Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam Post kali ini lebih kepada awareness atau kesedaran kepada semua orang terutamanya kepada golongan muda yang ingin membeli rumah atau hartanah.
Dalam perkongsian ini bukan mengajak anda untuk membeli rumah lelong, tetapi lebih kepada persediaan anda sebelum membuat satu-satu pelaburan hartanah. Tak kira lah nak beli rumah subsale ke?, nak beli rumah under con ke, atau nak beli rumah lelong.
Adakah anda betul-betul sudah bersedia untuk membeli rumah (hartanah)??
Bila baca PoS (Proclamation Of Sale) di bawah, Hati ini rasa tersentuh..
Rasa sedih.. Rasa kasihan kepada pemilik rumah..
Sedih bila tengok peringkat umur yang muda sudah ada property yang dilelongkan oleh pihak bank.
Ditambah sedih bila aku tengok nama peminjam adalah orang kita sendiri..
Waduhsss ...
PoS ini menunjukkan pemilik rumah yang kena lelong ini lahir pada tahun 1991 |
Berdasarkan nombor kad pengenalan yang tertera dalam PoS di atas, pemilik rumah ini lahir pada tahun 1991. Lebih tepat lagi lahi pada 30 Oktober 1991. Muda lagi kan. 30 oktober tahun ni baru masuk umur 30 tahun. Perempuan.
Waktu dia beli unit ini pada tahun 2017 (Tengok deed of assignment tu May 2017).
Maknanya dia membeli hartanah ini ketika berumur 27 tahun.
Bagus lah tu kan. Muda-muda lagi sudah ada kesedaran beli hartanah.
Rujuk detail dalam PoS tersebut:
- Unit yang kena lelong ni mempunyai keluasan 650sqft
- Harga rezab adalah RM306k
- Property di Cyberjaya
- Unit baru siap
- Rumah baru dah tentu facilities cantik.
- Design cantik.
- Tengok gambar dibawah tu dah cukup.
- Cukup menarik.
Gambar bangunan properties yang kena lelong di Cyberjaya |
Bila kita refer dengan lebih detail di Propertyguru:
- Harga rumah ini semasa launching price RM700 ++ per sq ft ...
- Maintenance fees 35 sen per sq ft ...
- Maintenance fees sebulan adalah RM227...
- Maknanya dengan keluasan 650sq ft ini, harga jualan lebih kurang RM455k
- Unit begini kebiasaannya semakin tinggi level nya, semakin mahal harganya
Maklumat hartanah ini secara detail di Propertyguru |
Persoalannya, Adakah harga rezab RM306k ini terjual pada lelongan awam nanti ???
Mari kita lihat history database lelong (Tengok pada gambar yang ke 2 di atas)
Dengan keluasan yang lebih besar iaitu 815 sq ft. Harga rezab RM313.5k pun tiada pembida yang berminat.
Biasanya pada Lelongan yang seterusnya, harga rezab untuk unit 815sq ft ini akan turun lagi nilainya sebanyak 10%.
Ini bermaksud hanga rezab lelongan yang seterusnya akan jadi RM282.15K.
Jadi, situasi yang sama juga kemungkinan besar akan berlaku kepada unit yang 650sq ft ini, iaitu tiada pembida.
Untuk rekod, boleh tengok dalam gambar di bawah..
Unit ini sebenarnya pernah dilelong buat kali pertama pada 17 March 2021 dengan harga RM400k (rujuk RA1)
Disebabkan tiada pembida, harga yang terbaru adalah RM306k (Turun harga rezab sebanyak 10% daripada lelongan pertama)
Unit ini pernah dilelong buat kali pertama pada 17 March 2021 dengan harga RM400k (rujuk RA1) |
Sekiranya tiada pembida lagi dalam lelongan kali kedua pada 25 Mei 2021 nanti, maka harga rezabnya akan turun lagi sebanyak 10% pada lelongan yang seterusnya (harga untuk lelongan seterusnya jadi RM275,400)
Process ini akan berterusan sehinggalah ada pembeli dari pasaran lelong.
Lagi rendah harga yang terjual di pasaran lelong, lagi banyaklah owner ini kena top up baki loan tersebut.
Contohnya:
Katakan baki loan bank unit ini ada lagi RM450k.
Harga terjual di lelongan awam ialah RM275.4k ...
Ada lagi perbezaan sebanyak RM174.6k yang perlu di top up oleh owner lama.
