Viral : Kisah Che Nom Jadi Inspirasi Kepada Youtuber Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini viral kisah Che Nom yang merupakan youtuber masakan terkenal jana pendapatan sehingga RM120K sebulan, apabila laman web Snap.my milik fotografi terkenal Malaysia (Saiful Nang Academy) menerbitkan sebuah artikel berkaitan dengan info tersebut.     
 
Che Nom Jana Pendapatan RM120K Sebulan jadi Inspirasi kepada Youtubers Malaysia
Che Nom Jana Pendapatan RM120K Sebulan jadi Inspirasi kepada Youtubers Malaysia
Sumber : Klik Di Sini

Walaubagaimanapun kisah tersebut telah disangkal oleh Che Nom menerusi saluran Twitter beliau. Che Nom mendakwa cerita tersebut tidak tepat, dan beliau juga nak tahu dari sumber mana Saiful Nang mendapatkan "figure" tersebut? 

Che Nom Menafikan Pendapatan Beliau Sebanyak Itu
Che Nom Menafikan Pendapatan Beliau Sebanyak Itu
Sumber : Klik Di Sini 

Susulan daripada maklumbalas tuan yang empunya badan, difahamkan pihak Saiful Nang telah pun memadamkan artikel tersebut.

Namun begitu, kisah Che Nom jana pendapatan RM120 ribu sebulan melalui Youtube telah menjadi viral berikutan terdapat beberapa blog dan laman web juga telah menulis tentang info tersebut.

Anda boleh cari sendiri maklumat tersebut dekat google. Ada beberapa blog terkenal termasuk OhBulan.com, Dailymakanan.comMalaysianupdate.my, dan lain-lain telah menerbitkan kisah Che Nom.

Hasil daripada viral tersebut telah mejadikan pengikut saluran Youtube Che Nom naik mendadak sehingga melebihi 1 juta pengikut dalam tempoh masa yang singkat (Update pada 6 Februari 2021)

Bagi anda yang baru pertama kali mengikuti kisah Che Nom menerusi blog ini, berikut saya kongsikan sedikit info tentang biadota beliau:
  • Nama : Normah Bakar
  • Tarikh Lahir (Umur) :    1981 ( 39 tahun)
  • Negara/Tempat Kelahiran : anak jati Kedah, Malaysia 
  • Pekerjaan : YouTuber masakan sepenuh masa
  • Pekerjaan Asal : Berkhidmat sebagai Jurutera hampir 13 tahun dengan sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi tempatan
  • Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran Matematik
  • Keluarga : Seorang Isteri dan Ibu Kepada 3 orang anak
  • Saluran Youtube : https://www.youtube.com/c/CheNomYoutube

Beliau telah memulakan saluran Youtube yang dikenali sebagai Che Nom pada 26 November 2013. Sehingga kini (6 Februari 2021), saluran Youtuber beliau telah mencapai 1.01 juta Subscribers dan 103.5 juta tontonan.

Saluran Youtube Che Nom
Saluran Youtube Che Nom
Sumber : Klik Di Sini

Walaupun beliau mula aktif di Youtube sejak tahun 2012, tetapi kebanyakan video beliau yang mendapat tempat di hati penonton merupakan video-video yang diterbitkan pada tahun 2019 dan tahun 2020.

Berikut pula merupakan senarai Top 10 video Che Nom yang telah mendapat view tertinggi:
  1. Ayam Masak Merah | Ala Kenduri Special diterbitkan pada 21 Mei 2019 mendapat 3,935,604 tontonan
  2. Cara-Cara Masak Nasi Ayam Legend yang Menjadi Rujukan Ramai diterbitkan pada 4 Julai 2019 mendapat 3,295,278 tontonan
  3. Oreo Cheesecake Tak Perlu Bakar & Tanpa Telur | Sedapnyaa...Macam Aiskrim diterbitkan pada 24 Disember 2019 mendapat 2,936,392 tontonan
  4. Chocolate Cheesecake Tanpa Gelatin, Tanpa Telur & Tanpa Oven diterbitkan pada 11 Februari 2020 mendapat 2,910,475 tontonan
  5. Rendang Ayam Hari Raya Special | Resepi Pasti Sedap diterbitkan pada 2 Jun 2019 mendapat 2,386,244 tontonan
  6. Tips Kek Batik INDULGENCE Sedap Tanpa Telur dan Tanpa Bakar diterbitkan pada 23 Mac 2020 mendapat 2,127,682 tontonan
  7. Tips Untuk Ayam Masak Butter Confirm Sedap Menjilat Jari diterbitkan pada 13 Julai 2019 mendapat 2,009,422 tontonan
  8. KEK BATIK Coklat Ganache | Sedap Sampai Nak Pengsan :-P diterbitkan pada 27 November 2019 mendapat 1,976,068 tontonan
  9. Biskut Chocolate Chip Famous | Resepi Terbaik Sukatan Cawan dan Gram diterbitkan pada 26 Mei 2019 mendapat 1,779,821 tontonan
  10. Brownies Kedut SUPERRR Sedap by Che Nom diterbitkan pada 29 Julai 2019 mendapat 1,758,391 tontonan

Senarai Video Terbaik Saluran Youtube Che Nom
Senarai Video Terbaik Saluran Youtube Che Nom (kebanyakannya diterbitkan pada tahun 2019 dan tahun 2020)
Sumber : Klik Di Sini

Video Ayam Masak Merah | Ala Kenduri Special merupakan video saluran terbaik Che Nom setakat ini

Berdasarkan polisi Youtube.. setiap video yang diupload di Youtube berpeluang untuk menghasilkan pendapatan dengan syarat telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan iaitu:
  1. Perlu mempunyai 1,000 Subscribers
  2. Perlu mencapai 4,000 jam tontonan video-video yang telah kita upload dalam tempoh 12 bulan


Berdasarkan kepada statistik bilangan tontonan yang diperolehi melalui saluran youtube Che Nom iaitu sebanyak 103.5 juta tontonan, anggaran pendapatan yang diperolehi oleh Che Nom ialah US$103,546 atau RM3,624,110.00 (dengan anggaran kiraan 1USD = RM3.5).

Pada pendapat saya, pilihan beliau untuk bersara awal daripada kerjaya sebagai seorang jurutera pada tahun lepas merupakan satu pilihan yang tepat. Iaitu selepas beliau menyedari kerjaya sebagai seorang youtuber dapat memberikan pendapatan yang lumayan. Jauh lebih lumayan berbanding pendapatan yang beliau perolehi semasa menjadi seorang jurutera.  

Doakan semoga Che Nom terus maju dalam bidang yang beliau ceburi iaitu sebagai Youtuber masakan terkenal di Malaysia... In Shaa Allah... Aamiin.. 

Penulis baru nak belajar buat Video Unboxing.. Jom Support.. Terima kasih

Kepada semua youtuber dan bakal-bakal youtuber, saya doakan semoga satu hari nanti anda juga boleh menjadi seorang youtuber yang kaya, berjaya dan dermawan seperti Che Nom.

In Shaa Allah...

Aamiin... Aamiin... Aamiin.. Ya Rabbal Alamin...

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini...

Semoga bermanfaat..

Terima kasih kerana sudi membaca..


 Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)