Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi ini jom kita lihat salah satu property yang dilelongkan oleh pihak Hong Leong bank. Project ini siap pada tahun 2017, terletak berhampiran dengan AEON dan ada terdapat stesen MRT tidak jauh dari kawasan ini.
Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu |
Property ini adalah studio type jenis Leasehold yang akan tamat pada tahun 2093. Unit ini adalah bumi lot bermaksud non bumi tidak boleh beli unit ini. Cuma bumiputra sahaja yang boleh membida property ini semasa lelongan awam dilaksanakan.
Harga rezab untuk unit ini adalah RM194 ribu.
Keluasan unit ini adalah 450 sqt dan kos Maintenance fees pula adalah 25 sen per sqt.
Kalau kita tengok pada history, harga Property ini sewaktu launching adalah bermula daripada RM270 ribu. Boleh rujuk pada gambar dibawah.
Harga semasa Launching Studio dekat AEON ini bermula RM274,100 hingga RM474,200 |
Bila kita tengok dalam Proclamation Of Sale (PoS), rasa sedih bila tengok ada 2 nama peminjam disini masing-masing mempunyai nombor kad pengenalan bermula dengan 87**** dan 89****. Bermaksud mereka berumur dalam awal 30an, boleh kata masih muda juga mereka ini.
Berkemungkinan mereka berdua adalah sepasang suami isteri, membeli unit studio untuk pelaburan.
PoS Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu |
Mesti serabut kepala bila fikir bagaimana cara nak bayar loan bank yang sebelum ini pun mereka tak mampu nak bayar sehingga menyebabkan rumah kena lelong dengan pihak bank.
Lepas ni bila rumah dah selesai kena lelong, kena fikir pula pasal nak top up baki loan yang ada. Sudah pasti baki loan lebih tinggi dari harga yang terjual dari lelongan awam.
Seperti mana yang selalu ditekankan oleh pakar dalam pelaburan hartanah, sebelum nak membeli hartanah perlu buat kira-kira. Kenalpasti tahap kemampuan kita untuk bayar loan, terutamanya kena ambil kira sekiranya tiada penyewa macam mana nak bayar loan?
Di atas kertas kita mudah untuk kita tulis. Mudahnya kita conteng-conteng di atas kertas.
- Sewa boleh dapat RM1500 sebulan.
- Bayar bank pula RM1200 sebulan.
- Beli hartanah pada tahun 2015, kemudian jual pada tahun 2021 dan boleh dapat untung RM100 ribu
- Hold lebih 5 tahun mesti boleh dapat untung punya.
Itu tulisan di atas kertas, tapi secara realitynya berapa ramai yang stuck dan menghadapi pengalaman ngeri apabila:
- Nak jual rumah tak ada pembeli
- Nak jual rumah kena top up loan
Keadaan ini berlaku disebabkan harga jual tak boleh cover baki loan yang ada.
Pada era zaman Covid-19 ini kita sudah tidak boleh lagi nak buat perbandingan dengan cerita mereka yang dah beli hartanah pada 15 tahun yang lepas.
Sedapnya dengar cerita mereka pada waktu itu. Jual rumah confirm boleh untung 100% atau 150%. Memang seronok dengar cerita zaman-zaman tu, Betul tak ?
Ibarat pejam mata sahaja sewaktu hendak membeli hartanah.
Sekarang ini game hartanah dah berubah, kena peka dengan perubahan sekeliling.
Kena tau demand dan supply ..
Okay lah, kepada anda yang nak membaca real case study berkaitan dengan hartanah dan pelaburan, boleh baca real case study terbaru dan terkini.
Belajar tentang process flow dan risiko, boleh dapatkannya menerusi masuk link yang dikongsikan dibawah ...
Anda cuma perlu masukkan sahaja promo code di bawah:
PROMO CODE : merdeka25%
Masukkan promo code itu untuk melayakkan anda dapat discount sebanyak 25% bagi kesemua penulisan tersebut.
Cepat grab sementara masih ada lagi tempoh sah iaitu dari 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.
Promosi Merdeka Diskaun 25% Untuk Dapatkan Panduan Rumah Lelong |
Promosi Merdeka Diskaun 25% Untuk Panduan Membeli Tanah secara lelong dan melabur dalam FCPO |
Promosi Merdeka Diskaun 25% Untuk Panduan Membeli kereta lelong dan belirumah Subsale |
Tawaran ini melibatkan semua karya penulisan yang disenaraikan dibawah:
- COMBO RUMAH SUBSALE -> https://ezy.la/RumahSubsale
- COMBO BERANI TRADE -> https://ezy.la/LaburFCPO
- PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG -> https://ezy.la/RumahLelong
- PANDUAN BELI KERETA LELONG -> https://ezy.la/CaraBeliKeretaLelong
- RAHSIA TANAH ANDA -> https://ezy.la/RahsiaTanah
Semoga bermanfaat.
Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Info Berkaitan:
- Kerugian Dalam Hartanah
- KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU
- Kereta Lelong Makin Rancak Sekarang - Kereta Mewah Reserve Price Bermula RM0
- Real Case Study : Harga Rumah Turun Dari RM500 Ribu Kepada RM171 Ribu
- Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu Kongsi Pengalaman Bagaimana Untuk Keluar Daripada Semua Permasalahan Tersebut?
- Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah
- Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
- Rumah Lelong semakin banyak dalam pasaran..
- Rumah Lelong Teres 3 Tingkat Pada 3 Ogos 2021..
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh