Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sebelum ini ada satu post blog ini menjadi Viral dalam beberapa group. Post yang dimaksudkan ialah seperti berikut:
Adakah Bilangan Rumah Tidak Mencukupi Antara Punca Ramai Penjawat Awam Masih Belum Membeli Rumah?
Melalui post tersebut, saya dapat mengumpul ramai orang yang masih belum membeli rumah. Kebanyakan daripada mereka tinggal di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
Mereka kata harga rumah dekat kawasan-kawasan tersebut semuanya mahal-mahal sehingga menyebabkan mereka lansung tidak mampu untuk membeli rumah.
Baru-baru ini semasa saya membuat survey tentang rumah-rumah lelong dalam pasaran....
Saya kongsikan sebahagian daripadanya..
Rumah Teres 2 Tingkat di Miri Sarawak di Lelong bermula pada harga RM260 ribu
Rumah di Kuching Sarawak di Lelong bermula pada harga RM283 ribu |
Rumah Apartment di Kuching Sarawak di Lelong bermula pada harga RM30 ribu |
Rumah di Tuaran Sabah di Lelong bermula pada harga RM230 ribu dan RM308 ribu |
Rumah Apartment di Kuala Lumpur di Lelong bermula pada harga RM225 ribu |
Rumah di Kuala Lumpur di Lelong bermula pada harga RM200 ribu |
Dan ada banyak lagi rumah-rumah lelong terdapat dalam pasaran semasa sekarang ini.
Jadi, persoalannya sekarang ini..
Adakah betul tiada harga rumah murah??
Atau kita tiada ilmu untuk membeli rumah-rumah murah??
Jadi, saya rasa terpanggil untuk mengajak anda menonton 2 video di bawah..
[VIDEO] Sekitar Berlangsungnya Lelongan Rumah Dalam Talian Untuk Rujukan Rakan-rakan Yang Masih Belum Membeli Rumah
Video : Contoh Lelongan rumah secara Dalam Talian yang pertama
Video : Contoh Lelongan rumah secara Dalam Talian yang kedua
Dapat belajar sesuatu setelah melihat kedua-dua video contoh lelongan rumah yang dilakukan dalam talian di atas??
Itulah keadaan lelongan yang berlaku dalam tempoh Pendemik Covid-19 ini. Kebanyakan lelongan berlaku dalam talian sahaja disebabkan kita terikat dengan SOP tidak boleh merentas negeri, tidak boleh merentas daerah, tidak boleh berkumpul beramai-ramai, perlu penjarakan fizikal dan sebagainya.
Sekiranya anda masih takut-takut hendak membeli rumah disebabkan tiada ilmu, saya boleh rekemenkan kepada anda 2 rujukan yang dapat membantu anda membeli rumah murah di bawah harga pasaran. Rujukan yang saya maksudkan ialah:
Rumah Pertama Paksa Rela (Klik Di Sini) |
Ebook RumahLelong (Klik Di Sini) |
Kedua-dua rujukan di atas telah membantu ramai orang untuk membeli rumah-rumah murah di bawah harga pasaran melalui pasaran hartanah Subsale (rumah terpakai) dan pasaran hartanah lelong (rumah yang di lelong oleh pihak yang memberi pinjaman disebabkan pemilik asal gagal membayar pinjaman dalam tempoh tertentu).
Semoga dapat memberi manfaat kepada semua...
Terutamanya kepada rakan-rakan yang masih belum memiliki rumah sendiri...
Saya doakan semoga dipermudahkan urusan semua.
In Shaa Allah...
Aamiin...
Info Berkaitan:
- Mana Lebih Untung? Beli Rumah "BUSUK" Ke Rumah "WANGI"?
- 12,000 Kediaman Bawah RM200,000 Akan Dibangunkan Di Sekitar Putrajaya Dalam Projek Residensi Prihatin
- Lambakan Rumah Tidak Terjual Di Negeri Perak Boleh Menyebabkan Harga Rumah Jadi Semakin Murah
- Lambakan Rumah Lelong Harga Murah Dalam Pasaran Hartanah Tahun 2021
- Sekitar Berlangsungnya Jualan Rumah Lelong LPPSA Pada 28 November 2020
- Real Case Study : Dari Rumah Lelong Ke Guest House (Homestay) 7 Bintang
- Begini Rupanya Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang...
- Real Case Study : Rumah Teres Corner Lot Di Ayer Keroh Melaka Pada Harga RM190 Ribu
- 12,000 Kediaman Bawah RM200,000 Akan Dibangunkan Di Sekitar Putrajaya Dalam Projek Residensi Prihatin
- Adakah Bilangan Rumah Tidak Mencukupi Antara Punca Ramai Penjawat Awam Masih Belum Membeli Rumah?
- Senarai Rujukan Homestay, Hartanah dan Pengurusan Kewangan (Versi Bahasa Melayu)