Betul ker harga rumah turun ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Betul ker harga rumah turun ???

Ini antara persoalan yang sering timbul sekarang ini ... 

Betul ker harga rumah turun??

Tak kanlah harga rumah boleh jatuh pulak..

Ramai cakap setiap tahun harga rumah naik..


Percaya dengan tidak apa yang kita baca info-info diluar sana. Yang penting bagi saya adalah data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (NAPIC).


Kalau malas nak baca, boleh rujuk dengan kawan-kawan yang terlibat dalam penilaian hartanah. Mereka lebih arif tentang data harga pasaran hartanah semasa. Kalau dengan valuer pun anda tak boleh nak percaya, anda nak percaya dengan siapa lagi?  


Saya lebih suka kongsikan info bila ada data. Real data yang boleh anda lihat sendiri. Sebab tu saya suka kongsikan data-data berkaitan dengan lelongan awam. Sebab kita boleh rujuk sendiri harga rezab hartanah yang kena lelong tu di laman-laman web pelelong. 


Sebagai contoh, boleh tengok sendiri listing unit lelong yang saya kongsikan di bawah. Ni saya ambil sikit sahaja sebagai contoh dari 1 syarikat pelelong sahaja. Untuk makluman anda, ada berapa banyak syarikat pelelong di Malaysia ni. Setiap syarikat-syarikat tersebut mempunyai listing hartanah lelong mereka sendiri. 

Reduce RM153,150 (81%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM34,850
Reduce RM153,150 (81%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM34,850
Reduce RM111,240 (41%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM158,760
Reduce RM111,240 (41%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM158,760

Reduce RM119,000 (34%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM231,000
Reduce RM119,000 (34%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM231,000

Reduce RM179,200 (47%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM200,800
Reduce RM179,200 (47%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM200,800
Reduce RM111,234 (44%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM138,766
Reduce RM111,234 (44%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM138,766

Reduce RM3,256,608 (65%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM1,743,392.20
Reduce RM3,256,608 (65%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM1,743,392.20

Reduce RM515,414 (47%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM584,586
Reduce RM515,414 (47%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM584,586

Reduce RM1,234,830 (79%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM320,170
Reduce RM1,234,830 (79%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM320,170

Reduce RM415,800 (57%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM314,200
Reduce RM415,800 (57%) daripada harga pasaran. Harga Rezab terkini RM314,200


Cuba tengok info-info yang terdapat dalam gambar-gambar di atas. Harga berkurang beberapa peratus daripada harga pasaran.


  • Ada yang 47%  
  • Ada yang sampai 80% 
  • Setakat atas 30% tu adalah normal dalam pasaran lelong 


Ada hartanah Landed.. 

Apartment pun ada ... 

Yang paling sedih sekali adalah retail lot. Jatuh harga sangat banyak, tapi masih tak ada pembeli.

Ramai orang tak berani nak ambil risiko beli retail lot/shopping lot, sebab masih ramai peniaga yang terpaksa tutup kedai pada ketika ini. Kalau beli nanti, siapa pula yang nak menyewa?

Dah lah bayar bulan mahal. kemudian tiada penyewa.

Ngeri weiii ... 


Bila anda nak beli unit-unit yang dah siap macam ini, anda boleh semak dulu berapa market value property tersebut.

 

Kalau dah Confirm below market value, baru boleh buat kira-kira.

Boleh tengok kos berapa kena keluar?

Kebanyak unit lelong sekarang banyak unit baru. Unit yang tak sampai pun 5 tahun siap, dah kena lelong. Dari segi conditionnya masih cantik lagi.


Kenapa unit unit baru siap ini kena lelong ... 

Apa reason dia ?? 


Dari segi pemerhatian saya, setiap projek perumahan pasti ada golongan yang belum bersedia untuk beli. Mereka membeli sekadar ikut-ikut cakap orang lain. 

Orang suruh beli, mereka pun beli. Beli dengan harapan mereka mudah dapat penyewa, bulan-bulan penyewa yang akan tolong bayarkan pinjaman bank untuk mereka.


Secara realitinya, mereka ini sebenarnya tidak mampu untuk bayar loan tersebut. Sekadar membeli disebabkan mereka layak dapat loan dari pihak bank, dengan harapan bila siap unit tersebut boleh dijual dengan keuntungan atau disewakan untuk mendapatkan pendapatan pasif. 


Secara generalnya, beli hartanah adalah bagus di usia muda. TAPI jika anda belum bersedia lebih baik jangan beli, takut nanti terjerut leher sendiri. Takut berkesudahan dengan hartanah yang dibeli kena lelong, kemudian kena top up baki loan beratus ribu pula.


Kena faham pelaburan hartanah adalah long term investment. Kena faham tempoh masa yang diperlukan untuk cairkan hartanah ni macam mana. Exit plan macam mana. Nak beli rumah senang sahaja, tapi nak keluar daripada permasalahan tu nanti Macamana?


Walau apa pun, pilihan di tangan anda.  

Beli atau tidak, Bersedia atau tidak, segala perbelanjaan anda sendiri yang tahu.

Anda lebih tahu kedudukan kewangan sendiri berbanding orang lain. Buatlah kiraan dengan sebaik-baiknya. 


Semoga apa yang dikongsikan pada kali ini bermanfaat.

P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong

Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (24) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (32) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (7) ilmu pelaburan hartanah (15) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (20) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (37) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)