PKP dilanjutkan lagi? Pengusaha Homestay Ini Hanya Mampu Menonton Video Homestay masing-masing Sebagai Pengubat rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini pihak kerajaan telah pun mengumumkan Tempoh Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari 2021 di seluruh negara kecuali negeri Sarawak.  


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021


Dalam PKP pada kali ini berkemungkinan SOP akan lebih diperketatkan lagi berikutan peningkatan kes baharu Covid-19 yang semakin membimbangkan. sebagai contoh, pada 29 Januari 2021, 30 Januari 2021 dan 31 Januari 2021 yang mana masing-masing mempunyai lebih 5000 kes baharu sehari.

 

Peningkatan Kes Baharu Covid 19 Yang Semakin membimbangkan
Peningkatan Kes Baharu Covid 19 Yang Semakin membimbangkan


Ditambah pula dengan semalam (2/2/2021) ada satu lagi rekod baru tercipta iaitu bilangan kematian tertinggi dalam tempoh satu hari iaitu sebanyak 21 kes kematian akibat Covid-19

Rekod kes kematian harian tertinggi
Rekod kes kematian harian tertinggi 
Sumber : Klik Di Sini

Untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa, tidak mustahil pihak kerajaan akan memperketatkan lagi SOP terutamanya yang melibatkan pergerakan merentas negeri atau daerah.

Walaupun keadaan ini akan menyebabkan keadaan ekonomi sesetengah pihak akan terjejas, termasuk mereka yang mengusahakan homestay secara kecil-kecilan. Tapi, semua orang perlu redha dan bersabar dengan keadaan tersebut.

Bagi pengusaha homestay yang duduk berjauhan dengan homestay yang dimiliki, mereka hanya mampu melihat gambar dan menonton video homestay amsing-masing untuk mengubat rindu.


Pernah bercadang untuk membina swimming Pool di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Langsir-langsir yang di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Gambar-gambar Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak 
Sumber : Klik Di Sini

Berikutan tidak boleh merentas negeri atau daerah, Pemilik Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak hanya mampu menonton video di bawah sebagai pengubat rindu kepada homestay beliau.

Video Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

Disebabkan operasi homestay tidak dapat dijalankan, pada ketika ini beliau bergantung kepada hasil pemberian bonus kepada buku digital terbaru beliau yang bertajuk "Mudahnya 0 Kos Marketing Dengan Blogspot" sebagai salah satu rezeki beliau pada ketika ini.


Alhamdulillah.. Melalui hasil "jualan" ebook-ebook dan buku digital ini sedikit sebanyak dapat juga menampung kerugian yang beliau alami dalam tempoh PKP ini.


Kalau nak diikutkan tidaklah 100% mencapai sasaran seperti yang diharapkan. Tapi kata orang lebih baik ada, daripada langsung tiada.



Bagi tuan Fairus Mohd Tabiee pula, yang tinggal di negeri Selangor dan mempunyai sebuah homestay di Ayer Keroh Melaka yang baru siap sepenuhnya pada hujung tahun 2020. Beliau juga tidak dapat untuk merentas negeri bagi menguruskan homestay beliau.

Swimming Pool yang terdapat di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Swimming Pool di Ziyad Stellar Guest House Melaka
Gambar-gambar Ziyad Stellar Guest House Melaka kepunyaan tuan Fairus Mohd Tabiee
Sumber : Klik Di Sini

Jadi, salah satu cara untuk melepaskan kerinduan kepada homestay-homestay beliau ialah dengan menonton video di bawah

Video Ziyad Stellar Guest House Melaka

Disebabkan homestay beliau juga tidak dapat dijalankan berikutan pematuhan kepada SOP, buat masa ini tuan Fairus Mohd Tabiee menjadikan hasil jualan ebook beliau sebagai salah satu sumber pendapatan.

Panduan Bina Swimming Pool
Sumber : Klik Di Sini


Alhamdulillah.... Sekurang-kurangnya ada juga hasil daripada langsung tiada..


Terdapat lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha homestay yang terkesan apabila tempoh PKP dilanjutkan. Bukan setakat pengusaha homestay, malah semua orang yang terlibat dalam sektor pelancongan.

Boleh baca kisah dibawah semoga dapat memberikan motivasi kepada semua yang terlibat:

Bisnes Travel Terjejas Akibat Covid-19! Lihat Apa Yang Beliau Lakukan Untuk Bayar Gaji Pekerja?


Usaha yang telah dilakukan oleh majikan ini pastinya akan diingati oleh pekerja-pekerja beliau sehingga ke akhir hayat. Ini secara tidak langsung akan menjadikan beliau semakin disayangi oleh pekerja-pekerja beliau.


Akhir kata, sama-samalah kita doakan supaya tempoh PKP ini tidak dilanjutkan lagi selepas 18 Februari 2021. Supaya keadaan ekonomi kami dapat kembali pulih seperti biasa.


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.  


Semoga bermanfaat. 


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)