Rugi Tak Guna Loan LPPSA Sebelum Usia 35 Tahun!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020 dan Moratorium diperkenalkan pada 1 April 2020, banyak institusi kewangan (pihak bank) telah menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan. Sehinggakan boleh rambang mata dibuatnya, apabila melihat kadar faedah baru tersebut.  

Kadar Faedah Bank pada pinjaman perumahan Bank terkini
Kadar Faedah Bank pada 1 April 2020

Sebelum ini kadar faedah pinjaman perumahan bank sekitar 4.5%-5.0%. Sedangkan kadar pinjaman perumahan kerajaan (LPPSA) kekal dari dahulu hingga sekarang iaitu 4.0%.

Walaupun pada ketika ini kadar faedah pinjaman LPPSA lebih tinggi berbanding pinjaman bank, namun begitu masih terdapat beberapa kelebihan menggunakan pinjaman LPPSA antaranya ialah:
  • Pinjaman LPPSA boleh dilakukan 100% daripada harga rumah untuk pembelian rumah pertama berbanding pinjaman bank yang hanya memberikan kemudahan pinjaman sebanyak 90% sahaja.
  • Pinjaman LPPSA lebih mudah mendapat kelulusan kerana hanya mengambil kira peratus gaji bersih yang terdapat dalam slip gaji berbanding pinjaman bank yang perlu membuat semakan secara menyeluruh komitmen kewangana anda.
  • Walaupun nama anda di ‘blacklist’ dalam CCRIS/CTOS untuk melakukan pinjaman bank, sebagai penjawat awam anda masih mampu lagi membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA. Bagi pinjaman bank pula, tiada maaf bagimu.

Disebabkan itu, sebagai kakitangan kerajaan anda gunakanlah pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) ini dengan sebaiknya. Lebih baik lagi sekiranya anda menggunakan kemudahan tersebut sebelum berumur 35 tahun.

Kenapa perlu perlu membeli rumah dengan menggunakan pinjaman LPPSA sebelum berumur 35 tahun??

Disini saya ingin kongsikan satu real case study dalam sebuah keluarga yang pernah membeli rumah dengan menggunakan Kemudahan Loan Rumah untuk Staf Kerajaan (LPPSA) berdasarkan kepada perbezaan umur dan tahun membeli rumah. 


Contoh Real Case Study Beli Rumah Guna Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) Berdasarkan kepada Perbezaan Umur dan tahun

1) Pembelian Rumah Teres 2 Tingkat yang dibeli oleh seorang ayah dengan menggunakan Pinjaman Rumah Kerajaan (LPPSA)
  • Jenis Rumah                         :  Rumah Teres 2 Tingkat  (Lot Tengah)
  • Tahun beli rumah                  :  2005 
  • Deposit                                :  RM1000.00
  • Harga Pembelian Rumah        :  RM116,000.00
  • Tempoh Pinjaman                  : 15-20 tahun
  • Bayaran Ansuran Bulanan       : RM8**.**
  • Umur pembeli pada ketika itu  : 49 tahun
  •  Anggaran harga rumah pada tahun 2020 : RM300K
Sumber : Klik Di Sini

2) Pembelian rumah Teres 1 Tingkat di beli oleh anak perempuan pada tahun 2010 dengan menggunakan kemudahan Pinjaman Rumah Kerajaan (LPPSA)
  • Jenis Rumah                         :  Rumah Teres 1 Tingkat (Lot Tengah)
  • Tahun beli rumah                  :  2010
  • Deposit                                :  RM1000.00
  • Harga Pembelian Rumah        :  RM105,000.00
  • Tempoh Pinjaman                  : 30 tahun
  • Bayaran Ansuran Bulanan       : RM509.38
  • Umur pembeli pada ketika itu  : 29 tahun
  •  Anggaran harga rumah pada tahun 2020 : RM190K
Sumber : Klik Di Sini

3) Pembelian Rumah Teres 2 Tingkat (Lot Tepi) yang dibeli oleh suami kepada anak perempuan pada tahun 2015 dengan menggunakan kemudahan Pinjaman Rumah Kerajaan (LPPSA):
  • Jenis Rumah                         :  Rumah Teres 2 Tingkat (Lot Tepi)
  • Tahun beli rumah                  :  2015 
  • Deposit                                :  RM500
  • Harga Pembelian Rumah        :  RM385,800.00
  • Tempoh Pinjaman                  : 30 tahun
  • Bayaran Ansuran Bulanan       : RM1957.67
  • Umur pembeli pada ketika itu  : 34 tahun
  •  Anggaran harga Rumah pada tahun 2020 : RM450K
Sumber : Klik Di Sini

Cuba anda buat perbandingan di antara ketiga-tiga "Real Case Study" di atas...

