PKPD 8 daerah di Selangor dan 14 lokaliti Kuala Lumpur mulai 3 Julai 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi COVID-19 di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Kes Positif harian yang tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor pada 1 Julai 2021
Kes Positif harian yang tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor pada 1 Julai 2021. Sumber : Facebook rasmi MKN


Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900. Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.


Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan. Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).


Sehubungan itu, melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.


PKPD 8 daerah di Selangor


1) Daerah Petaling

Mukim yang terlibat:

  • Petaling
  • Damansara
  • Sg Buloh
  • Bukit Raja

PKPD bersasar di Daerah Petaling, Selangor
PKPD bersasar di Daerah Petaling, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN


2) Daerah Hulu Langat, Selangor

Mukim yang terlibat:

  • Hulu Langat
  • Ampang
  • Cheras
  • Kajang
  • Semenyih
  • Beranang

PKPD bersasar di Daerah Hulu Langat, Selangor
PKPD bersasar di Daerah Hulu Langat, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN


3) Daerah Sepang, Selangor

Mukim yang terlibat:

  • Dengkil
  • Labu
  • Sepang 

PKPD bersasar di Daerah Sepang, Selangor
PKPD bersasar di Daerah Sepang, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN


4) Daerah Gombak, Selangor

Mukim yang terlibat: 

  • Batu 
  • Rawang 
  • Setapak 
  • Hulu kelang 
  • Kuang


PKPD bersasar di Daerah Gombak, Selangor
PKPD bersasar di Daerah Gombak, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN


5) Daerah Kuala Langat, Selangor

Mukim yang terlibat: 

  • Tanjung 12 (1) 
  • Tanjung 12 (2) 
  • Teluk Panglima Garang 
  • Morib 
  • Bandar 
  • Jugra 
  • Batu

PKPD bersasar di Daerah Kuala Langat, Selangor
PKPD bersasar di Daerah Kuala Langat, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN


6) Daerah Klang, Selangor

Mukim yang terlibat: 

  • Kapar 
  • Klang

PKPD bersasar di Daerah Klang, Selangor
PKPD bersasar di Daerah Klang, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN


7) Daerah Kuala Selangor, Selangor

Mukim yang terlibat: 

  • Ijok 
  • Bestari Jaya 
  • Jeram 

PKPD bersasar di Daerah Kuala Selangor
PKPD bersasar di Daerah Kuala Selangor, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN

 

8) Daerah Hulu Selangor, Selangor

Mukim yang terlibat:

  • Serendah
  • Rasa
  • Ulu Yam
  • Batang Kali

PKPD bersasar di Daerah Hulu Langat, Selangor
PKPD bersasar di Daerah Hulu Selangor, Selangor. Sumber : Facebook rasmi MKN

PKPD 14 Lokaliti di Kuala Lumpur


Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
  • Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
  • Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
  • Flat Sri Sabah
  • Kampung Puah
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas

PKPD bersasar di WP Kuala Lumpur
PKPD bersasar di WP Kuala Lumpur. Sumber : Facebook rasmi MKN


Dengan pelaksanaan PKPD ini, SEMUA laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM. 


Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.


KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.


Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat.


Oleh yang demikian, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.


Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.


Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2) orang sahaja termasuk pemandu.


Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM. Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.


Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.


Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.


Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).


Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premispremis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.


Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.


Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.


Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.


Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.


Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.


Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.


Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi. Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.


Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.


Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh. SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.


Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.myFacebook rasmi MKN, dan Facebook Rasmi KKM.


Semoga pelaksanaan PKPD 8 daerah di Selangor dan 14 lokaliti Kuala Lumpur mulai 3 Julai hingga 16 Julai 2021 ini berjaya mengurangkan kes positif harian kepada 1 angka sahaja sehari. Supaya kita sudah tak perlu lagi nak melalui proses-proses Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti ini.


In Shaa Allah... Aamiin..


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)