Ustazah Basikal : Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan menaiki basikal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Semenjak PKP dilaksanakan ramai orang tidak boleh merentas negeri atau daerah. Lagikan nak pergi melancong ke luar negara.


Bagi mereka yang dah biasa pergi bercuti ke luar negara samada setahun sekali atau setahun 2 kali, pasti akan rasa terkesan apabila buat kali pertama tidak boleh melawat ke mana-mana negara termasuk menunaikan Haji atau Umrah di tanah suci Mekah.


Apabila sebut tentang Haji dan Umrah di tanah suci Mekah, sebenarnya kehadiran kita ke sana sebagai tetamu Allah S.W.T. Dengan izin Allah S.W.T seseorang boleh sampai ke sana melalui bermacam-macam cara.


Walaupun kita biasa dengar halangan ramai orang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah ialah kerana duit dalam simpanan tabung haji tidak mencukupi.


Tapi pernah tak anda dengar, ada orang miskin yang tiada wang simpanan tiba-tiba dapat menjejakkan kaki ke sana dengan tajaan pihak-pihak tertentu.


Ada pula orang lain tiba-tiba dapat menunaikan umrah selepas memenangi hadiah berupa pakej menunaikan umrah yang dianjurkan oleh syarikat atau persatuan.


Ada orang yang sepatutnya giliran untuk menunaikan haji lambat lagi. Tapi disebabkan emak atau ayah mereka dapat giliran menunaikan haji dan perlukan waris untuk menjaga mereka ketika di sana, dengan Izin Allah S.W.T nama mereka termasuk dalam senarai tersebut.


Tidak mustahil kesemua itu boleh berlaku dengan izin Allah S.W.T., walaupun pada asalnya mungkin kita tidak mempunyai wang ringgit yang mencukupi untuk menampung kos kita ke sana.


Inilah salah satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan dalam post pada kali ini..  Tentang kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal


Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal
Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan hanya menaiki basikal

Mereka mampu mengayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan hanya berbekalkan duit permulaan sebanyak RM1,900 sahaja.

Sangat luar biasa! Dengan kos sebanyak itu, mereka suami isteri dapat pergi menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah berdua. Siap dengan 'pakej' "Honeymoon" lagi selama 15 bulan ke 13 buah negara sebelum sampai ke Mekah. Antara negara yang telah mereka lawati sepanjang perjalanan tersebut ialah:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ -
Malaysia ke Thailand, 1473km
๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ - Thailand ke Myanmar, 1360km
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฒ - Myanmar ke India, 2991km
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ - India ke Nepal
๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ต - Nepal ke India
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ - India ke Pakistan
๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฐ - Pakistan ke China
๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ - China ke Kyrgyzstan
๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฌ - Kyrgyzstan ke Kazakhstan, 1,618km
๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ - Kazakhstan ke Uzbekistan, 1,587km
๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ - Uzbekistan ke Afghanistan
๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ซ - Afghanistan ke Iran
๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท - Iran ke UAE, Dubai, 2,215km
๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ช - UAE, Dubai ke Arab Saudi, 1,022km
๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ - Arab Saudi ke Eropah

Kisah Adilah, seorang Ustazah yang dijodohkan dengan seorang Arkitek yang bernama Ahmad melalui pilihan ibu Ahmad sendiri sebagai pra-syarat untuk Ahmad keluar mengembara ke seluruh dunia dengan berbasikal.


Niat asal Ahmad untuk mengembara solo ke Eropah berubah menjadi pengembaraan 'honeymoon' bersama Adilah untuk mengenali hati budi masing-masing menuju Mekah, sebelum menuju ke Eropah.


Adilah nekad mengikut suaminya ke Mekah, dan Ahmad pula nekad meletakkan jawatan sebagai seorang Arkitek, keluar dari rumah sewa, jual kereta dan mulakan pengembaraan.


Kisah Penggembaraan luar biasa mereka pernah mendapat liputan akhbar dan kini diabadikan dalam 2 buah novel bersiri
Kisah Penggembaraan luar biasa mereka pernah mendapat liputan akhbar dan kini diabadikan dalam 2 buah novel bersiri

Dalam tempoh 15 bulan tersebut, banyak perkara yang tak dijangka berlaku. Antaranya Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama 3 hari, Ahmad menerima 5 jahitan di mata semasa di Iran, mereka ditahan tentera bersenjata selama 3 hari di Pakistan, Mereka hampir diculik di Afghanistan dan lain-lain.


Kesemua kisah dan pengalaman tersebut ada diceriatakan dalam novel bersiri bertajuk : Ustazah Basikal Nekad Ke Mekah (Klik Di Sini) 

Contoh Pengalaman Mereka Semasa Berada Di Myanmar
Contoh Pengalaman Mereka Semasa Berada Di Myanmar juga ada diceritakan dalam novel Ustazah Basikal Nekad Ke Mekah (Klik Di Sini) 


Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Di dalam setiap kesusahan, Allah hadirkan "MAGIC" (kuasa Allah) setiap hari kepada mereka.


Diantara "MAGIC" yang Allah S.W.T tunjukkan ialah Ahmad & Ustazah Adilah adalah manusia biasa dan bukan seorang atlet. Tapi dengan izin Allah S.W.T, mereka boleh mengayuh basikal sejauh beribu kilometer merentasi 13 buah negara untuk sampai ke Mekah.


Video Kisah Penggembaraan luar biasa pasangan suami isteri ke Mekah dengan menaiki basikal


Kali pertama mendengar kisah pengembaraan mereka, Saya rasa "gila betul diorang nie".


"YA GILA!!"

"Isteri yang tidak pernah berbasikal dibawa keliling dunia untuk sampai ke Mekah. Seorang Ustazah pula tu! Kalau Ustazah Adilah merupakan seorang atlet, mungkin saya masih boleh terima lagi"


Istimewanya, kisah pengembaraan ini ialah tuhan sentiasa bersama mereka. Bila niat mereka betul, Allah S.W.T permudahkan segala urusan mereka. 


Dalam tempoh pengembaraan tersebut, telah memberi peluang untuk melihat sendiri setiap keagunggan dan keindahan alam semester ciptaan Allah S.W.T.  Pastinya lebih nikmat untuk dihayati dalam setiap kayuhan basikal berbanding sekiranya mereka menaiki kenderaan lain seperti motosikal, kereta, kapal terbang dan sebagainya.


Sekiranya mereka menaiki kenderaan-kenderaan tersebut, mungkin mereka tidak dapat untuk menghayati sepenuhnya pengalaman luar biasa ini sepertimana mereka mengayuh basikal.


Kisah ini secara tidak langsung telah dapat memberi motivasi kepada diri saya dan juga pembaca semua. Ia merupakan sebuah kisah yang dapat memberi inspirasi kasih sayang seorang lelaki kepada isteri dan juga pengorbanan seorang isteri untuk bersama-sama mencapai impian seorang suami.


Nak tahu dengan lebih mendalam tentang kisah perjalanan mereka, boleh klik pada gambar buku di bawah:


Sumber : Klik Di Sini


Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat. Terutamanya bagi mereka yang gemar mengayuh basikal dan belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)