Terutamanya dari segi: 
  • Umur peminjam
  • Tempoh masa pinjaman; dan 
  • Bayaran ansuran pinjaman pada setiap bulan.

Dapat kita membuat beberapa rumusan melalui ketiga-tiga "Real Case Study"  tersebut, iaitu:
  • Semakin lambat kita membeli rumah, semakin pendek tempoh pembiayaan yang dibenarkan oleh LPPSA
  • Semakin pendek tempoh pembiayaan, semakin tinggi pula bayaran ansuran bulanan
  • Semakin lambat kita membeli rumah, kita terpaksa membayar harga rumah dengan lebih tinggi (Harga rumah akan naik pada setiap tahun)
  • Jangan tunggu gaji naik baru nak beli rumah, sebab harga rumah akan terus naik tanpa menunggu kenaikan gaji kita. 
  • Digalakkan supaya membeli rumah murah terlebih dahulu sebagai aset, kemudian baru beli rumah yang agak mahal mengikut keselesaan keluarga.
  • Teringin nak beli rumah besar? Perlu membeli rumah kecil dulu bermula dari sekarang dan kemudian jual semula rumah kecil itu semasa nak membeli rumah yang lebih besar dan selesa.
  • Contonya sekarang anda layak untuk membeli rumah teres berharga 100K,  tapi anda menangguhkan pembelian rumah tersebut dengan harapan dapat beli rumah Semi D pada 5 tahun akan datang. Pada 5 tahun akan datang, kemungkinan besar rumah teres yang sebelum ni anda mampu beli pun belum tentu lagi anda mampu.. Sebab harga rumah dah naik... Lagikan nak beli rumah semi D pada ketika itu.

Tempoh maksimum pembiayaan rumah dengan menggunakan Loan bank berdasarkan had umur seperti berikut:  
  • Umur 35 tahun boleh membuat pinjaman dalam tempoh maksimum 35 tahun
  • Umur 40 tahun boleh membuat pinjaman dalam tempoh maksimum 30 tahun
  • Umur 45 tahun boleh membuat pinjaman dalam tempoh maksimum 25 tahun
  • Umur 50 tahun boleh membuat pinjaman dalam tempoh maksimum 20 tahun
  • Umur 55 tahun boleh membuat pinjaman dalam tempoh maksimum 15 tahun
  • Semakin berumur baru kita nak beli rumah, pihak insurans juga akan mengenakan insurans yang lebih tinggi. Jangan terkejut bila dapat tahu nilai Insurans yang perlu anda bayar!

Berbeza pula dengan pinjaman LPPSA. Bermula pada tahun 2019, had umur pinjaman dilanjutkan sehingga 90 tahun.

Had umur maksimum pinjaman LPPSA dilanjutkan sehingga umur 90 tahun
Had umur maksimum pinjaman LPPSA dilanjutkan sehingga umur 90 tahun
Had umur maksimum pinjaman LPPSA dilanjutkan sehingga umur 90 tahun
Sumber : LPPSA 


Untuk menyemak tahap kelayakan pinjaman perumahan anda, Sila gunakan kalkulator Pinjaman Permuahan LPPSA menerusi link berikut:

Nak lebih untung lagi, anda boleh membeli rumah dalam pasaran lelong ataupun pasaran subsale. Membeli rumah di bawah harga pasaran melalui jualan secara lelong atau subsale boleh memberikan anda keuntungan sebaik sahaja anda mendapatkan kunci rumah tersebut.


Sekiranya anda masih takut-takut hendak membeli rumah disebabkan tiada ilmu, saya boleh rekemenkan kepada anda 2 rujukan yang dapat membantu anda membeli rumah murah di bawah harga pasaran. Rujukan yang saya maksudkan ialah: 

Kedua-dua rujukan di atas telah membantu ramai orang untuk membeli rumah-rumah murah di bawah harga pasaran melalui pasaran hartanah Subsale (rumah terpakai) dan pasaran hartanah lelong (rumah yang di lelong oleh pihak yang memberi pinjaman disebabkan pemilik asal gagal membayar pinjaman dalam tempoh tertentu). 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini, semoga dapat memberi manfaat.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)