Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi ini saya mendapat satu mesej di Facebook berkaitan dengan homestay, yang mana anak kepada pemilik homestay meminta saya mengeluarkan homestay mereka dari blog saya.


Screenshot mesej di Facebook daripada anak kepada pemilik homestay yang meminta saya mengeluarkan homestay mereka dari blog saya

Screenshot mesej di Facebook daripada anak kepada pemilik homestay yang meminta saya mengeluarkan homestay mereka dari blog saya

Seperti yang kita sedia maklum, dalam tempoh pelaksanaan PKP1.0 sehingga PKP3.0 ini Sektor pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk. Ramai peniaga dan pekerja dalam sektor ini telah kehilangan sumber pendapatan.


Pemilik-pemilik homestay ramai yang tidak dapat terus bertahan dengan keadaan ini telah menukar status homestay mereka kepada rumah sewa. Daripada sebelum ini rumah mereka disewa secara harian (homestay) bertukar kepada disewa secara bulanan.


Malah, ada juga yang terpaksa menjual atau terpaksa 'melepaskan' homestay mereka disebabkan tidak mampu untuk membayar komitmen bulanan (pinjaman rumah) pada setiap bulan.


Maklumlah, hutang pinjaman rumah ni bukan sedikit. Main ratus-ratus ribu nilainya. Bila tiada sumber pendapatan melalui sewaan homestay, kalau sebulan dua masih boleh bertahan lagi.


Tapi kalau dah sampai setahun (12 bulan), bukan semua orang mampu. Hanya mereka yang mempunyai tahap kewangan yang kukuh sahaja mampu terus bertahan dengan homestay masing-masing sehingga sekarang. 


Untuk menghormati permintaan anak kepada owner homestay ini, saya telah 'unpublishkan' iklan homestay tersebut dari blog saya. Semoga beliau (anak owner homsetay) dapat tinggal dengan tenang di rumah ayah beliau yang pernah dijadikan sebagai homestay sebelum ini.


Begitulah tuan-tuan. Dalam tempoh Pendemik Covid-19 ini kita cuba downgred kehidupan kita. Manfaatkan sumber yang ada seperti bagi ahli keluarga untuk tinggal di rumah sewa sendiri. Ianya lebih menjimatkan daripada membiarkan mereka menyewa di rumah orang lain. Jimat kos sewa rumah!


Sama-samalah kita doakan semoga Pendemik Covid-19 ini dapat segera pergi meninggalkan kita. Ramai orang sedang struggle pada ketika ini untuk meneruskan kehidupan.


Info berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) Beli Rumah Lelong (24) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) Ebook Senarai Homestay (3) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Hotel (5) IPOH PERAK (2) Ilmu Kewangan (5) Ilmu hartanah (17) Ilmu pelaburan (7) Ilmu pelaburan saham (3) KWSP (5) LPPSA (15) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) PELABURAN HARTANAH (37) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya homestay (9) Pelaburan (10) Pelaburan Saham (29) Perak (7) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay Melaka (1) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1) Taman Desa Harmoni (1) beli rumah busuk (3) beli rumah pertama (1) ebook percuma (3) ebook rahsia homestay (1) emas (4) hARTANAH (32) harga emas (2) hotel murah (1) ilmu pelaburan hartanah (15) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) lelong (20) pelaburan emas (5) pendapatan pasif (3) rahsia homestay (2) rumah di seri manjung (4) senarai Rumah (2) senarai homestay di Malaysia (8)