Senarai 13 Kerja yang boleh dilakukan dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malam tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi selama 2 minggu (Fasa yang ke 4) iaitu dari 29 April sehingga 12 Mei 2020.

Pasti ramai rakyat Malaysia yang berasa kurang selesa dengan keputusan tersebut, sebab sudah ramai yang rindu dengan suasana kehidupan di tempat kerja. 

"Duduk Rumah Lama-lama bukan boleh buat apa? Kalau pergi kerja boleh dapat duit gaji untuk menampung keperluan harian"
Tapi bila difikirkan betul-betul antara "pendapatan" dan "ancaman nyawa" mana yang lebih penting?

Nak cari pendapatan terlalu banyak alternatif yang boleh kita lakukan. Tapi, bila melibatkan ancaman nyawa ia bukan sahaja boleh memudaratkan diri kita malah seluruh ahli keluarga kita termasuk anak-anak.

Cuba kita sama-sama fikir betul-betul... Berbaloi tak kita pergi keluar bekerja sehari dengan pendapatan sekitar RM100-RM200 tapi bila kita balik rumah, kita bawa bersama penyakit "COVID-19" untuk anak dan isteri tanpa kita sedari?

Jadi, untuk kebaikan kita bersama, kita perlu redha dan akur dengan keputusan tersebut. Kita harus berlapang dada dan anggap setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Manfaatkananlah tempoh masa 2 minggu tersebut untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti membaca Al-Quran Dan buat solat-solat sunat di bulan Ramadhan disamping buat kerja-kerja dari rumah...


Senarai 13 Kerja yang boleh dilakukan dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4)


Ya! buat kerja dari rumah. Dalam post ini saya nak kongsikan tentang 13 jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah, yang dapat membantu anda untuk menjana pendapatan.


15 Kerja yang boleh dilakukan dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4)
13 Kerja yang boleh dilakukan dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4)

Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Dalam Tempoh PKP ini merupakan masa yang terbaik untuk anda menyerlahkan potensi yang ada pada diri anda. Gunakan kelebihan yang ada pada diri anda untuk membantu anda menjana pendapatan dari rumah.

Berikut merupakan senarai kerja yang boleh anda lakukan dari rumah untuk membolehkan anda memperolehi pendapatan tanpa perlu pergi bekerja:

1) Buat Video dan upload di Youtube

Ramai orang berjaya menjana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah melalui video yang mereka muatnaik di Youtube.

Rahsia Buat duit dari Youtube ini mula dikenali ramai sekitar tahun 2014, apabila ada seorang pemuda dari Sweden yang bernama Felix Kjellberg berjaya menjana pendapatan RM14 juta setahun (2.6 juta pound) dengan hanya bermain komputer.

Felix Kjellberg berjaya menjana pendapatan RM14 juta setahun (2.6 juta pound) melalui youtube.

Selepas itu, ramai jutawan-jutawan youtuber lahir di Malaysia seperti Dato' Seri Aliff Syukri, Mr Kokom, Zukie Mohamad, Alief Irfan, Syahmi Sazli, Ustaz Ebit Lew, dan lain-lain.  Menarik bukan?

Nak tahu berapa anggaran pendapatan kerja dari rumah mereka melalui saluran Youtube, anda boleh tengok view untuk setiap video yang dihasilkan. Lebih banyak view yang diperolehi, lebih banyaklah pendapatan mereka.

Bukan semua video yang dihasilkan oleh golongan VVIP, artis, ustaz, selebriti sahaja yang boleh menghasilkan banyak view. Ramai youtuber yang tidak terkenal juga mampu menghasilkan video yang mempunyai banyak view.

