3 Cara Pantas Kumpul Modal Beli Rumah Lelong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semenjak saya berkongsi info tentang rumah lelong, ramai pembaca blog saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara membeli rumah lelong. Sehinggakan ada yang PM saya, disebabkan mereka menyangka saya salah seorang ejen rumah lelong. 


Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca post tersebut, anda boleh membacanya di sini -> Senarai Rumah Yang Akan Dilelong Oleh LPPSA Pada 10 April 2021


Sebenarnya saya hanya seorang penulis blog biasa yang ingin berkongsi cara-cara membeli rumah lelong dengan harapan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Sekiranya anda nak mencari ejen rumah lelong atau mereka yang ada pengalaman dalam selok belok rumah lelong, saya boleh rekemenkan 2 nama setakat ini, iaitu tuan Shafie Bustan dan tuan Fairus Mohd Tabiee.


Kedua-dua individu ini sangat arif dalam selok belok rumah lelong. Saya pun mendapat banyak info daripada mereka untuk dikongsikan sebagai bahan bacaan dalam blog ini.


3 Cara Pantas Kumpul Modal Beli Rumah Lelong


Ok! Berbalik kepada tajuk utama kita iaitu 3 Cara Pantas Kumpul Modal Beli Rumah Lelong.


Contoh rumah lelong kepunyaan tuan Fairus Mohd Tabiee yang di beli pada harga RM190 ribu
Contoh rumah lelong kepunyaan tuan Fairus Mohd Tabiee yang di beli pada harga RM190 ribu

Bukti rumah lelong kepunyaan tuan Fairus Mohd Tabiee yang di beli pada harga RM190 ribu
Bukti rumah lelong kepunyaan tuan Fairus Mohd Tabiee yang di beli pada harga RM190 ribu


Saya kongsikan apa yang telah dilakukan oleh tuan Shafie Bustan dan tuan Fairus Mohd Tabiee bagaimana mereka boleh membeli beberapa buah rumah lelong dalam masa setahun. 


Ya! Dalam masa setahun mereka boleh membeli beberapa buah rumah lelong sedangkan kita nak beli sebuah rumah seumur hidup pun rasa tak termampu nak beli..


Jadi, apa rahsia mereka??


Bagaimana mereka boleh mengumpul modal dengan pantas untuk membeli rumah lelong??


1) Mereka Laburkan Wang Mereka


Perkara pertama yang mereka lakukan untuk dapatkan modal membeli rumah lelong ialah dengan melaburkan wang mereka.


Tapi, bukan dilaburkan dalam KWSP, Tabung Haji dan ASB

  • KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) hanya mampu memberikan kadar dividen 4.9% sahaja untuk simpanan syariah bagi tahun 2020.
  • Tabung Haji pula, hanya memberikan kadar keuntungan 3.1% sahaja bagi tahun 2020.
  • ASB juga ada mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.25% sahaja bagi tahun 2020.


Pulangan Pelaburan Tabung Haji, ASB dan KWSP Pada Tahun 2020
Pulangan Pelaburan Tabung Haji, ASB dan KWSP Pada Tahun 2020


Sekiranya anda laburkan wang anda ke tiga-tiga tempat simpanan wang ini, anda hanya akan mendapat kadar pulangan kurang dari 5% setahun. Mana mungkin untuk anda menyediakan modal sebanyak 10% untuk membeli rumah lelong?? 


Habis tu kalau tak laburkan duit di ASB, Tabung Haji dan KWSP nak laburkan duit di mana??


Cuba anda baca kisah 10 orang ini, dimana tempat mereka laburkan wang-wang mereka??


10 orang ini melaburkan wang mereka dalam pasaran saham
10 orang ini melaburkan wang mereka dalam pasaran saham


Dengan melaburkan wang dalam pasaran Saham, kita boleh tentukan sendiri berapa sasaran keuntungan yang ingin kita capai dalam masa sehari? Sebulan? Setahun?


Inilah yang telah dilakukan oleh tuan Shafie Bustan dan tuan Fairus Mohd Tabiee untuk membolehkan mereka mengumpul modal untuk membeli rumah lelong yang seterusnya.


Saya tertarik dengan kisah Larry Page dan Sergey Brin yang masing-masing mempunyai pegangan saham dalam syarikat Alphabet. Dengan perbezaan nilai pegangan saham sebanyak 1% sahaja Larry Page (6%) berjaya mengatasi kekayaan Sergey Brin (5%) sebanyak hampir USD$3 Billion (USD$69.2 berbanding USD$66.5). Itu baru 1% daripada nilai saham!


Sebagai contoh di Malaysia: 


Syarikat TOPGLOVE mula disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2002 dengan nilai di bawah RM0.10.


Sehingga ke bulan Julai tahun 2020 harga saham TOPGLOVE telah pun mencecah RM25.00.


Kenaikan sehingga 190000% dalam tempoh 18 tahun.  


Pendek kata sekiranya anda membeli saham TOPGLOVE dengan modal sebanyak RM1000.00 pada tahun 2002, dan masih pegang saham ini sehingga tahun 2020, anda telah pun bergelar seorang jutawan pada waktu ini. 


Lihat dengan hanya bermodalkan RM1000 sudah boleh bergelar jutawan.


