Boleh bercuti di Langkawi jika lengkap dua dos vaksin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam BH Online bertarikh 1 Julai 2021: 

"Hanya individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan dibenar bercuti di Langkawi selepas pulau peranginan itu dijangka dibuka kepada pengunjung pada September ini"


Boleh bercuti di Langkawi jika lengkap dua dos vaksin
Boleh bercuti di Langkawi jika lengkap dua dos vaksin. Sumber : BH Online


Syukur Alhamdulillah..

Pasti ramai yang dah tak sabar menunggu berita gembira ini.. Nak bercuti ke Pulau Langkawi dan juga tempat-tempat peranginan lain yang terdapat di seluruh Malaysia.


"Hotel di Langkawi sangat tenat ketika ini, kita faham dan sangat bersimpati, kita nak mempercepatkan proses suntikan vaksin, sebab saya sendiri pun mahu ke Langkawi," katanya lagi.


Untuk maklumat lanjut tentang keadaan sektor pelancongan di Langkawi dan di seluruh Malaysia, boleh baca info-info berkaitan:


Sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, sebanyak 80 peratus penduduk Langkawi perlu mendapat suntikan vaksin bagi membolehkan gelembung perjalanan dilaksanakan di pulau itu apabila rentas negeri dibenarkan dan sempadan negara kembali dibuka pada September ini.


Menurut beliau lagi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong.


"Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin. Ini bermakna, sebanyak 120,000 dos vaksin perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai."

Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar


"Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi," katanya selepas melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PSTB).


Muhammad Sanusi berkata, pihaknya yakin pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi akan memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau itu.


Doakan semoga pendemik Covid19 dapat segera pergi meninggalkan kita, supaya kita dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa.


In Shaa Allah..


Aamiin..


Info berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)