Sebagai contoh, boleh tengok dalam gambar-gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini
Sumber : Klik Di Sini

Lihat, video simple macam tu pun berjaya mendapat lebih ratusan ribu view.
Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana buat kerja dari rumah melalui Youtube, boleh klik link ini -> Rahsia Youtuber (Klik Di Sini)



2) Berniaga dari Rumah Melalui Platform Shopee 

Ada peniaga dalam kalangan rakyat Malaysia berjaya buat rekod jualan sebanyak 6 angka sebulan secara part time di laman web Shopee.. Dalam Tempoh PKP dilaksanakan, ramai rakyat Malaysia tidak dapat keluar rumah dengan sesuka hati. Jadi, cara terbaik untuk mereka berbelanja ialah dengan membeli secara online dan kebanyakannya berasa selesa "bershopping" di platform Shopee.

Kisah Puan Jamilah,  Kerani Yang Selalu Sakit! (Ini Cerita sebelum PKP lagi)

Puan Jamilah, 37 tahun, seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, keadaan beliau sebenarnya tidak berapa sihat untuk bekerja. Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya menyebabkan beliau mencuba nasib untuk berniaga di Shopee.

Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopeenya. Juga menggunakan konsep dropship, keuntungan bagi setiap pasang baju ialah sebanyak RM15. Bermula dengan 20 jenis produk, dari sebuah syarikat, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk. Semuanya menggunakan konsep dropship. Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.



Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak.


Contoh pendapatan di laman web shopee -> Klik Di Sini

Selain puan Jamilah sebenarnya ada ramai lagi sahabat-sahabat kita yang berniaga  secara parttime dari rumah melalui platform Shopee.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang berniaga secara Part Time di laman web Shopee, saya syorkan anda lawati laman web ini
=> www.bisnesshopee.com



3) Buat Duit Dengan menulis

Kerja Part Time seterusnya yang pernah saya lakukan sehingga sekarang ialah menulis... Menulis... dan menulis...


Daripada seorang penulis blog, boleh jadi penulis ebook... Dan mana tahu satu hari nanti saya bakal menjadi penulis buku pula...


Berikut merupakan contoh ebook yang pernah saya tulis sebelum ini.



Sumber : Klik Di Sini

Buat Duit dengan menulis mempunyai potensi yang sangat bagus untuk jangka masa panjang. Buat kerja sekali tapi boleh untung berkali-kali. 

Untuk buku bercetak (hard Copy), Jual buku cetakan pertama sehingga habis, buat cetakan yang kedua... Jual buku cetakan kedua sehingga habis, buat pula cetakan yang ke tiga... Begitulah seterusnya...


Untuk buku versi ebook lagi best... Tulis buku sekali boleh jual berkali-kali tanpa ada sebarang kos percetakan... Setiap kali melihat hasil jualan hanya mampu tersenyum hingga ke telinga...


Kita kerja tulis buku sekali sahaja... Tapi hasilnya dapat dirasai sehingga ke anak cucu kita nanti...


Sekiranya anda berminat nak belajar selok belok buat duit dengan menulis, saya syorkan anda layari laman web ini:

=> RahsiaPenulis.com

Ada Sifu yang dapat membimbing anda buat kerja secara Part Time dengan menulis dan boleh membant anda untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan. 



4) 100% bekerja dari rumah 
sebagai ejen Affiliate 

Bekerja dari rumah 100% sebagai ejen affiliate memang saya suka... Sebab kita tolong promote produk orang, kemudian kita akan dibayar komisyen antara 2% - 60%. Memang best! Komisyen tinggi, tiada langsung risiko kerugian sebab pendaftaran untuk menjadi ejen affiliate adalah Percuma.


Salah satu contoh keseronokan 100% bekerja dari rumah sebagai ejen affiliate Affiliate adalah seperti dalam gambar di bawah... 



Carta Jualan Buat Duit Dengan Affiliate dalam Tempoh 12 hari 

Nampak tu... Ramai orang mampu buat duit dengan affiliate dalam tempoh yang singkat... Walaupun cabaran ini berlangsung selama 12 hari sahaja, tapi ramai yang berjaya buat jualan 3 angka, 4 angka dan 5 angka... Saya merupakan salah seorang daripadanya. Syukur Alhamdulillah.

Nak menjadi ejen affiliate yang biasa-biasa memang mudah.

Tapi bagaimana cara nak jadi ejen affiliate yang luar biasa atau lebih dikenali sebagai Super Affiliate? 

