KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ini heboh di media sosial apabila 2 orang pakar kewangan dan hartanah berkongsi tentang rumah-rumah yang di lelong pada harga rezab dibawah RM10 ribu. Bila baca, macam tak logikkan ada rumah yang dijual sehingga tahap murah macam tu. Tapi inilah realitinya. Boleh baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad dan tuan Shafie Bustan.


Ada rumah yang dilelong pada harga bawah RM10 ribu
Ada rumah yang dilelong pada harga bawah RM10 ribu


1. Waktu saya mula kerja dulu tahu 2001, kediaman disini dijual pada harga sekitar RM98k. Ramai teruja beli sebab datang bersama taman tema keluarga.


2. Saya tidak mampu beli sebab baru mula kerja waktu itu, saya dah beli rumah teres pertama di Bandar Universiti hanya RM65k


3. Unit unit terlelong ini kebanyakkan jenis studio, kecil dan ada yang ada 1 bilik bersama.


4. Zaman ini tiada siapa yang mengajar, kebanyakan kawan beli sebab terikut dengan kawan dan ada impian nak ada rumah percutian.


5. Saya banyak kali tulis tentang 'pelaburan Rumah Percutian' ini. Baik beli atau tidak sebagai pelabur sejati.


6. Saya perhatikan harga ini kekal begini sejak 10 tahun lepas, dia dah sampai 'harga lantai.'


7. Jangan ingat semua hartanah akan naik harga, ada juga yang jatuh dan bebankan hidup kita akhirnya.


Jika nak belajar beli hartnah dan cari rumah lelong, disini panduannya kawan-kawan -> https://ezy.la/RumahLelong


------------------------------ Sumber : FB Dr Azizul Azli Ahmad ----------------------


Hari ini saya nak kongsikan sedikit listing unit lelong dari pihak Ambank. Banyak sebenarnye unit-unit lelong disini dah banyak kali keluar lelongan awam tapi masih lagi tak terjual. Semakin lama semakin turun harganya.


Rumah Lelong Ambank pada harga Rezab RM7,760
Rumah Lelong Ambank pada harga Rezab RM7,760


Jom kita tengok secara detail. Listing yang saya share ini adalah di Bukit Merah laketown. Sedih bila tengok detail rumah ini:


POS Rumah Lelong di Bukit Merah laketown
POS Rumah Lelong di Bukit Merah laketown

 

Nama ownernya majoriti orang kita. Loan facilities ditandatangani pada tahun 2004. Tak pasti berapa mereka beli pada masa itu. Merujuk kepada posting Dr Azizul Azli Ahmad, berkemungkinan harga rumah ini sekitar atau hampir RM100 ribu juga.



Bila tengok harga rezab rumah ni sekarang dah turun kepada RM7 ribu, ada yang RM8 ribu, ada yang RM12 ribu.


Wowww !!

Semuanya murah-murah..

Harga rumah ni dah macam harga sebijik motor kapcai..

Betul tak ??? 


Nasihat saya, anda jangan excited sangat bila tengok harga lelong yang tersangat murah macam ini. Cuba fahamkan dulu term and condition dalam PoS tersebut dan kenalpasti kos-kos lain yang perlu anda bayar untuk mendapatkan rumah murah ini:

  • Tunggakan cukai pintu .. 
  • Cukai tanah 
  • Bil maintenance 

Siapa yang bayar ??? 

Bank cover ke tidak??


Kita semua sedia maklum, ini bukan unit yang baru siap, bukan unit yang clean dari sebarang tunggakan. Tetapi unit ini dah berpuluh tahun juga tu. Kalau dari 2006 tak bayar, berapa pulak cukai pintunya. Kalau dari 2006 tak bayar maintenance, berapa ribu pula kena bayar maintenance fees untuk unit ini. 


Dalam proclamation of sale tersebut dah tulis Bank cover 50% daripada harga rezab. Kalau harga rezab RM8000, bank cuma bayar RM4000 sahaja tunggakkan yang berkaitan. Bayaran yang selebihnya adalah pembeli dari lelongan awam yang bayar. 


Untuk beli unit-unit begini anda perlu tahu apa objective anda beli. Nak beli duduk sendiri ke, nak buat rumah rehat ke, nak simpan buat pekasam ke, atau saja-saja beli sebab tak tau nak buat apa duit yang ada.


Walau apa pun pembelian kita, kita perlu buat kajian terlebih dahulu. Buatlah site visit dulu. 


Berbalik kepada owner-owner disini. Dalam PoS banyak kita lihat ada yang joint loan. Owner yang steady financial akan terus bayar loan seperti biasa. Tapi yang mana tak mampu nak bayar tu, terpaksalah biarkan unit mereka di lelongkan oleh pihak bank. Nak jual secara subsale pun tak laku juga.


Percaya tak, kalau saya cakap owner disini majoritinya adalah orang luar. Bukan dari orang Perak atau sekitarnya. Tetapi yang duduk jauh. Ada dari KL, Selangor, Johor, dan lain-lain. 

 

Golongan yang mengharapkan pihak lain tolong jaga investment anda, merupakan satu kesilapan besar.


Ingatlah bahawa pelaburan hartanah adalah jangka masa panjang. Setahun atau dua tahun kita mungkin boleh survive. Kita boleh bayar loan walaupun tak ada penyewa. Tapi jika berterusan bertahun-tahun macam ni, Adakah kita mampu ?? 


Tepuk dada, tengoklah poket masing-masing. Kenal pasti apa risiko sebelum membeli.


Bagi anda yang berminat nak baca selok-belok beli hartanah lelong dan subsale anda boleh baca di link dibawah. 

Baca dulu .. 

Buat kira kira dulu .. 

Faham kan dahulu .. 

Tak rugi pun kalau membaca ...


COMBO RUMAH SUBSALE

https://ezy.la/RumahSubsale

PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG 

https://ezy.la/RumahLelong

PANDUAN BELI TANAH

https://ezy.la/RahsiaTanah


Okay lah..  Selamat membaca.

Semoga bermanfaat.

Tolong share kan jika bermanfaat.

Terima kasih semua sebab sudi membaca.


P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong

P/s/s : Sekiranya anda nak beli rumah subsales di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahSubsale

P/s/s/s : Sekiranya anda nak beli tanah murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RahsiaTanah

Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) Beli Rumah Lelong (24) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) Ebook Senarai Homestay (3) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Hartanah Lelong (15) Homestay (134) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Hotel (5) IPOH PERAK (2) Ilmu Kewangan (5) Ilmu hartanah (17) Ilmu pelaburan (7) Ilmu pelaburan saham (3) KWSP (5) LPPSA (15) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) PELABURAN HARTANAH (37) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya homestay (9) Pelaburan (10) Pelaburan Saham (29) Perak (7) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (71) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay Melaka (1) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1) Taman Desa Harmoni (1) beli rumah busuk (3) beli rumah pertama (1) ebook percuma (3) ebook rahsia homestay (1) emas (4) hARTANAH (32) harga emas (2) hotel murah (1) ilmu pelaburan hartanah (15) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (4) lelong (20) pelaburan emas (5) pendapatan pasif (3) rahsia homestay (2) rumah di seri manjung (4) senarai Rumah (2) senarai homestay di Malaysia (8)