Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dah lama rasa tak cerita tentang rumah lelong. Bukan saja-saja tak nak share cerita lelong, Tetapi waktu MCO/PKP ni tiada lelongan awam yang di jalankan. Semuanya postpone ke tarikh dan masa yang belum pasti lagi bila.
Berkemungkinan pada bulan Ogos ini lelongan dah boleh berjalan seperti biasa. Pada waktu ini, lelongan masih tidak dapat dilaksanakan disebabkan banyak pihak yang berkait.
Sebagai contoh, untuk kontrak lelong, document perlu di stamp kan. LHDN belum buka lagi kan. Manakala urusan dengan office lawyer, ada juga lawyer firm tak buka lagi. Begitu juga dengan office developer, kalau unit lelong masih master title kena dapatkan consent dari pihak developer. Office developer ada yang masih tutup.
Itu belum cerita lagi tentang pejabat tanah, juga masih belum dapat beoperasi lagi. Jadi, daripada lelongan itu diteruskan, kemudian merumitkan keadaan. Eloklah di postpone.
Kena ingat bahawa beli rumah lelong kita kejar masa, Ada due date yang perlu kita patuhi. Apabila semakin banyak lelongan di postpone, makan banyaklah kes-kes rumah lelong yang pending. Menunggu tarikh untuk di lelongkan.
Jangan cerita tentang moratorium yang kita dapat sekarang. Rumah yang dah kena lelong ini adalah kes-kes yang mana pemilik rumah dah tak bayar sebelum moratorium lagi. Dah berbulan bulan atau bertahun dah tak bayar loan. Berapa ramai yang terjejas sejak dari awal-awal lagi PKP 1.0 dilaksanakan.
SUPPLY DAN DEMAND RUMAH LELONG
Mari kita tengok pada demand dan supply rumah lelong. Dari segi lambakan rumah lelong semakin hari semakin banyak. Harga rezab jika satu satu rumah tiada pembida, akan di turunkan lagi harga tersebut pada lelongan akan datang.
Manakala demand pula makin berkurang. Kenapa berkurang??
Ini disebabkan oleh purchasing power kita semakin berkurang.
Pada waktu macam ni, berapa ramai antara kita yang sedang membuat perancangan untuk beli rumah dalam keadaan sekarang?
Sudah tentu kita lebih utamakan benda yang kita perlu terlebih dahulu.
Nak makan pun berkira-kira, inikan pula nak buat investment.
Mungkin ada yang beli rumah target nak duduk sendiri. Betul ada allocate modal untuk beli rumah lelong.
Kena ingat, rumah lelong wajib ada downpayment 10%. Kemudian kena sediakan legal fees. Kena ada kos repair bergantung kepada condition rumah yang bakal menjadi milik kita. Perlu sediakan duit untuk bayar tunggakan dan sebagainya.
Pendek kata, nak beli rumah lelong bukan pakai air liur sahaja!
Perlu ada modal dan perlu ada simpanan.
Dalam keadaan sekarang, semakin kurang pembeli rumah. Mereka yang betul-betul mempunyai holding power tinggi, ada modal yang cukup akan masuk pasaran lelong.
Mereka akan dapat memiliki rumah pada harga yang lebih baik, harga lelong yang murah disebabkan saingan pembida semakin sedikit.
Tak seperti sebelum-sebelum ini. Persaingan yang sengit.
Dibawah ni merupakan satu contoh unit lelong. Tengoklah harganya, dah turun banyak.
Harga Rumah Lelong di Amerin Residence tak sampai RM300K |
Manakala tengok proclamation of sale di bawah ini.
Harga rezab RM600k ..
Tengok pula umur peminjam, baru umur awal 30an sudah ada property yang kena lelong under nama beliau.
Umur muda lagi dah ada rumah kena lelong pada harga rezab RM600K |
Kalau kita mesti tak tidur malam dibuatnya bila pelaburan hartanah dah jadi peleburan. Menjadikan kita rasa tidak terteram, murung, dan sebagainya. Adakah ini yang kita cari bila buat satu-satu pelaburan?
Umur muda lagi dah ada rumah kena lelong pada harga rezab hampir RM600K |
Rumah lelong tu tak bersalah. Ada rumah baru mempunyai design yang cantik.
Facilities yang bagus, Freehold lagi.
Semua tu ok.
Yang tak ok nya adalah pembeli yang membeli diluar kemampuan diri sendiri.
Sebelum buat sesuatu keputusan, fikirlah masak-masak. Pelaburan kita, risiko kita. Kita kena tanggung berdasarkan berapa lama tempoh pinjaman itu kita kena bayar.
Ini adalah harga dan risiko bagi satu pelaburan jangka panjang. Buatlah kira-kira!
Walaupun ramai orang mampu buat pinjaman rumah, tapi belum tentu mampu membayar pinjaman tersebut.
P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong
Info Berkaitan:
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Kesan Covid-19 : Harga Rumah Turun 16 Peratus
- Nak Refinance Rumah?
- Kereta sewa di Langkawi di'Lelong' semurah RM5,000
- Permohonan KWSP I-Citra telah dibuka
- BELAJAR STRATEGI PELABURAN HARTANAH DENGAN RUMAH BUSUK DAN LAIN-LAIN ILMU DAN KEMAHIRAN DI SAAT-SAAT KITA SEDANG STRUGGLE!
- SENARAI 22 LINK PERMOHONAN MORATORIUM 3.0 (TANPA SYARAT)
- Reality Dunia Trading Pada Hari Ini