Berikut merupakan 3 contoh komisyen yang diperolehi pada setiap bulan oleh super affiliate bermula dari bulan Disember 2018 sehingga bulan Mac 2020.


Super Affiliate 1 -> Adilah (Klik Di Sini)


Super Affiliate 2 -> Halim (Klik Di Sini)

Super Affiliate 3 -> Shahrul (Klik Di Sini)


Bestkan tengok komisyen yang diperolehi oleh super-super affiliate yang saya kongsikan di atas. Berjaya memperolehi komisyen secara konsisten sebanyak 4 hingga 5 angka pada setiap bulan.

Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang cara bekerja dari rumah sebagai ejen Affiliate, saya syorkan anda klik link di bawah:
=> KERJA DARI RUMAH SEBAGAI EJEN AFFILIATE (KLIK DI SINI)


5) Jadi Usahawan Internet secara Part Time Dari Rumah

Nak jadi Usahawan Internet secara Part Time dari rumah ni tak susah. Tetapi, anda perlu mempunyai kemahiran tertentu seperti tahu mengendalikan Fanpage, tahu teknik pemasaran di facebook, tahu buat laman web yang simple, tahu buat copywritng, tahu mengumpul senarai email, tahu cara nak menghubungi prospek, dan lain-lain.

Nak jadi usahawan internet ni tidak semestinya kita perlu bermula dengan kesempurnaan 100%. 


Buat step by step dulu mana yang termampu... Sebagai contoh, saya ada memiliki laman web. Tapi laman web saya dibangunkan dengan menggunakan platform blogspot. Sebab itu kemahiran yang saya ada.


Saya mempunyai beberapa laman web yang dibangunkan hanya dengan menggunakan blogspot sahaja: 


https://zerokosblogspot.blogspot.com

http://www.myhomestay4u.net


https://caturpoliteknik.blogspot.com



Ini sahaja kemahiran yang saya ada. Tapi saya tetap buat juga.

Walaupun saya tak memiliki kemampuan untuk membangunkan laman web yang hebat, tetapi saya masih mampu menjadi Usahawan Internet secara Part Time... 




6) Jadi Penulis Content Viral di Facebook

Sekarang ni ramai orang berjaya buat duit di media sosial seperti facebook, Instagram dan Tweeter.

Apa yang mereka buat?

Mereka hasilkan tulisan yang boleh menjadi viral dan ramai orang kongsikan tulisan tersebut.

Semakin ramai orang sudi kongsi hasil tulisan anda, boleh menyebabkan anda mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Bila anda mempunyai ramai pengikut di media sosial dan kebanyakan mereka berasa selesa dengan hasil tulisan anda, akan memudahkan anda untuk menghasilkan pendapatan melalui pelbagai cara.

Nak berjaya seperti mereka, perlu ada kemahiran copywriting yang padu di media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

Macamana nak dapatkan copywriting yang padu? Ayat emosi mudah Viral?, dan sebagainya ... Perlu berguru... Atau nak shortcut dapatkan sahaja yang sedia ada kemudian edit mengikut keperluan anda.


Senarai rujukan di bawah mungkin dapat membantu anda menyediakan content untuk dikongsikan di media sosial:



7) Pelaburan Saham

Ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, ramai yang sedang mengintai peluang-peluang keemasan dalam pelaburan saham sebagai salah satu kerja part time dari rumah.


Sumber : Klik DI Sini

Pelaburan Saham ini sesuai untuk semua orang tidak kira apa juga jenis pekerjaan anda.. Samada anda seorang penjawat awam, bisnesman, peniaga, pelajar, suri rumah tangga sepenuh masa dan sebagainya. Semua orang boleh menyertai pelaburan saham.

Dalam pelaburan saham terdapat 2 kategori iaitu:

  • INVESTOR : jual beli saham pada hari Sabtu @ ahad. Sesuai untuk golongan penjawat awam dan ahli perniagaan @bisnesman.
  • TRADER : jual beli saham setiap hari. Sesuai untuk golongan Peniaga, suri rumah tangga sepenuh masa, bekerja sendiri, student dan sebagainya. 

