10 Perbezaan Diantara Saham Dan FCPO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pelaburan Saham dan FCPO kedua-duanya ada kelebihan masing-masing

Cuma dari segi modal, pelaburan saham ikut kemampuan kita.
Kalau kita ada modal sedikit, kita boleh mula dengan membeli saham syarikat yang murah. Iku bajet permulaan yang kita ada. 

Tapi FCPO berbeza. Modal untuk memulakan pelaburan FCPO paling murah pun dalam RM5500.00. Dan perlu sediakan Back Up Modal dalam RM500-RM1k sekiranya kita mengalami kerugian pada hari tersebut dan nak trade lagi pada keesokan harinya.  Kalau tak ada modal permulaan sebanyak itu, memang tak boleh nak melaburlah jawabnya.

Ada beberapa perbezaan lagi diantara FCPO dengan saham. Berikut saya senaraikan 10 perbezaan tersebut.

10 Perbezaan Diantara Saham Dan FCPO
10 Perbezaan Diantara Saham Dan FCPO 


10 Perbezaan Saham Dan FCPO 

1) Maksud 

a) Saham
Pemilikan dalam sesebuah syarikat. 
Bila kita beli saham syarikat A contoh 5%, bermaksud kita menjadi sebahagian rakan kongsi kepada syarikat A tersebut.

b) FCPO
Pasaran hadapan (futures) minyak kelapa sawit mentah (crude palm oil). Produk derivatif komoditi di Bursa Malaysia.


2) Jenis Pasaran

a) Saham
Saham adalah cash market.
Pasaran hadapan saham di Bursa Malaysia dikenali sebagai Single Stock Futures (SSF). Contoh FKLI.

b) FCPO
Mesti ada pasaran sawit mentah yang fizikal.
FCPO adalah derivatif bagi CPO.


3) Jenis Akaun di Bursa Malaysia 

a) Saham
Kita perlu ada akaun CDS & akaun trading dengan mana-mana syarikat sekuriti / broker saham untuk mula terlibat dalam pelaburan saham. https://ezy.la/LaburSaham

b) FCPO
Kita kena buka margin account yang berbeza dengan akaun jual beli saham, melalui syarikat futures broker yang sah.  https://ezy.la/LaburFCPO


4) Pembelian / position

a) Saham
- Satu hala
“Buy low and sell high or buy high and sell higher”
Pelabur perlu beli terlebih dahulu dan menjual kemudian.
Sekiranya pelabur menjual dahulu saham tanpa pemilikan sesuatu saham itu, kebiasaannya broker akan halang atau sekat transaksi itu.

b) FCPO
- Dua hala
Trader boleh masuk posisi (buy low and sell high) ataupun (buy high dan sell higher) jika pasaran menaik (Bullish),
Boleh juga membuat posisi (sell high dan buy low) ataupun (sell low dan buy lower) di dalam pasaran menurun (Bearish).
Trader boleh jual terlebih dahulu sekiranya harga tinggi dan beli kemudian setelah harga rendah atau jatuh.
Ini memberi kelebihan kepada para trader untuk membuat keuntungan semasa pasaran menaik (BULLISH) atau pasaran menurun (BEARISH). 


5) Modal 

a) Saham
Modal Perdagangan jual beli saham sebenarnya bergantung terhadap harga kaunter/saham dan juga berapa banyak unit yang ingin dibeli. Harga saham seunit ada yang serendah 10sen. 

b) FCPO
Berdagang dengan FCPO pula menggunakan margin yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Modal 1 lot FCPO adalah RM5,500. Dan perlu sediakan Back Up Modal dalam RM500-RM1k sekiranya kita mengalami kerugian pada hari tersebut dan nak trade lagi pada keesokan harinya. Senang cerita perlu sediakan modal permulaan sekurang-kurangnya RM6000.00 kalau nak mula melabur dalam FCPO.


6) Leverage

a) Saham
Tiada leverage.
1 lot saham bermaksud kita memiliki 100 unit saham. Pada T+4 kita dah buat full settlement.

b) FCPO
1 kontrak bersamaan 25 tan metrik saham. Sebab itu turun naik 1 tick (point), untung ruginya adalah RM 25.


7) Untung 

a) Saham
Boleh dapat speculative gain dan juga dividen gain. Serta dari aktiviti korporat tertentu. 

b) FCPO
Speculative gain sahaja. FCPO ada 2 ways market, boleh buat untung masa pasaran naik dan menurun.


8) Spread

a) Saham
Tiada.

b) FCPO
Boleh dilakukan.
Keperluan margin pun adalah lebih rendah.


9) Risk 

a) Saham
Rendah 
Kita keluarkan modal permulaan mengikut kemampuan kita. Kalau rugi pun tak ada banyak mana.

b) FCPO
Tinggi
Kita keluarkan modal permulaan yang tinggi. Kalau rugi boleh menyebabkan kita menangis di bucu katil.


10) Expired

a) Saham
Tiada
Kita boleh simpan saham syarikat tertentu dalam tempoh yang lama untuk menikmati dividen tahunan. Selagi syarikat yang kita beli saham masih wujud di Bursa Saham KL selagi itu kita masih mempunyai kepentingan terhadap syarikat tersebut.

b) FCPO
Ada expiration session
Dalam FCPO jarang pelabur simpan pegangan lama-lama tanpa menjual seperti saham. Ini disebabkan dalam FCPO melibatkan komoditi minyak sawit mentah. Trader "long term" paling lama pun biasanya memegang position mereka dalam tempoh 3 minggu hingga sebulan sahaja. Tidak seperti dalam pelaburan saham yang boleh simpan saham sesuatu syarikat sehingga berbelas tahun atau berpuluh tahun.


Dalam tempoh PKP penuh yang bermula dari 1 hingga 14 Jun ini, cubalah ambil peluang ini mengisi masa dengan belajar trade saham dan FCPO. Sekiranya perlukan bahan rujukan, anda boleh rujuk kepada 3 orang sifu di bawah:

1) Dr Zul Izzi Nordin

2) Shafie Bustan

3) Abang Ensem

Mereka bertiga dah lama terlibat dalam bidang ini.

Ilmu-ilmu dan kepakaran mereka telah dapat membantu ramai orang mendapatkan keuntungan melalui pelaburan saham dan FCPO.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)