RISIKO DALAM PELABURAN SAHAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam setiap pelaburan pasti ada risiko yang perlu kita hadapi. Tak kiralah apa juga pelaburan yang kita ceburi samada hartanah, emas, saham, Unit Trust, Fixed Deposit, Forex dan sebagainya.


Semakin tinggi potensi kadar keuntungan sesuatu pelaburan, semakin besar jugalah risiko yang perlu kita hadapi.

Graf Kadar Untung Vs Kadar Risiko.
Graf Kadar Untung Vs Kadar Risiko, Sumber : https://ezy.la/LaburSaham


RISIKO DALAM PELABURAN SAHAM

10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Pada Bulan Mei 2021
10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Pada Bulan Mei 2021, Sumber : Klik Di Sini


Risiko yang bakal dihadapi dalam pelaburan saham dah tentulah bila kita mengalami kerugian.

Sebagai contoh, katakan kita tersalah beli saham-saham yang rugi seperti di atas.

Katakan modal yang kita keluarkan sebanyak RM10,000 dengan pecahan pembelian saham seperti berikut (Pembelian saham pada 3 Mei 2021):
  1. Sanichi Technology Bhd - RM0.275 X 3500 unit = RM962.50
  2. Silver Ridge Holdings Bhd - RM0.96 X 1000 unit = RM 960.00
  3. Sealink International Bhd - RM0.475 X 2000 unit = RM950.00
  4. KPower Bhd - RM2.06 X 500 unit = RM1030.00
  5. Sarawak Consolidated Industries Bhd - RM1.72 X 600 unit = RM1032.00
  6. EKA Noodle Bhd - RM0.06 X 18000 unit = RM 1080.00
  7. E.A. Technique (M) Bhd - RM0.17 X 6000 unit = RM1020.00
  8. SKB Shutters Corporation Bhd - RM1.74 X 500 unit = RM870.00
  9. Tansin Holdings Bhd - RM0.855 X 1200 unit = RM1026.00
  10. Xia Leng Holdings Bhd - RM1.45 X 700 unit   = RM1036.00
-----------------
JUMLAH RM9,966.50
------------------

Sekiranya saham-saham ini dijual semula pada 31 Mei 2021. Jom kita lihat berapa kerugian yang dialami

  1. Sanichi Technology Bhd - RM0.07 X 3500 unit = RM245.00
  2. Silver Ridge Holdings Bhd - RM0.36 X 1000 unit = RM 360.00
  3. Sealink International Bhd - RM0.215 X 2000 unit = RM430.00
  4. KPower Bhd - RM1.08 X 500 unit = RM540.00
  5. Sarawak Consolidated Industries Bhd - RM0.91 X 600 unit = RM546.00
  6. EKA Noodle Bhd - RM0.035 X 18000 unit = RM 630.00
  7. E.A. Technique (M) Bhd - RM0.10 X 6000 unit = RM600.00
  8. SKB Shutters Corporation Bhd - RM1.10 X 500 unit = RM550.00
  9. Tansin Holdings Bhd - RM0.545 X 1200 unit = RM654.00
  10. Xia Leng Holdings Bhd - RM0.945 X 700 unit   = RM661.50
-----------------
JUMLAH RM5,216.50
------------------

Kerugian hampir RM5,000 atau hampir 50% dalam tempoh satu bulan.

Berdasarkan contoh di atas, sekiranya semua saham yang kita pilih jatuh harga. Antara pilihan alternatif yang boleh kita lakukan ialah dengan menyimpan dulu saham-saham tersebut sehingga harganya naik kembali baru membuat keputusan untuk menjual.

Keadaan ini biasanya berlaku kepada pelabur-pelabur baru yang tiada ilmu dalam pelaburan saham. Main beli saham tanpa membuat analisa terlebih dahulu. Perkara yang dah lepas jangan di kenang! Terus pandang jauh ke hadapan.

Itu sememangnya lumran dalam dunia pelaburan saham. Disebabkan itu, nak melabur dalam saham syaratnya WAJIB kena ada ilmu supaya dapat mengurangkan risiko kerugian.

BAGAIMANA PULA SEKIRANYA ANDA MEMBELI SAHAM-SAHAM SEPERTI BERIKUT? 


Pastinya keuntungan yang anda perolehi sekiranya membeli saham yang betul pada masa-masa tertentu.

