Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam post sebelum ini, saya kongsikan tentang Lambakan Rumah Lelong Harga Murah Dalam Pasaran Hartanah Tahun 2021 di mana list baru untuk 31 Januari 2021 telah pun dikeluarkan.
Dalam post pada kali ini, saya nak kongsikan pula tentang lambakan rumah yang tidak terjual di negeri Perak boleh menyebabkan harga rumah jadi semakin murah.
![]() |
Rumah Murah di Residensi Kampung Paloh |
Lambakan Rumah Tidak Terjual Di Negeri Perak Boleh Menyebabkan Harga Rumah Jadi Semakin Murah
Hampir setiap hari dalam group-group facebook di negeri Perak ada sahaja iklan-iklan rumah yang dikongsikan oleh ejen-ejen hartanah atau pemaju perumahan. Itu belum lagi termasuk iklan-iklan rumah di facebook yang tidak kurang juga hebatnya.
![]() |
Contoh Iklan Rumah Bertingkat Bawah Harga RM160K di Bandar Meru Raya Ipoh |
![]() |
Contoh Iklan Rumah Teres 1 Tingkat Bawah Harga RM200K Di Seri Iskandar Perak |
Untuk makluman anda, di negeri Perak ada lebihan 2411 unit strata yang belum terjual. Pada ketika ini Perak berapa pada kedudukan ke 4 ada lebihan hartanah selepas Johor, Selangor dan Penang. Malah ada unit kediaman ini yang masih banyak kekosongan, walaun rumah siap lengkap tanpa penghuninya.
Berdasarkan pandangan Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pakar kewangan dan Pelaburan hartanah yang berasal dari negeri Perak. Beliau menjangkakan, menjelang sukuan ke 2 dan sukuan ke 4 tahun 2021 akan ada banyak tawaran harga rumah yang lebih menarik lagi.
Ini disebabkan pemaju-pemaju perumahan juga berhutang dengan bank. Bukan hutang sikit-sikit! Tapi hutang dalam nilai yang tersangat besar, mungkin ada yang melebihi ratusan juta ringgit berdasarkan kepada saiz skala projek. Semakin besar projek perumahan yang mereka bangunkan, semakin besarlah hutang mereka.
Jadi, mereka perlu segera menjual rumah-rumah yang telah siap dibina atau sedang dibina bagi melunaskan hutang pinjaman tersebut.
![]() |
Contoh Iklan Rumah Semi-D 1 Tingkat Bawah Harga RM250K Di De Aracdia Residence Perak |
![]() |
Contoh Iklan Rumah Bertingkat Bawah Harga RM180K Di Ipoh City Center Perak |
Semasa berlaku krisis ekonomi pada tahun 1997-1998, terdapat lebih 800 pemaju gulung tikar (menurut data Rehda). Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali dalam krisis ekonomi yang dijangka lebih teruk lagi pada ketika ini disebabkan Pendemik Covid-19, tidak mustahil pihak pemaju akan turunkan lagi harga rumah supaya mereka dapat segera menjual rumah-rumah yang ada.
![]() |
Contoh Iklan Rumah murah Di kawasan-kawasan sekitar negeri Perak |
Sekiranya anda ingin membeli rumah, mungkin inilah masa yang paling baik! Di mana anda mempunyai peluang yang sangat besar untuk tawar-menawar dengan pihak pemaju bagi mendapatkan pengurangan harga rumah yang anda idamkan.
Selain pengurangan harga rumah, mungkin anda juga boleh bertanyakan apa tawaran percuma yang pemaju boleh bagi? Inilah waktu yang terbaik untuk anda rebut peluang tersebut, supaya pembeli rumah dan pemaju sama-sama mendapat manfaat melalui situasi menang-menang seperti berikut:
- Pemaju dapat jual rumah yang menjadi bebanan hutang kepada mereka
- Pembeli dapat beli rumah pada harga yang murah berserta tawaran-tawaran hadiah yang hebat. Mungkin rebat harga rumah, mungkin baucer pembelian perabot dan peralatan elektrik, atau mungkin juga dapat rumah yang lengkap dengan kemudahan perabot dan peralatan elektrik. Siapa tahu, kalau itu rezeki anda.
Jadi, bermula dari sekarang, anda sudah boleh mula menyimpan sebagai persediaan untuk membeli rumah menjelang pertengahan tahun ini.
Cuba baiki skor kewangan dengan melunaskan hutang-hutang yang ada dengan membayarnya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak bank, supaya mudah untuk anda mendapatkan kelulusan pinjaman.
![]() |
Contoh Iklan Rumah murah bawah harga RM200K di Raia Gemilang Residence |
Penting!!
Sebelum membeli rumah, anda perlu terlebih dahulu membuat semakan harga pasaran hartanah di kawasan tersebut. Caranya ialah dengan membahagikan harga dengan keluasan lantai. Contohnya harga kediaman yang ditawarkan RM170,000 dan keluasan lantai ialah 1000 kps. Bermakna harga bagi sekaki persegi ialah RM170 kps.
Semak berapa harga pasaran sekunder di kawasan dan jenis yang sama. Ada sesetengah kediaman baru mempunyai harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sekunder.
