Rekod Harga Emas Paling Tinggi dalam Tempoh 47 tahun (1973-2020)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selain daripada pelaburan hartanah dan pelaburan saham, pelaburan emas juga tak kurang hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. 

Berdasarkan graf harga emas dari tahun 1973 hingga 4 Ogos 2020 (47 Tahun), menunjukkan harga emas pada hari ini merupakan harga emas tertinggi dalam sejarah iaitu pada harga USD2022.66 / Ounce.

Sumber : Klik Di Sini

1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.

Pertukaran Ringgit Malaysia berbanding US Dollar pada ketika ini ialah 
1USD bersamaan dengan RM4.2005


Merujuk kepada graf di atas, harga emas di pasaran spot gold New york pada 4/8/2020 ialah USD2022.66/Oz

atau bila kita tukarkan kepada ringgit Malaysia, kita akan dapat
RM8496.18 untuk 1 Oz/31.10 gram

Jadi, harga anggaran untuk satu gram emas pada ketika ini ialah
RM8496.18/31.10 = RM273.19 /gram 

Itu anggaran harga emas sahaja, yang dikira berdasarkan nilai ringgit semasa berbanding dengan nilai Mata Wang Dollar..

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan harga emas yang sebenar di tempat anda, anda perlu mengunjungi kedai emas berhampiran atau layari laman-laman web yang ada menjual emas secara online dan anda juga boleh melayari laman web Bank Negara Malaysia.

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020??

Semenjak harga emas semakin naik saban hari, telah menyebabkan keratan akhbar ini menjadi viral kembali di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Keratan Akhbar Berita Harian bertarikh 17 Januari 2012 : Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

Kebanyakan peniaga emas mula mengeluarkan statement seperti berikut:
"Harga Emas Semakin Mahal Sekarang ni! Rugi kalau Tak Beli Emas Sekarang. Sebab Harga emas dijangka akan terus naik lagi"

Masih ingat lagi, Inilah kenyataan yang cukup popular di media sosial pada tahun 2011/2012. Siapa masih ingat lagi??. 

Pada Masa tu pelaburan emas jadi tersangat HOT, sehinggakan banyak syarikat-syarikat menjual emas muncul antaranya Public Gold, GSR, GCP, Serambi Emas, Poh Kong, Zenith Gold, dan lain-lain

Kemudian pada masa tu juga ramai orang teruja untuk membeli emas, semasa harga emas sedang mahal.

Mereka melabur emas mengikut perasaan.
Mereka melabur disebabkan terikut-ikut trend semasa dan bimbang sekiranya harga emas mahal nanti mereka tak mampu nak membeli emas..

Kesudahannya, Selepas mereka membeli emas pada harga yang mahal, harga emas kembali jatuh…. Dan terus jatuh….

Pada masa tu ramai yang kecewa...

Sumber : Klik Di Sini


Nak pajak emas, bukan semua syarikat Ar-Rahnu boleh terima. 
Ada emas milik syarikat-syarikat tertentu sahaja yang semua Ar-Rahnu boleh terima termasuk Ar-Rahnu Pos Malaysia. Syarikat tersebut tak lain dan tak bukan ialah Public Gold. 


Pengajarannya di sini...

Jangan beli emas sewaktu harga emas sedang mahal.
Beli emas sewaktu harga emas murah. Kemudian Simpan.

Bila harga emas naik seperti sekarang, boleh gunakan emas tersebut untuk dipajak di Ar-Rahnu (Biasanya saya pajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Pos Malaysia).

Hasil daripada pajakan emas tersebut boleh digunakan untuk: 

Kemudian setelah mendapat keuntungan hasil daripada pelaburan/perniagaan yang dilakukan, boleh gunakan keuntungan tersebut untuk menebus semula emas yang telah dipajak di Ar-Rahnu.

Semoga bermanfaat..

Ikhlas daripada saya,
Muhamad Anuar Bin Marsib

Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)