Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu kongsi pengalaman Bagaimana untuk keluar daripada semua permasalahan tersebut?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bankrap, miskin dan tiada duit antara perkara yang sedang membelengu masyarakat kita pada hari ini. Terutamanya dalam tempoh Pendemik Covid 19 ini, yang terlalu ramai orang terjejas sumber pendapatan. Ada yang sebelum ini berada dalam golongan T20 jatuh Bankrap sehingga rumah kereta dan harta kena lelong. 

Sebagai hamba Allah, kita kena yakin dan percaya, setiap masalah atau musibah yang menimpa diri kita pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada jalan penyelesaian untuk keluar daripada setiap permasalahan tersebut. Antara cara yang terbaik ialah belajar daripada pengalaman orang-orang terdahulu yang pernah menerima nasib yang sama dengan diri kita. 

Jadi, di sini saya ingin kongsikan pengalaman 4 orang yang sebelum ini pernah hidup susah sehingga ada yang bankrap, tetapi kini menjadi antara usahawan berjaya di Malaysia. 

1) Fizo Omar : Bangkit Bila Bankrap.

Siapa yang tidak kenal dengan Fizo Omar yang merupakan seorang pelakon dan usahawan terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan bekas seorang pemain bola sepak dan salah seorang pemenang Hero Remaja 2007/2008. 

Disebalik kejayaan beliau pada hari ini beliau juga pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan sehingga pernah diisytiharkan Banrap suatu ketika dulu.


Bangkit Bila Bankrap
Buku Bangkit Bila Bankrap


Buku ini menceritakan kisah Fizo Omar di sebalik dunia glamor. Bangkit bila Bankrap menggunakan penulisan sumber pertama (first person) untuk mendekatkan lagi pemahaman penulis kepada pembacanya.

Fizo Omar berkongsi bagaimana status muflis (bankrap) mampu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk beliau bangkit berlari. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kita untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. 

Buku Bangkit Bila Bankrap berdasarkan Pengalaman Fizo Omar
Buku Bangkit Bila Bankrap berdasarkan Pengalaman Fizo Omar 

Buku yang disiapkan dalam tempoh 13 bulan ini mengandungi nasihat, tip dan kaedah terbaik untuk menjadi usahawan berjaya di dunia dan akhirat. 

In Shaa Allah!


2) Mohamad Azlan Al Amin: Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.

Buku ini ditulis hasil daripada pengalaman seseorang yang telah melalui pahit maung dalam kehidupan.

Bukti hidup dan lambang kejayaan itu ada pada Muhammad Azlan Al Amin, iaitu pemuda berusia 33 tahun yang berjuang dari lembah kesukaran dan berjaya mendaki ke puncak kejayaan.


Rahsia Pengutip sampah Jadi Jutawan
Sumber : Klik Di Sini


Insan ini yang suatu ketika dahulu lahir di lantai kemiskinan, pernah dibuang sekolah, dibuli, dikeji dan gagal dalam bidang pelajaran dan pelbagai pekerjaan,tetapi akhirnya mampu bergelar jutawan pada usia yang masih muda. 

Daripada kedudukan paling bawah yakni menjadi seorang pengutip sampah, kejayaan beliau umpama satu keajaiban jika dilihat secara selayang pandang. 

Mana tidaknya, hanya dengan berbekalkan RM 1.30, beliau mengharungi gelap malam yang pekat tanpa sebarang tujuan dan haluan. 

Di sebuah wakaf lama, beliau merenung nasib diri, mengalirkan air mata sambil mencari-cari jalan keluar. 

Malam itu menjadi saksi betapa doa seorang insan kerdil dijawab oleh Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. 

Kisahnya menjadi lambang bahawa selagi adanya iman, selagi itulah adanya harapan. Harapan itulah yang menimbulkan ketahaban, lalu ketabahan akhirnya membuahkan kejayaan. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah perjalanan hidup Mohamad Azlan Al Amin, boleh baca di sini -> Rahsia Pengutip sampah jadi Jutawan (Klik Di Sini)


3) Zarin Jaafar : Suri Rumah Bangkit Hutang 1/2 Juta Selesai.

Ebook ni mengisahkan tentang seorang suri rumah yang menanggung hutang setengah juta ringgit akibat membuat pinjaman ketika zaman kerja makan gaji dan hutang semasa membuat bisnes dari rumah.

Pelbagai dugaan dihadapi dimana hidup dalam keadaan ketakutan akibat hutang yang banyak membuatkan diri beliau stress sehingga alami keguguran.

Dengan masalah kewangan yang sedang dihadapi telah membuatkan beliau nekad memulakan perniagaan dari rumah bermula dengan menjual cadar secara online tanpa putus asa.

Dugaan demi dugaan menunggu hasil jualan sehingga terpaksa mencari kotak dan besi buruk untuk sesuap nasi bersama suami tercinta.

Ujian yang dilalui sangat banyak dan memedihkan sehinggalah beliau berjaya bangkit semula membuat jualan dan melangsaikan semua hutang yang ada dalam tempoh 7 tahun.

Disebalik kejayaan beliau pada hari ini beliau juga pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan sehingga pernah diisytiharkan Banrap suatu ketika dulu.

Suri Rumah Bankit Selesai Hutang 1/2 Juta
Sumber : Klik Di Sini

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah perjalanan hidup Puan Zarina Jaafar, boleh baca di sini -> Suri Rumah Bankit Selesai Hutang 1/2 Juta (Klik Di Sini)

4) Hafiz Mansor : Bagaimana Bankrap menjadikan aku kaya.

Buku ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki bernama Hafiz Mansor yang jatuh bankrap dalam usia yang muda di mana beliau berhutang lebih Setengah Juta Ringgit!

Bagaimana Bankrap menjadikan aku kaya
Sumber : Klik Di Sini


Dengan hutang dengan banyak telah menyebabkan beliau kehilangan satu-persatu benda dalam kehidupan sehingga mengakibatkan kemurungan dan hidup jadi tidak menentu.

Di sebalik masalah yang terjadi, beliau berjaya bangun semula walaupun status masih bankrap sehingga kini.

Bagaimana Bankrap menjadikan aku kaya
Sumber : Klik Di Sini

Dalam tempoh beliau masih melangsaikan hutang, dalam masa yang sama beliau juga boleh buat duit puluhan ribu, masih boleh memiliki kereta dan masih boleh hidup berbelanja seperti biasa.

Apa yang beliau buat?
Bagaimana beliau buat?

Anda boleh belajar sesuatu dari Ebook ini. Semuanya telah beliau kongsikan dalam Ebook ni berserta gambar setiap perjalanan perniagaan beliau.

Beliau kongsikan semuanya apa yang perlu anda buat dan tidak perlu anda buat untuk bangun semula."

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah perjalanan hidup Hafiz Mansor, boleh baca di sini -> https://bit.ly/daribankrapJadiKaya

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini...

Semoga bermanfaat.



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)