Apabila Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan dan PKPB dilanjutkan lagi 4 minggu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan

Pada 18 Mac 2020, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) telah mengeluarkan satu siaran media dari PEJABAT MENTERI, Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tentang Pembatalan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga 31 Mac 2020. (Boleh rujuk di sini)
Sumber asal : Klik Di Sini

Kemudian pada 4 Mei 2020, pihak kerajaan telah membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh tetapi perlu mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan. 


Garis Panduan (SOP) Pembukaan Semula Ekonomi - Sektor Kebudayaan dan Perhotelan (Sumber : Klik Di Sini)

Namun begitu masih terdapat senarai aktiviti yang dilarang, antaranya Panggung Wayang, Taman Tema, Perarakan/aktiviti keagamaan, pameran-pameran, promosi dan pakej pelancongan, semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai, dan lain-lain.

(Boleh lihat senarai terperinci dalam gambar di bawah)
Senarai Aktiviti yang dilarang (Sumber : Klik Di Sini)

Premis Penginapan Perhotelan (PPP) dibenarkan untuk beroperasi tetapi tertakluk kepada peraturan dan Garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seperti berikut:


 (Sumber : Klik Di Sini)

Garis Panduan (SOP) sangat terperinci. Ada diterangkan satu persatu daripada menyambut tetamu, tetamu mendaftar masuk, susunatur meja/lif/ruangan menunggu, rekod kehadiran/kakitangan, pergerakan tetamu di dalam dan di luar bangunan, aktiviti hausekeeping, peraturan penggunaan kemudahan/fasiliti, dan lain-lain..  

Pada masa tersebut (4 Mei 2020) telah wujud kelegaan dalam kalangan pengusaha-pengusaha hotel, termasuk juga pengusaha-pengusaha homestay. Masing-masing dah merancang untuk buat aktiviti promosi seperti biasa dengan harapan boleh dapat penyewa bermula pada bulan Syawal ini.

Tetapi, keadaan agak mengecewakan bila mendengar Perutusan Khas Perdana menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada jam 2.00 petang tadi (10 Mei 2020).


Perutusan Khas Perdana menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada jam 2.00 petang tadi (10 Mei 2020)
Perutusan Khas Perdana menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada jam 2.00 petang tadi (10 Mei 2020)

Perdana Menteri menyatakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan lagi 4 minggu sehingga 9 Jun 2020. Dalam tempoh tersebut, perjalanan balik kampung untuk merentas negeri tidak dibenarkan. Cuma perjalanan merentas daerah sahaja yang dibenarkan. Aktiviti berkumpul beramai-ramai tidak dibenarkan. Sekiranya ada keperluan untuk mengunjungi saudara mara, kena pastikan tidak berkumpul melebihi 20 orang dalam satu masa.

Berdasarkan keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia tahun 2020. Dalam masa yang sama secara tidak langsung ia juga akan menjejaskan aktiviti sewaan Hotel dan Homestay di seluruh Malaysia


Apabila Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan dan PKPB dilanjutkan lagi 4 minggu..


Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Fasa 1 - Fasa 4) ramai orang telah kehilangan sumber pendapatan dalam sektor pelancongan selama 8 minggu. Kali ni bertambah lagi 4 minggu dalam tempoh PKPB menjadikan jumlah keseluruhan 12 minggu atau 3 bulan setakat ini.

Apa agaknya Plan A, B, C, D, E,  kepada mereka yang tejejas sumber pendapatan selama 3 bulan?
..
If you not have any plan, you are plan to fail..
..
Terlalu ramai orang hilang sumber pendapatan... terutamanya bagi mereka yang bekerja di taman-taman tema Dan Taman Tema air seperti Legoland, Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun, MAPS, Bukit Gambang Warter Park, Bangi Water Park, Air Keroh Water Park, Zoo Negara, Zoo Taiping, Muzium Negara,  pekerja-pekerja di resort-resort, hotel-hotel, pulau-pulau, tempat-tempat peranginan seperti Cameron Highlands, Genting Highlands Dan sebagainya..
Baca di sini =>  CABARAN COVID-19, PKP, WFH DAN RECESSION => PRIHATIN DAN MORATORIUM (Klik Di Sini) 

Antara lain yang turut terkesan ialah pemilik-pemilik Homestay Dan peniaga-peniaga di sekitar kawasan percutian dan Pelancongan tersebut..

Semoga ada jalan keluar untuk mereka Dan Ada sumber rezeki lain yang Allah tetapkan untuk mereka...
Baca Di Sini => Senarai 13 Kerja Yang Boleh Dilakukan Dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4) 

Mujur juga dalam tempoh PKP ini dilaksanakan ada "bantuan tambahan" daripada pihak kerajaan, institusi kewangan.. Dan harapannya ada juga belas ehsan daripada tuan-tuan rumah di mana mereka menyewa.
Baca Di Sini => "Moratorium" Merupakan Satu Kelebihan Untuk Kita Bersedekah (Klik Di Sini)

Kepada sahabat-sahabat yang terkesan sumber pendapatan, Jangan sesekali menyerah kalah begitu sahaja...

Ingat! Rezeki milik Allah S.W.T... 
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali berputus asa daripada memohon dan terus memohon kepada Allah S.W.T, supaya ada sumber pendapatan lain daripada pelbagai sumber yang tidak disangka-sangka.

Jangan sesekali bergantung harap kepada manusia... Dan jangan juga sesekali bergantung kepada makhluk-makhluk lain... Tetapi bergantunglah sepenuhnya kepada Allah S.W.T.. Sebab Allah S.W.T adalah pemberi rezeki kita yang sebenar..

Perkongsian Sebuah Kisah Benar Daripada Orang yang pernah menghadapi masalah ekonomi semasa krisis Tahun 2008

Bank mula "telefon dan menghantar notis". Masalahnya bukan saya tidak mahu bayar, saya "tiada sumber" untuk bayar. Tapi tetap "ditekan" untuk buat bayaran.

Lama kelamaan saya menjadi lali dan tepu dengan panggilan, notis dan ugutan pihak bank. Ketika itu saya berkata jika hendak saman... Saman jerlah... Saya jadi "garang" dan membina sikap 
"Apa nak jadi, jadilah"
I just don't care!!!

Saya "tak bayar" ansuran bulanan sebuah rumah selama lebih 6 bulan.
Duit kutipan sewa rumah tersebut saya gunakan untuk sara diri..

Kisah benar pengalaman hidup Dato' Nazri Mustafa
Boleh baca kisahnya di sini -> Pengalaman Hidup semasa Krisis Ekonomi 2008

Sumber : Klik Di Sini

Semoga dengan kisah tersebut sedikit sebanyak dapat menjadi pengajaran kepada diri kita...
Hidup tidak semuanya indah.
Banyak onak dan duri yang perlu kita tempuhi untuk mendaki tangga-tangga kejayaan.

Pilihan terletak di tangan kita.. Adakah kita sanggup meredah apa juga
ujian demi mengejar sebuah kejayaan?
Atau terus duduk sahaja dalam "zon selesa" dan redha dengan apa sahaja yang ada di depan mata??

Apa sahaja situasi yang sedang kita hadapi, kita perlu hadapinya dengan tenang dan sabar. In Shaa Allah ada jalan keluar terbaik untuk kita. Cuma mungkin ada diantara kita yang masih belum menemui jalan keluar tersebut.

Sentiasa berfikir secara positif dengan menjadikan setiap masalah yang ada sebagai peluang baru dalam hidup kita.


Sumber : Klik Di Sini

Sekadar itu sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini.
Semoga Bermanfaat.






Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)