Kebiasaannya harga kediaman sekunder lebih rendah antara 20-30% daripada harga baru.
Fahami budaya masyarakat setempat. Jika di persekitaran kawasan rumah tersebut masih ada banyak tanah, elakkan membeli kediaman bertingkat. Lebih-lebih lagi kediaman bertingkat yang ada lebih daripada 500 kediaman. Bila kawasan perumahan yang terlalu padat, akan menyebabkan nilai eksklusif hartanah dikawasan tersebut akan hilang.
Anda akan dapat merasainya apabila ingin menjual semula rumah tersebut. Ramai pembeli yang sudah berkeluarga lebih selesa untuk membeli kediaman bertanah berbanding rumah bertingkat. Ini boleh menyebabkan harga rumah bertingkat tiada peningkatan nilai pada masa hadapan.
Melainkan anda membeli rumah di kawasan yang terlalu padat penduduk seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Baharu. Di kawasan ini tiada masalah untuk anda membeli rumah bertingkat dan dijadikan sebagai pelaburan.
Kita harus berpijak di bumi yang nyata! Membeli rumah untuk dijadikan satu pelaburan pada masa hadapan. Bukan sekadar membeli rumah sekadar untuk melepaskan batuk di tangga!
![]() |
Contoh Iklan Rumah murah bawah harga RM200K di Taman Kidding Flora |
Sebelum membeli rumah bertanah pula, adalah disyorkan supaya membuat perbandingan harga dan lokasi rumah.
Untuk makluman anda, rumah jenis teres 2 tingkat juga sudah mula ada pembetulan harga. Dulu kebanyakan rumah teres dua tingkat di kawasan Perak berharga antara RM250,000 hingga RM300,000. Tapi kini, anda boleh mendapatkan harga yang lebih baik atau istimewa untuk mendapatkan sebuah kediaman yang lebih selesa.
![]() |
Contoh Iklan Rumah Semi-D Town House bawah harga RM250K di Sitiawan Perak (Keluasan Tanah 35' X 90') |
![]() | |
Contoh Iklan Rumah Semi-D 1 Tingkat berharga melebihi RM250K
|
Sebagai contoh, dalam 2 gambar di atas, perlu semak betul-betul dari segi lokasi rumah, harga pasaran hartanah di kawasan tersebut, keluasan binaan rumah, keluasan tapak rumah, kemudahan yang disediakan oleh pemaju, kemudahan berhampiran, rumah jenis leasehold atau freehold dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, sebelum membeli rumah perlu terlebih dahulu ada rekod kewangan yang cantik. Kemudian baru boleh cari rumah. Tiada gunanya anda cari rumah kesana kesini, hubungi ejen perumahan sana-sini, pergi survey rumah kesana-kesini, jumpa dengan pemaju sana-sini, tapi kita sendiri tahu rekod kewangan kita teruk dan mustahil boleh mendapatkan kelulusan pinjaman.
Kemudian, bagi anda yang sudah mempunyai rekod kewangan yang cantik. Jangan gelojoh semasa hendak membeli rumah. Jangan beli rumah sebab ia murah, tapi jauh dari kemudahan dan "tempat jin bertendang". Belilah rumah disebabkan ia ada peluang nilai pelaburan pada masa hadapan. Biarpun mahal sedikit berbanding dengan yang murah, tapi mampu membuatkan anda sekeluarga tersenyum menikmati sebuah kehidupan di rumah tersebut pada kemudian hari.
Sekiranya anda masih takut-takut hendak membeli rumah disebabkan tiada ilmu, saya boleh rekemenkan kepada anda 2 rujukan yang dapat membantu anda membeli rumah murah di bawah harga pasaran. Rujukan yang saya maksudkan ialah:
![]() |
Rumah Pertama Paksa Rela (Klik Di Sini) |
dan
![]() |
Ebook RumahLelong (Klik Di Sini) |
Kedua-dua rujukan di atas telah membantu ramai orang untuk membeli rumah-rumah murah di bawah harga pasaran melalui pasaran hartanah Subsale (rumah terpakai) dan pasaran hartanah lelong (rumah yang di lelong oleh pihak yang memberi pinjaman disebabkan pemilik asal gagal membayar pinjaman dalam tempoh tertentu).
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:
- Lambakan Rumah Lelong Harga Murah Dalam Pasaran Hartanah Tahun 2021
- Apa Yang Telah Dilakukan Oleh 3 Pengusaha Homestay Ini Apabila PKP 2.0 Dilanjutkan??...
- Membina Swimming Pool Di Rumah Sendiri Atau Homestay Akan Jadi Lebih Mudah Dengan Adanya Panduan Yang Ditulis Dalam Bahasa Melayu
- Homestay Yang Ada Private Swimming Pool Tetap Menjadi Pilihan Utama Walaupun Harganya Lebih Mahal
- Real Case Study : Dari Rumah Lelong Ke Guest House (Homestay) 7 Bintang
- Begini Rupanya Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang...
- Real Case Study : Rumah Teres Corner Lot Di Ayer Keroh Melaka Pada Harga RM190 Ribu