Pada keadaan ekonomi seperti sekarang ni cuba elakkan melabur saham yang melibatkan industri oil and gas, industri perkhidmatan, dan industri pelancongan. Sebab kita sendiri tahu industri-industi ini sedang menanggung kerugian yang teruk pada ketika ini.


Sekiranya berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang cara Buat Kerja Part time dari rumah melalui pelaburan saham , saya syorkan anda kunjungi laman web ini:


8) Jadi Ejen Hartanah Secara Online

Cara yang kelapan untuk membuat kerja part time dari rumah ialah dengan menjadi Ejen hartanah secara online. 

Keuntungannya sangat lumayan.... Setiap rumah yang berjaya anda jual, membolehkan anda mendapat komisyen antara 4 angka hingga 5 angka (Bergantung kepada projek perumahan yang berjaya anda jual)..


Katakan dalam masa sebulan anda berjaya menjual 2 buah rumah yang memberikan komisyen antara RM10,000-RM15,000 sebuah. Komisyen yang berjaya anda perolehi melalui 2 buah rumah tersebut ialah antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan..

Banyak ke sikit?

Itu baru 2 buah rumah sebulan.. Cuba bayangkan sekiranya anda berjaya menjual lebih banyak rumah dalam masa sebulan?

Tidak hairanlah ada ejen hartanah yang berjaya dapat komisyen melebihi RM350,000 dalam masa satu tahun..

TAPI, untuk menjadi ejen hartanah yang berjaya perlu mempunyai ilmu dan list hartanah yang banyak.


Dari Mana nak dapatkan ilmu menjadi ejen hartanah?


Boleh dapatkan ilmu tentang kewangan dan hartanah melalui linik di bawah

->> Rujukan hartanah dan pengurusan kewangan (Klik Di Sini)

Boleh dapatkan senarai (list) lebih 60 buah rumah dan lot tanah yang terdapat di seluruh Malaysia..

=> Senarai Rumah dan Lot Tanah Untuk dijual (Klik Di Sini)

Anda boleh gunakan list ini untuk membuat promosi secara
online di facebook.

Bila ada yang berminat nak beli, anda boleh mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan daripada mereka.


9) Bisnes Bakeri termasuk kek, tart, biskut Raya dan sebagainya Di Rumah dan Jual Secara Online

PKP Fasa 3 dan Fasa 4 berlaku pada bulan Ramadhan.
Selepas bulan Ramadhan, kita akan memasuki bulan Syawal pula.

Pada ketika ini orang ramai ada masa untuk belajar ilmu-ilmu masakan.
Dalam masa yang sama, mereka juga boleh boleh gunakan ilmu dan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan dari rumah.


Sumber : Klik Di Sini


Ya! Anda boleh memulakan bisnes Bakeri dari dari rumah dengan membuat kek, tart, biskut raya dan sebagainya kemudian anda jual secara online.

In Shaa Allah, ramai orang berminat untuk membeli hasil masakan anda.

Berikut merupakan senarai rujukan yang dapat membantu anda untuk menghasilkan masakan-masakan tersebut:

Lihat.. Ada terlalu banyak peluang untuk mendapat rezeki dari rumah dalam tempoh PKP yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini.

Manfaatkanlah peluang ini dengan sebaiknya.


10) Berniaga air balang Dari Rumah

PKP bersambung lagi..
Bazar Ramadhan dibatalkan di seluruh Malaysia..
Bagaimana dengan nasib peniaga-peniaga di Bazar Ramadhan?
Terutamanya bagi peniaga-peniaga yang menjual air di Bazar Ramadhan..




Sumber : Klik Di Sini

Mungkin Boleh ikut Cara akak ini berniaga:

  1. Berniaga air balang di kawasan kediaman
  2. sertai group WhatsApp/facebook e-Bazar Ramadhan
  3. Ada runner Bantu buat COD

In Shaa Allah, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin rezeki anda kali ni lebih lumayan berbanding ketika anda berniaga di bazar Ramadhan. Siapa tahu.

