Para Pengusaha Homestay Boleh Menarik Nafas Lega Dengan Pemberian Moratorium Selama 6 Bulan. Syukur Alhamdulillah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Moratorium (penangguhan bayaran balik pinjaman)  selama 6 bulan kepada pihak bank bermula 7 Julai 2021 sedikit sebanyak dapat melegakan sahabat-sahabat pengusaha homestay Dan rakan-rakan yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Terutamanya bagi mereka yang terjejas sumber pendapatan pada ketika ini.

Moratorium (Sumber : Klik Di Sini)

Para Pengusaha Homestay Boleh Menarik Nafas Lega Dengan Pemberian Moratorium Selama 6 Bulan. Syukur Alhamdulillah..

Ini peluang untuk menarik nafas lega sewaktu bisnes homestay dan kereta sewa tidak dapat beroperasi seperti biasa disebabkan tiada pengunjung yang menggunakan servis yang disediakan akibat PKP.

Boleh baca isu-isu semasa berkaitan dengan homestay dan sektor pelancongan di sini:

Pemberian Moratorium pada kali ini merupakan peluang kepada para pengusaha homestay dan mereka yang terlibat dengan sektor pelancongan untuk membina dana kecemasan. 

Sila pastikan duit yang sepatutnya dibayar setiap bulan itu betul-betul dijadikan sebagai dana kecemasan. 

Namun begitu, jika anda terima moratorium ini, maka akan bertambahlah tempoh pinjaman anda kelak. 



Terima kasih Pihak Kerajaan Kerana Turut Peka Dengan Nasib Yang Menimpa Golongan M40 dan T20.

"Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20" 
-Tan Sri Muhyiddin Yassin-

Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20

Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Beliau turut memaklumkan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan.

"Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan ini ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas."

Muhyiddin berkata, kerajaan dengan kerjasama Bank Negara dan pihak bank melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman, menerusi pengumuman PEMERKASA Tambahan sebelum ini secara bersasar.

Setakat ini, katanya, lebih 250,000 peminjam yang layak mendapat kelulusan secara automatik, namun hanya perlu memilih sama ada untuk mendapatkan moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

"Kerajaan faham keresahan rakyat pada masa ini. Ramai yang terjejas dan ini bukan membabitkan golongan B40 sahaja. Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara-mara yang terjejas akibat COVID-19."
-Tan Sri Muhyiddin Yassin-


"Saya berharap inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini. Bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain,"
-Tan Sri Muhyiddin Yassin-


Walaubagaimanapun, pemberian Moratorium ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini.

"Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Semoga kita dapat manfaatkan kelebihan Moratorium ini dengan sebaiknya supaya kita masih berpeluang untuk "memberi" walaupun berada dalam kesempitan.

In Shaa Allah...




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (3) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (4) Bota kanan (1) Cameron Highland (1) Carian Homestay Malaysia (6) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (2) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (2) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (28) Hartanah Lelong (12) Homestay (91) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (1) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (6) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (8) Homestay di Port Dickson (2) Homestay di Seremban (1) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (4) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (15) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (3) ilmu pelaburan hartanah (10) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (18) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (8) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (34) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (5) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (3) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (68) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) senarai homestay di Malaysia (4) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (2) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)