamanya dari segi ekonomi dan kesihatan. Dalam hidup kita, kedua-dua faktor ini sangat penting dan saling berkait rapat. Ianya akan dihuraikan dalam 3 jenis PKP yang perlu diberi perhatian.
3 Jenis PKP Yang Perlu Diberi Perhatian!
![]() |
3 Jenis PKP Yang Perlu Diberi Perhatian |
1) PKP1 - Perintah Kawalan Pergerakan
PKP yang pertama ini saya percaya semua orang dah biasa dengar. Sejak diperkenalkan pada 18 Mac 2020, PKP ini menjadi singkatan yang biasa diperkatakan dalam kehidupan seharian.
Melalui PKP1 ini kita tidak boleh merentas negeri, tidak boleh merentas daerah dengan sesuka hati. Setiap pergerakan kita adalah terhad. Setiap aktiviti yang kita lakukan perlu mematuhi SOP. Perlaksanaan PKP1 ini sudah pasti akan mempengaruhi PKP2 dan PKP3
![]() |
PKP Di Negeri Selangor Dilanjutkan Sehingga 4 Februari 2021 |
![]() |
PKP Di Negeri Melaka Dilanjutkan Sehingga 4 Februari 2021 |
![]() |
PKP Di Negeri Kelantan Dilanjutkan Sehingga 4 Februari 2021 |
![]() |
PKP Di Negeri Pulau Pinang Dilanjutkan Sehingga 4 Februari 2021 |
![]() |
PKP Di Negeri Sabah Dilanjutkan Sehingga 4 Februari 2021 |
![]() |
PKP Di Seluruh Wilayah Persekutuan Dilanjutkan Sehingga 4 Februari 2021 |
- PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
- PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan
- PKPDB - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar
- PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
- Pengukuhan Kesihatan Awam
- Perundangan dan Penguatkuasaan
- Pengukuhan Kawalan Sempadan
- Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
- Pembudayaan Kebiasaan Baharu
- Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
- Perlindungan Golongan Berisiko
2) PKP2 - Poket Kian Pokai
Berikutkan perlaksanaan PKP1 ada antara kita yang termasuk dalam golongan PKP2. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang cuma dibayar gaji separuh, ada yang kena potongan gaji beberapa peratus disebabkan tak boleh datang bekerja, dan sebagainya. Bagi peniaga pula, ada yang susah nak dapat pelanggan disebabkan pelanggan tidak dibenarkan merentas negeri (contoh sektor pelancongan dan penerbangan), ada perniagaan yang tidak dibenarkan langsung untuk berniaga, ada perniagaan yang boleh berniaga tapi perlu mematuhi SOP tertentu yang sangat ketat dan sebagainya.
Bagi sesiapa yang berada dalam situasi PKP2, anda perlu survive dan perlu menjadi seorang yang lebih kreatif untuk menggantikan pendapatan yang hilang.
Jangan sesekali mengalah atau berputus asa!
Walau apa pun berlaku, hidup tetap perlu diteruskan.
Setiap masalah yang berlaku, pasti ada peluang lain yang Allah berikan kepada kita melalui sumber-sumber yang tidak disangka-sangka. Apa yang penting kita perlu berusaha mencari peluang tersebut. Sebagai contoh, boleh baca dalam senarai pautan di bawah:
- Kini Tiba Giliran Syarikat Malindo Air Pula Mengurangkan Bilangan Pekerja
- Ekonomi Negara SAKIT : 100,000 Peruncit Bakal Gulung Tikar - SME Malaysia
- Senarai 13 Kerja Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4)
- Lambakan Rumah Lelong Harga Murah Dalam Pasaran Hartanah Tahun 2021
- Sebanyak 257 Buah Hartanah Akan Dilelong Oleh LPPSA Pada 28 November 2020
- Apa Yang Telah Dilakukan Oleh 3 Pengusaha Homestay Ini Apabila PKP 2.0 Dilanjutkan??...
- Gunakan Duit RM10,000 I-Sinar KWSP Dengan Bijak.
- Pandangan Pakar Terhadap Pengeluaran KWSP Akaun 1 Sebanyak RM10 Ribu Secara One Off
- Pendapatan Alternatif Kepada Pengusaha Homestay Semasa PKPB Dilaksanakan
3) PKP3 - Poket Kena Penuh
Mereka yang termasuk dalam golongan PKP ke 3 merupakan antara golongan yang bertuah. Walaupun dalam tempoh PKP, mereka masih lagi steady. Malah, ada diantara mereka yang berjaya menjana pendapatan melebihi daripada yang biasa mereka dapat sebelum PKP dilaksanakan.
Sebagai contoh, orang yang melabur saham tiba-tiba saham meningkat naik secara mendadak sehingga 500%. Peniaga-peniaga online di Shopee, waktu PKP ramai orang tidak boleh nak keluar rumah, jadi ramai rakyat Malaysia membeli secara dalam talian melalui Shopee. Para Youtuber pula bilangan suscriber dan view meningkat mendadak berikutan ramai orang meluangkan masa di youtube sepanjang tempoh PKP terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak.
Berikut merupakan contoh-contoh mereka yang tersenarai dalam PKP3:
- Budak Umur 9 Tahun Jana Pendapatan Hampir RM120 Juta Melalui Platform YouTube Sepanjang Tahun 2020
- Inspirasi : Peniaga Ini Dah Capai Jualan Melebihi RM1.6 Juta Di Shopee Sepanjang Tahun 2020
- RM6.4 Juta Dalam 24 Hari - Motivasi Kepada Kita Semua
- Boleh Beli Banglo Secara Tunai Setiap Bulan Dengan Pendapatan Melalui Youtube
Secara di atas kertas, nampak beruntung bagi mereka yang berada dalam golongan PKP3. Walaubagaimanapun, semua orang perlu sentiasa berhati-hati disebabkan langit tidak selalu cerah. Sementara air di tempayan masih lagi penuh dan melimpah, perlulah disalurkan ke baldi-baldi yang lebih kecil sebagai persediaan disebabkan kita tidak tahu bilakah kemarau besar akan melanda?
Samada anda berada dalam PKP2 ataupun dalam PKP3, perancangan kewangan tetap perlu diambil perhatian. Sekiranya perlukan ilmu perancangan kewangan yang betul, saya syorkan kepada anda supaya klik pada link di bawah:
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:
- Membina Swimming Pool Di Rumah Sendiri Atau Homestay Akan Jadi Lebih Mudah Dengan Adanya Panduan Yang Ditulis Dalam Bahasa Melayu
- Homestay Yang Ada Private Swimming Pool Tetap Menjadi Pilihan Utama Walaupun Harganya Lebih Mahal
- Real Case Study : Dari Rumah Lelong Ke Guest House (Homestay) 7 Bintang
- Begini Rupanya Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang...
- Pemberian Bantal Hilton Percuma Untuk Penyewa Homestay Di Teruskan Lagi
- Booking Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak Untuk Tahun 2021 Dapat Bantal Hilton Percuma
- Real Case Study : Rumah Teres Corner Lot Di Ayer Keroh Melaka Pada Harga RM190 Ribu
- Bukti : Deposit Homestay Akan Dipulangkan Semula Sekiranya Tak Jadi Nak Menyewa Akibat PKP