Bayangkan kena bayar hutang sebanyak RM174.6k kepada pihak bank macam tu sahaja, tapi hartanah tu tak jadi pun milik kita.
Duit terbang macam tu sahaja.
Inilah risiko bila rumah dah kena lelong.
Kalau tak boleh bayar, bank boleh ambil tindakan undang undang.
Boleh juga bankrupt (muflis).
Dalam keadaan begini, pemilik rumah yang kena lelong pasti berpeluh..
risau!!
buat apa pun serba tak kena..
tak ada mood ..
tak ada motivasi...
tak lalu nak buat apa...
melihat harga rezab yang semakin rendah...
semakin banyak nak kena top up untuk bayar hutang bank...
Jadinya, fikirkan semasak-masaknya sebelum buat keputusan untuk membeli hartanah.
Tersilap langkah, pelaburan boleh jadi peleburan.
Fikir-fikirkan kemampuan kita membeli hartanah...
PENGAJARAN
Sebagai pengajarannya, Apa juga keputusan kita..
Adakah kita sudah bersedia ??
Nak beli rumah berharga RM500k ker ..
Nak beli rumah RM 1 juta ker ...
Kalau betul sudah bersedia, Teruskan sahaja.. tidak ada masalah.
Tapi sebelum itu, tolonglah fikirkan monthly installment rumah tersebut.
Fikirkanlah komitmen yang akan datang!
Anak dah semakin membesar, kena fikir belanja sekolah, kena fikir duit kepada emak dan ayah. Semakin berumur, emak dan ayah juga ada kos-kos yang perlu kita tanggung. Begitu juga dengan anak-anak kita. Semakin besar banyak keperluan lain untuk mereka seperti anak nak masuk asrama, nak masuk kelas tuisyen dan sebagainya.
Gaji kita bukan untuk bayar loan rumah semata mata !!!
Jangan ikut-ikut orang!
Sebabnya, Lain orang lain komitmen.
Walaupun layak dapat loan, belum tentu mampu untuk bayar bulanannya.
Pelaburan hartanah bukan kira banyak atau besar mana loan yang dibuat.
Bukannya lebih banyak loan lagi bagus.
Tolonglah tengok kemampuan masing-masing.
Banyak sangat kes-kes macam ini keluar!
Dah jadi trending.
Asal siap sahaja unit, ada sahaja pemilik rumah yang terkandas.
Ini cerita berdasarkan fakta yang ada, rekod dan butiran lelong tak boleh nak tipu.
Nak baca real case study yang lain ada disini -> https://ezy.la/RumahLelong
Sekiranya anda masih takut-takut hendak membeli rumah disebabkan tiada ilmu, saya boleh rekemenkan kepada anda 2 rujukan yang dapat membantu anda membeli rumah murah di bawah harga pasaran. Rujukan yang saya maksudkan ialah:
Rumah Pertama Paksa Rela (Klik Di Sini) |
Ebook RumahLelong (Klik Di Sini) |
Info Berkaitan:
- Bungalow Lelong RM500k
- Listing Lelong Raya : Melibatkan Lebih 60 Hartanah
- Contoh Senarai Kereta Yang Akan Dilelong pada Bulan Mei 2021
- Jadual Aktiviti Lelongan Rumah Sepanjang Bulan Mei, Jun dan Julai 2021
- Pemilik Asal Rumah Lelong Lambat Keluar
- Dari Short Term Investment Ke Long Term Investment
- Real Case Study : Untung 5 Angka Beli Kereta Lelong Dan Di Jual Semula Di CarSome
- Jadual Aktiviti Lelongan Rumah Sepanjang Bulan April 2021
- Senarai Rumah Yang Akan Dilelong Oleh LPPSA Pada 10 April 2021
- Rahsia Beli Tanah Dan Jadikan Homestay Di Atas Tanah Sendiri
- 12,000 Kediaman Bawah RM200,000 Akan Dibangunkan Di Sekitar Putrajaya Dalam Projek Residensi Prihatin
- Lambakan Rumah Tidak Terjual Di Negeri Perak Boleh Menyebabkan Harga Rumah Jadi Semakin Murah
- Lambakan Rumah Lelong Harga Murah Dalam Pasaran Hartanah Tahun 2021
- Real Case Study : Dari Rumah Lelong Ke Guest House (Homestay) 7 Bintang
- Begini Rupanya Keadaan Rumah Lelong Di Hentian Kajang...
- Real Case Study : Rumah Teres Corner Lot Di Ayer Keroh Melaka Pada Harga RM190 Ribu