Klik di sini, untuk mendapatkan Info dengan lebih lanjut Cara nak Berniaga air balang ->> airbalang.com (Klik Di Sini)

11) Ambil upah Design e-banner untuk peniaga-peniaga e-Bazar Ramadhansampul Duit Raya, e-kad raya, cover ebook dan lain-lain

Sekiranya anda mempunyai kepakaran untuk merekabentuk e-banner yang cun, anda boleh sediakan servis ambil upah design e-banner kepada peniaga-peniaga e-bazar Ramadhan.

Kebanyakan peniaga e-bazar Ramadhan tak pandai nak design e-banner. Tapi mereka pandai berniaga. Jadi, inilah peluang anda untuk mewujudkan satu peluang pekerjaan dari rumah.

Selain itu, anda juga boleh tawarkan servis design sampul duit raya, e-kad raya, cover ebook dan lain-lain. Ramai orang mencari perkhidmatan ini, terutamanya dekat-dekat nak raya ni.

Anda boleh semak kadar upah bagi setiap tempahan design-design melalui laman web ini -> 

Nak mudah dapat tempahan, anda perlu tawarkan servis pada harga yang lebih murah dengan hasil kerja yang lebih TIPTOP dan tempahan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih cepat.


12) Buat Apps Dari Rumah dan jana pendapatan



Anda tentu pernah menggunakan Apps di Smartphone anda kan?
Biasa apps ni kita download di google store, kemudian kita cari apps yang kita perlukan untuk keperluan kehidupan seharian kita seperti untuk bayar bil, untuk mudahkan kita melayari sesuatu laman web, untuk bermain game dan sebagainya.

Tahukah anda, orang-orang yang membangunkan apps boleh menghasilkan pendapatan (pasif income) daripada setiap pengunjung atau pengguna apps mereka. Semakin ramai orang yang memuatturun dan menggunakan apps mereka, semakin banyak pendapatan yang berjaya mereka perolehi.

Sebagai contoh, boleh tengok dalam gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Ya! Ramai orang dah berjaya mempunyai pasif income pada setiap bulan melalui Apps yang telah mereka bangunkan. Setiap apps boleh menghasilkan satu sumber pendapatan pasif. kalau mereka boleh menghasilkan 4 buah apps, seakan-akan mereka mempunyai 4 buah "kedai" yang setiap satunya memberi sumber pendapatan kepada mereka.

Nak tahu lebih detail bagaimana cara nak buat duit melalui Apps, boleh klik link di bawah:
RahsiaBuatAppsGames (Klik Di Sini)

Sekiranya apps yang anda bina mempunyai potensi yang besar untuk pergi lebih jauh, anda boleh menjual apps tersebut kepada syarikat-syarikat besar yang berminat untuk membeli apps anda dengan bayaran yang cukup lumayan.

Sebagai contoh Irfan Khairi, beliau telah menghasilkan sebuah apps dengan modal sebanyak RM2,000 (supaya kelihatan profesional) dan menjualnya pada harga RM1,000,000 dalam masa 3 bulan 


Irfan Khairi  berjaya menjual sebuah Apps pada harga RM1 juta 
Sumber : Klik Di Sini

Boleh baca di sini, bagaimana cara beliau melakukannya -> Jual Apps pada Harga RM1,000,000 (Klik Di Sini)

13) Ambil upah buatkan Platform e-commerce untuk Syarikat-syarikat yang ingin bawa Perniagaan mereka ke dalam talian

Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan selama 6 minggu (Fasa1-Fasa3), kita dapat menyaksikan banyak perniagaan yang terjejas. Terutamanya peniaga-peniaga Offline. Manakala peniaga-peniaga online pula mampu menarik nafas lega sebab perniagaan berjalan seperti biasa, malah jualan pula semakin meningkat.

Ramai bos-bos atau Peniaga-peniaga mula nampak kelebihan membawa perniagaan mereka ke dalam talian (online).
Tetapi, kebanyakan daripada mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya?