10 Saham patuh syariah Paling Untung Bulan Mei 2021
10 Saham patuh syariah Paling Untung Bulan Mei 2021, Sumber : Klik Di Sini

Sebagai contoh, anda membeli 10 Saham di atas dengan modal sebanyak RM10,000 pada 3 mei 2021 dengan pecahan seperti berikut:
  1. Sedania Innovator Bhd - RM0.26 X 4000 unit = RM1040.00
  2. Kumpulan Jetson Bhd - RM0.24 X 4000 unit = RM 960.00
  3. Privasia Technology Bhd - RM0.15 X 7000 unit = RM1050.00
  4. Pharmaniaga Bhd - RM3.38 X 300 unit = RM1014.00
  5. Amcorp Properties Bhd - RM0.51 X 2000 unit = RM1020.00
  6. Tanco Holdings Bhd - RM0.085 X 11000 unit = RM 935.00
  7. Y&G Corporation Bhd - RM0.55 X 2000 unit = RM1100.00
  8. Progressive Impact Corporation Bhd - RM0.135 X 6000 unit = RM810.00
  9. Saudee Group Bhd - RM0.185 X 5000 unit = RM925.00
  10. Systech Bhd - RM0.22 X 5000 unit   = RM1100.00
-----------------
JUMLAH RM9,954.00
------------------

Kemudian saham-saham ini dijual semula pada 31 Mei 2021. Jom kita lihat berapa keuntungan yang diperolehi.
  1. Sedania Innovator Bhd - RM1.38 X 4000 unit = RM5520.00
  2. Kumpulan Jetson Bhd - RM0.58 X 4000 unit = RM2320.00
  3. Privasia Technology Bhd - RM0.30 X 7000 unit = RM2100.00
  4. Pharmaniaga Bhd - RM6.57 X 300 unit = RM1971.00
  5. Amcorp Properties Bhd - RM0.89 X 2000 unit = RM1780.00
  6. Tanco Holdings Bhd - RM0.145 X 11000 unit = RM1595.00
  7. Y&G Corporation Bhd - RM0.93 X 2000 unit = RM1860.00
  8. Progressive Impact Corporation Bhd - RM0.19 X 6000 unit = RM1140.00
  9. Saudee Group Bhd - RM0.26 X 5000 unit = RM1300.00
  10. Systech Bhd - RM0.305 X 5000 unit   = RM1525.00
-----------------
JUMLAH RM21,111.00
------------------

Sekiranya semua saham yang kita pilih boleh memberikan keuntungan. Dalam masa satu bulan sahaja, kita boleh menggandakan wang kita.

Dalam contoh di atas, dengan modal RM10,000 kita beli 10 kaunter saham dengan peruntukan RM1,000 untuk setiap kaunter saham. Hasilnya dengan modal RM10,000 dapat digandakan jadi RM21,111.00 (Untung 111%) dalam tempoh satu bulan sahaja.

(Disclaimer : Senarai ini berdasarkan prestasi saham syarikat pada Mei 2021. Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.)


Namun secara realitinya adalah mustahil jika kita membeli 10 saham, kesemua saham tersebut mengalami kerugian. Adalah mustahil juga sekiranya kesemua 10 saham yang kita beli mengalami keuntungan dalam satu masa.

Biasanya dalam 10 saham yang kita beli, ada saham yang untung dan ada saham yang rugi. Mana saham yang untung, kita boleh jual saham tersebut sebagai "backup" kepada saham-saham yang rugi. Saham yang rugi mungkin kita boleh simpan terlebih dahulu sehingga dapat cari masa yang sesuai untuk dijual.

Inilah antara kelebihan pelaburan saham berbanding pelaburan dalam ASB atau Tabung Haji yang mana dividen dan keuntungan cuma dinikmati setahun sekali sahaja.

Sedangkan dalam pelaburan saham, keuntungan boleh dinikmati samada 2 hari sekali, seminggu sekali, sebulan sekali, dan sebagainya bergantung kepada matlamat pelaburan kita.

Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…
In Shaa Allah...


Jadi, dalam tempoh perlanjutkan PKP3.0 dari 15 hingga 28 Jun ini, cubalah ambil peluang ini mengisi masa dengan belajar trade saham. Sekiranya perlukan bahan rujukan, anda boleh rujuk kepada 3 orang sifu di bawah:

1) Dr Zul Izzi Nordin

2) Shafie Bustan

3) Abang Ensem

Mereka bertiga dah lama terlibat dalam bidang pelaburan Saham.

Ilmu-ilmu dan kepakaran mereka telah dapat membantu ramai orang mendapatkan keuntungan melalui pelaburan saham.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)