Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Bagi ramai orang diluar sana, kereta adalah lambang kejayaan seseorang. Bagi sesetengah orang pula, tak kisahlah pakai kereta apa pun yang penting boleh sampai ke tempat yang di tuju. Asalkan kalau nak bawa barang, kereta tu boleh bawa. Nak ambil dan hantar anak ke sekolah, kereta tu boleh bawa anak pergi balik sekolah tanpa berpanas dan berhujan seperti naik motorsikal.


Kereta merupakan antara barang keperluan yang mempunyai susut nilai yang sangat tinggi. Sebaik sahaja keluar dari showroom, terus susut nilai. Tapi ramai orang tak ambil kisah pun dengan keadaan tersebut. Yang penting dapat naik kereta yang diidamkan. Kereta yang selesa dan bergaya.


Ramai orang boleh beli kereta harga RM100k tanpa fikir panjang. TAPI, bila nak beli rumah harga RM150k kita sangat berkira. Betul tak???


Sebab mentallity orang kita memang tengok kenderaan Double standard. Realitinya anda boleh tengok berapa banyak kenderaan kena lelong. 


Tak mampu nak bayar loan. Beli kereta imported harga RM200k. Pakai beberapa tahun, kesudahannya terlelong harga RM60k - RM50k.


Sebagai contoh, boleh tengok sendiri kereta-kereta mewah di bawah yang kena lelong pada harga Reserve Price RM0:


Kereta Toyota velfire (2016) kena lelong pada harga Reserved Price RM0
Kereta Toyota velfire (2016) kena lelong pada harga Reserved Price RM0.
Pihak yang memberi pinjaman kepada owner asal : Maybank, Butterworth Pulau Pinang.

Kereta Mercedes Benz MBS400L Hybrid (2016) kena lelong pada harga Reserved Price RM0
Kereta Mercedes Benz MBS400L Hybrid (2016) kena lelong pada harga Reserved Price RM0.
Pihak yang memberi pinjaman kepada owner asal : Mercedes Benz Services Malaysia Sdn Bhd.


Kereta Mercedes Benz MB C200 AMF (2018) kena lelong pada harga Reserved Price RM0.
Pihak yang memberi pinjaman kepada owner asal : Mercedes Benz Services Malaysia Sdn Bhd.

Bukan calang-calang kereta yer. Kereta-kereta mewah yang menjadi idaman ramai orang, sekali kena lelong harga murah-murah macam tu. Umur kereta pula dalam 3 hingga 4 tahun. Baru lagi! Keadaan kereta dalam umur seperti ini biasanya masih lagi Tip-Top. Terutamanya bahagian enjin kereta.


Tapi nak beli, tinggal berani atau tak berani sahaja. Disebabkan biasanya walaupun harga permulaan (Reserve Price) RM0 sudah pasti akan ada persaingan daripada pembida lain.

Siapa yang sanggup membida pada harga yang lebih tinggi, orang itulah yang akan berjaya memiliki kereta-kereta lelong ini.


Nak beli kereta lelong, mesti tahu harga pasaran bagi model tersebut. Pastikan kita beli pada harga yang murah, below market value.

 

Kalau kereta yang baru lagi seperti 3 contoh di atas, tak perlu risau. Keadaan kereta biasnya tip top. Cuma perlu sediakan modal sahaja, dan perlu tahu setakat mana sahaja kita boleh Bid harga yang dapat memberikan keuntungan kepada kita. Jangan terover Bid, sehingga kita membeli dalam keadaan kerugian.

 

Bagi usia kereta yang dah lebih 5 tahun seperti dalam contoh di bawah, perlu fikirkan kos untuk baiki. Kos nak servis balik, nak bagi sedap bawa. Sebaiknya adalah dinasihatkan supaya tunggu harga rezab (Reserve Price) tu betul-betul murah, baru lah masuk bidding.

 

Kereta Mercedes Benz E350 (2019/15) kena lelong pada harga Reserved Price RM59000
Kereta Mercedes Benz E350 (2019/15) kena lelong pada harga Reserved Price RM59000.
Pihak yang memberi pinjaman kepada owner asal : Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad

Kereta Toyota Vios (2016) kena lelong pada harga Reserved Price RM35000
Kereta Toyota Vios (2016) kena lelong pada harga Reserved Price RM35000.
Pihak yang memberi pinjaman kepada owner asal : Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad


Kenapa Kereta-kereta ni kena Lelong? Bukan sekarang ni ada Moratorium (Pengecualian bayaran) ke?


Walaupun sekarang ini ada yang ambil moratorium, tapi kereta-kereta yang kena lelong ini melibatkan kes-kes loan yang sudah tidak bayar berbulan-bulan lamanya sebelum mora lagi.

 

Untuk pengetahuan kita, banyak kereta yang dah kena tarik, tapi tak dapat nak lelongkan disebabkan lockdown. Macam-macam kenderaan ada. Ada MPV, BMW, Mercedes, Toyota, nak cari kereta 4x4 pun ada. Sebagai contoh, boleh tengok dalam gambar di bawah:


Kereta Ford Ranger 2.2L XLT 4WD AT (2017/2018) kena lelong pada harga Reserved Price RM65000.
Pihak yang memberi pinjaman kepada owner asal : Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad

Siapa yang ada modal nak beli kereta, inilah masa yang paling sesuai nak beli kereta-kereta mewah harga murah. Di saat ekonomi yang tidak stabil. Bila keadaan ekonomi kembali pulih nanti, mungkin dah agak susah nak dapat peluang macam ni.

Ada tu memang ada. Pasaran kereta lelong ni sentiasa ada pada bila-bila masa sahaja. Cuma pilihan yang ada samada banyak atau sedikit. Dalam masa sekarang ini, pilihannya banyak.

Untuk maklumat lanjut tentang step-step beli kereta lelong, boleh baca di sini -> https://ezy.la/CaraBeliKeretaLelong


Dalam keadaan ekonomi seperti sekarang ni, tak mustahil lebih banyak lagi kenderaan akan di lelong. Sebab ada ramai orang yang kehilangan pekerjaan. Itu belum dikira lagi mereka yang kena potong gaji separuh, bisnes tak boleh nak jalan seperti biasa, dan sebagainya.  Doakan semoga pendemik Covid-19 ini dapat segera pergi meninggalkan kita. Supaya kita berpeluang untuk memperbaiki semula keadaan ekonomi kita yang dah semakin nazak pada ketika ini.


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga bermanfaat.


Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)