Pada ketika ini mereka sangat terdesak. Mereka nak hantar staf yang bercuti/bekerja dari rumah supaya menghadiri kursus pemasaran online dah tak sempat.

Jadi, mereka sangat memerlukan orang yang mempunyai pengetahuan dalam perniagaan online untuk membantu mereka. Kalau mereka langung tidak berbuat apa-apa selama 8 minggu (PKP Fasa 1 - PKP Fasa 4), macammana mereka nak dapatkan sales. Bila tiada sales macamana mereka nak bayar gaji pekerja dan lain-lain tanggungan dalam perniagaan.

Alhamdulillah.. Walaupun saya bukanlah seorang yang benar-benar mahir dalam perniagaan online, tapi saya juga ada dapat Job untuk setup satu sistem e-Commerce untuk sebuah syarikat.

Anda boleh tengok 2 hasil "Kerja dari Rumah' saya
  1. Job pertama -> https://kobistech.onpay.my/order/form/fightcovid19
  2. Job kedua -> https://kobistech.onpay.my/order/form/kurma 

Sebenarnya mudah sahaja nak buat platform e-commerce ini kalau tahu caranya. Anda tidak perlu tahu tentang programming!

Bila dah tahu caranya, anda boleh gunakan kemahiran tersebut untuk membantu syarikat-syarikat yang belum "mengonlinekan" perniagaan mereka.

Serius memang berbaloi!! Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh layari laman web ini -> Onpaymethod.com


Terima kasih bos, encik KOBIS Zaiwin Kassim and team kerana beri kepercayaan kepada saya untuk bantu team mereka..

Walaupun kita dipisahkan oleh laut China Selatan, tapi kita masih boleh lagi bekerjasama dalam satu pasukan...


Good luck..


Bagaimana pula dengan Blog?

Cara nak bekerja dari rumah sebagai seorang penulis blog Saya tak nak masukkan dalam senarai kali ni... sebab saya dah banyak kali berkongsi maklumat tersebut.

Kalau anda berminat nak tahu tentang blog, anda boleh baca kedua-dua ebook ini

1) ebook Belajar Buat Blog (Klik Di Sini)
Sumber : Klik Di Sini

2) ebook Teknik Jadikan Blogspot web jualan Power (Klik Di Sini)


Sumber : Klik Di Sini

Semoga dapat membantu bagi mereka yang memerlukan maklumat tersebut.


Kenapa Anda Perlu Buat Kerja dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4)?

Melihat kepada keadaan keadaan kesihatan secara global akibat COVID-19, tidak mustahil tempoh Perintah Kawal Pergerakan ini boleh dilanjutkan lagi. 

Sekiranya keadaan ini benar-benar berlaku, apa pilihan yang kita ada?
  • Nak keluar berniaga tidak dibenarkan
  • Nak keluar bekerja dah tak boleh. 
  • Nak buat servis perkhidmatan seperti gunting rambut, SPA juga tidak di benarkan.

Sedangkan kita perlu bekerja untuk:
  • Membeli makanan sekeluarga
  • Beli susu anak
  • Beli Pampers anak
  • Bayar sewa rumah
  • bayar hutang kereta
  • Bayar hutang rumah
  • Bayar pinjaman peribadi
  • dan sebagainya.

Sepanjang Tempoh Perintah Kawal Pergerakan - COVID19 (Fasa 4) selama 14 hari ni takkan nak duduk rumah saje-saje.

Kerajaan juga telah menyarankan supaya seluruh rakyat Malaysia buat kerja dari rumah, melainkan mereka yang mendapat kebenaran untuk terus bekerja seperti Doktor, Jururawat, Polis, Pegawai bank, askar, pekerja di pam minyak, jurujual di pasaraya dan lain-lain. 


Selain daripada itu, semua orang perlu bekerja dari rumah.




Jadi, manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya supaya tidak dibazirkan dengan begitu sahaja.

Pesanan Ikhlas daripada
Muhamad Anuar Marsib
http://www.myhomestay4u.net


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)