Harga Emas Jatuh, Harga Minyak Naik, Harga SAHAM???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sejak akhir-akhir ini, ramai orang update dalam facebook tentang kejatuhan harga emas dalam pasaran dunia untuk dua bulan berturut-turut. Berita tersebut juga turut mendapat liputan beberapa akhbar di Malaysia, termasuk juga akhbar berita Harian.



harga emas jatuh dua bulan berturut-turut
Sumber : Berita Harian


Sememangnya tidak dapat dinafikan, waktu paling baik untuk membeli emas ialah sewaktu harga emas jatuh. Tapi, dalam keadaan ekonomi sekarang sukar untuk dijangka setakat mana harga emas ini akan terus jatuh??

Kalau harga emas ini boleh berterusan jatuh sehingga boleh capai RM150/gram, Syukur Alhamdulillah.. Tapi pada masa tu, jangan pula tidak membeli emas sebagai pelaburan. Jangan tunggu sehingga harga emas kembali melambung naik sehingga RM273/g seperti yang berlaku pada bulan Ogos 2020 baru nak beli..
Sumber -> Rekod Harga Emas Paling Tinggi Dalam Tempoh 47 Tahun (1973-2020)

Faham ke faham??

Tapi, kalau hari-hari ada ejen update status dalam facebook, dalam Instagram, dalam telegram suruh beli emas. Biarkanlah mereka!
 
Itu cara mereka mencari rezeki. Ejen-ejen ni akan sentiasa promote suruh beli emas, tak kiralah harga emas naik ataupun turun.

Mereka sememangnya sudah dilatih, waktu harga emas naik ini ayat promosi yang sesuai digunakan.
Bila harga emas turun pula, ini ayat promosi yang sesuai digunakan. 

Tapi, kita sebagai pembeli perlu bijak cari masa yang sesuai untuk beli emas.
Bukan setiap masa merupakan masa yang sesuai untuk beli emas. 


Harga Minyak Naik 5 Sen!!

Harga minyak terkini naik 5 sen juga menjadi berita sensasi.

Harga Minyak Terkini Naik 5 Sen
Harga Minyak Terkini Naik 5 Sen.
Sumber : https://web.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia

Kementerian kewangan Malaysia baru mengeluarkan Harga runcit terkini minyak Ron 97 RM2.35/seliter, minyak Ron 95 RM2.05/seliter, dan minyak Diesel RM2.15/seliter bagi tempoh 27 Februari hingga 3 Mac 2021.

Ramai orang menyatakan ketidak puas hatian mereka berikutan harga minyak semakin naik sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti semasa PKP mula-mula dilaksanakan pada tahun 2020, pada masa tu harga minyak dalam lingkungan RM1.50/liter.  

Nak buat macamana kan??
Kita sebagai pengguna, terpaksa redha dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Minyak naik atau turun kita tetap perlu isi minyak. Kalau tak isi minyak, kereta tak boleh nak jalan. 

Bila bercerita tentang keadaan ekonomi, tentang pelaburan sebenarnya saya tertarik dengan graf Kadar Untung Vs Kadar Risiko yang terdapat di laman web https://ezy.la/LaburSaham

Graf Kadar Untung Vs Kadar Risiko
Graf Kadar Untung Vs Kadar Risiko.
Sumber : https://ezy.la/LaburSaham


Melalui graf tersebut, kita dapat tahu pelaburan mana yang kelihatan lebih stabil dari segi kadar keuntungan dan juga kadar risiko yang perlu diambil untuk memaksimumkan keuntungan kita dalam pelaburan.


Kemudian apabila saya kaitkan graf tersebut dengan 10 lelaki terkaya di dunia pada ketika ini (Update Januari 2021), saya dapati kesemua mereka mengambil jalan tengah iaitu meletakkan sebahagian besar pelaburan mereka kepada pelaburan yang lebih stabil iaitu saham. (Rujuk pada graf di atas)  


10 Lelaki terkaya di dunia (Update Januari 2021)
10 Lelaki terkaya di dunia (Update Januari 2021)
Sumber : https://www.investopedia.com


Kesemua 10 lelaki terkaya di dunia ini mempunyai kekayaan yang luar biasa berikutan saham mereka dalam syarikat-syarikat tertentu melambung naik. 

Contohnya Elon Musk dinobatkan sebagai lelaki terkaya di dunia mengatasi Jeff Bezos yang pernah menyandang title tersebut sebelum ini disebabkan Saham Tesla melambung naik. 

Perkara yang sama juga berlaku semasa Jeff Bezos memegang gelaran lelaki terkaya di dunia sebelum ini, juga berikutan dengan saham Amazon yang melambung naik. 


Dalam senarai 10 lelaki terkaya di dunia pada ketika ini (Update Januari 2021), saya tertarik dengan 2 pemegang saham syarikat yang sama iaitu Larry Page (Kedudukan ke 8) dan Sergey Brin (Kedudukan ke 9). Kedua-duanya merupakan Co-Founder dan Board Manager bagi syarikat Alphabert. Nilai kekayaan mereka jadi berbeza antaranya disebabkan oleh peratus pegangan saham mereka dalam Alphabet. Larry Page mempunyai pegangan saham sebanyak 6% dengan nilai $69.2 billion, manakala Sergey Brin mempunyai pegangan saham sebanyak 5% dengan nilai $66.5 billion.