Kelebihan dalam pelaburan saham ialah:


a) Kadar perolehan keuntungan itu, lebih pantas

Di pasaran saham, 5% keuntungan itu boleh diperolehi dalam masa beberapa hari atau minggu sahaja. Berbeza jika mahu dibandingkan dengan pelaburan emas atau hartanah yang mengambil masa bertahun-tahun untuk melihatkan kenaikan sebanyak 5% itu.


b) Kadar cairan yang sangat tinggi.

Tidak seperti hartanah, proses untuk jual beli hartanah, biasanya akan mengambil masa berbulan-bulan dan kadangkala bertahun. Tetapi, untuk pasaran saham.. Hari ini beli, jika esok sudah untung, sudah boleh jual dan dapatkan semula cash anda. Ia sangat pantas.


c) Modal Rendah

Jika anda mahu membeli emas, amaun paling kecil yang boleh anda beli adalah 1 dinar = RM 1000. Begitu juga jika anda ingin membeli hartanah, kos permulaannya juga sangat besar dan memerlukan beribu-ribu ringgit untuk bayar deposit dan segala macam yuran. Berbeza dengan saham, anda boleh mula melabur dengan modal serendah RM100 sahaja.


Jika anda berminat untuk belajar, bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham.. Boleh klik pada gambar atau link dibawah!


2) Jangan Malu nak Berniaga


Dalam Islam ada dinyatakan 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan. Sebagai umat Islam memang rugi kalau kita sendiri tak gunakan peluang tersebut untuk kumpul modal beli rumah melalui perniagaan.


Bukankah perniagaan merupakan salah satu Sunnah atau pekerjaan mulia junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W..


Tapi masalahnya ramai di antara kita tiada modal nak mula berniaga..

Betul kan?


Dalam zaman teknologi maklumat ini, semua orang boleh memulakan perniagaan tanpa mengeluarkan sebarang modal.


Tinggal nak atau tak nak sahaja berniaga.


Lebih-lebih lagi pada bulan Syaaban sebelum tiba bulan Ramadhan. Pada waktu ini, ada produk yang mempunyai "demand" yang sangat tinggi antaranya biskut raya dan Kurma.


Pek Kuih Raya telah terjual melebihi 1056 balang dalam tempoh 1 jam selepas dilancarkan
Pek Biskut Raya telah terjual melebihi 1056 balang dalam tempoh 1 jam selepas dilancarkan

Lebih 800 Pek Kurma telah terjual dalam masa tak sampai 4 jam selepas pelancaran
Lebih 800 Pek Kurma telah terjual dalam masa tak sampai 4 jam selepas dilancarkan

Inilah keadaan pekerja syarikat Kurier semasa mengambil parcel tempahan pelanggan
Inilah keadaan pekerja syarikat Kurier semasa mengambil parcel tempahan pelanggan

Untuk makluman anda, komisyen jualan kurma dan biskut raya ini antara 10% sehingga 25% mengikut jenis kurma dan Biskut raya.

Ada ramai ejen yang berjaya membuat jualan melebihi 4 angka sebulan. 
  • Dah lah tak perlu keluarkan modal!
  • Tak perlu simpan stok!
  • Tak perlu membungkus produk!
  • Senang cerita boleh dapat komisyen secara percuma sahaja..
Dan melalui hasil komisyen ini bila dikumpul tak mustahil anda berjaya beli sebuah rumah dalam tempoh setahun.

Kalau anda berminat nak join berniaga jual kuih raya dan kurma ini, anda masuk dalam channel ini -> https://t.me/MyKurmaPremium

dan baca pada pin Post.

Dekat situ ada maklumat cara nak daftar sebagai ejen. Rugi kalau anda tak gunakan peluang ini untuk kumpul modal beli rumah.

Lebih-lebih lagi dekat nak masuk bulan Ramadhan ini. Lebih senang untuk anda hasilkan jualan.



3) Ketahui Rahsia Mempunyai Pelbagai Sumber Pendapatan Melalui Blog 


Ini cara yang telah saya lakukan sejak dari tahun 2010 hingga sekarang.



Alhamdulillah.. Melalui blog membolehkan saya mempelbagaikan sumber pendapatan samada: 

  • Melalui pengiklanan google di blog saya
  • Trafik yang masuk ke blog
  • Jualan produk fizikal di blog saya 
  • Jualan produk digital di blog saya
  • Pengiklanan berbayar di blog saya
  • dan lain-lain.


Termasuk saya boleh menjual blog-blog saya satu hari nanti dengan nilai 4 angka hingga 7 angka US dollar bergantung pihak yang ingin membeli blog tersebut.


Segala info tentang cara-cara nak buat duit melalui blog ada saya kongsikan dalam ebook Mudahnya 0 Kos Marketing dengan Blogspot seperti dalam gambar di bawah.

Cover ebook Untuk diCommercialkan
Cover ebook yang sebenar

Ebook ini setebal 300 muka surat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kandungan ebook ini, boleh baca di sini 


Terima kasih kerana sudi membaca..


Saya doakan semoga dapat memberi manfaat dan dapat membantu anda untuk mengumpul modal membeli rumah sendiri.. Aamiin..


Info berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)