Walaupun cuma berbeza sebanyak 1% sahaja, tapi nilainya hampir melibatkan $3 billion USD. Kalau tukar kepada ringgit Malaysia, boleh jadi sehingga RM10 billion.   


Saya berharap melalui analisa ringkas ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang kelebihan dalam pelaburan saham yang dapat mengatasi beberapa pelaburan lain seperti emas, Fix Deposit, Hartanah, Unit Trust dan lain-lain.


Cuma pelaburan dalam saham ni ada risikonya. Tapi risiko yang masih boleh dikawal dan boleh diatasi, sekiranya kita tahu caranya.


Sebab tu kalau nak berjaya dalam pelaburan saham seperti 10 orang terkaya di dunia yang disenaraikan di atas, terlebih dahulu anda perlu mempunyai ilmu.


Bukan ilmu yang sebarangan yer..

Tapi, Ilmu daripada mereka yang sudah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam pelaburan saham. 


Sekiranya anda berminat nak melabur dalam pasaran saham, saya rekemenkan anda dapatkan salah satu daripada rujukan di bawah. Kalau nak dapat kedua-dua rujukan sekali pun lagi bagus. 


Labur Saham Gaya OldSkol 

Dalam rujukan ini mensasarkan Untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 6% sahaja. Tapi kebiasanya yang berlaku jauh tersasar!! 

Ramai pembaca ebook ini yang komplen sebab sifu mereka ajar supaya sasarkan keuntungan 6%, tapi yang biasanya berlaku mereka dapat keuntungan melebihi 10%. Malah, ada yang dapat untung melebihi 30%. 

Apa Citer ni?? Cakap tarak serupa bikin punya sipu. 

Sumber : Klik Di Sini

Sifu ajar supaya dapat untung 6%, tapi dia dapat lebih. Sepatutnya bersyukur sahaja lah. Jangan lah nak salahkan sifu pula. Nanti ilmu tak berkat baru tahu.

Sebenarnya mereka tak salahkan sifu... Tapi tak sabar nak belanja sifu makan. Tapi, tak boleh disebabkan PKP. 

Anda nak tahu tak siapa sifu yang dimaksudkan??
Boleh baca biodata sifu di sini -> https://abangensem.onpay.my


Jom Labur Saham

Jom labur saham merupakan ebook terbaru terbitan Klikjer.com

Ebook terbitan tahun 2021 ini dijangka akan dapat memberi saingan dalam carta Top 10 ebook Klikjer untuk bulan Februari dan Mac 2021. 

Sumber : JomLaburSaham.com

Ini berdasarkan kepada pendapat peribadi dan pemerhatian saya yang mendapati semakin ramai rakyat Malaysia berminat untuk mempelajari ilmu dalam pelaburan saham.

Ya!! Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai rakyat Malaysia terbuka mata dan hati untuk terlibat dalam pelaburan saham berikutan terdapat saham-saham yang melambung naik dalam tempoh Pasca Covid-19 ini.

Kemudian ramai yang berkata...

"Kalaulah aku beli saham ni dulu, dah tentu sekarang ni aku boleh beli sebuah rumah"

"Kalaulah aku beli saham ni dulu, dah tentu sekarang ni aku boleh beli sebuah kereta baru secara Cash"

"Kalaulah aku beli saham ni dulu, dah tentu sekarang ni aku boleh gunakan duit tu sebagai modal perniagaan"

dan lain-lain...

Tapi sayangnya.... 
Semuanya hanyalah kalau....
Perkara yang dah lepas...
Perkara yang dah berlalu...


Kalaulah seluruh rakyat Malaysia tahu Saham Tesla boleh melambung naik sampai begitu tinggi sekali.... Dan kalaulah pada masa saham Tesla rendah dulu, setiap orang dapat beli sorang RM10,000...
Dah tentu sekarang ni ramai orang kaya baru lahir dalam kalangan rakyat Malaysia... Kann.. Kannn.. 

Kalau lagi... hahaha...

Oklah.... 
Kali ni kita lupakan sahaja benda yang dah lepas...
Anda buka buku baru...
Mulakan pelaburan saham dari sekarang...
Supaya dapat menuai hasilnya pada kemudian hari...


TAWARAN ISTIMEWA DARIPADA SAYA...

Untuk pembelian mana-mana ebook di atas. Samada pembelian ebook Labur Saham Gaya OldSkol atau Jom Labur Saham, saya nak hadiahkan ebook Mudahnya 0 Kos Marketing dengan Blogspot seperti dalam gambar di bawah.
Cover ebook Untuk diCommercialkan
Cover ebook yang sebenar

Ebook ini setebal 300 muka surat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kandungan ebook ini, boleh baca di sini 
-> https://zerokosblogspot.blogspot.com/


Ebook Mudahnya 0 Kos Marketing dengan Blogspot ini saya akan hadiahkan secara percuma sebagai bonus kepada pembelian mana-mana 2 ebook di atas, yang dibeli melalui link di bawah: 

-> https://ezy.la/LaburSaham

-> https://abangensem.onpay.my/order/form/OldSkool/clickhere


Selepas anda melakukan pembelian, anda boleh emailkan kepada saya bukti bayaran (invoice/resit) ke nuargto@gmail.com


Nanti saya akan bagi link muatturun ebook tersebut melalui email.


Terima kasih kerana sudi membaca


Info berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)