Perlindungan perubatan serendah RM10 sebulan (Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah...
Kita telah pun berada di sukuan ke 3 bagi tahun 2023.... Diharap semua pembaca blog Carian Homestay Malaysia berada dalam keadaan yang sihat dan terus positif dalam menjalani kehidupan seharian.

Dalam post kali ini saya nak kongsikan satu peluang baik terutamanya kepada golongan B40, iaitu anda boleh mempunyai Perlindungan Perubatan serendah RM10 sahaja sebulan. Melalui Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan.


Ya!! Dengan hanya RM10 setiap bulan, anda boleh menikmati manfaat perlindungan perubatan dan rawatan di hospital menerusi sistem perkongsian komuniti yang ditawarkan oleh Lyndung Sdn Bhd.

Fakta : Hanya 22 peratus rakyat Malaysia di lindungi oleh Insurans kesihatan peribadi.



Kenapa masih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai Insurans Kesihatan peribadi atau perlindungan perubatan?

Seperti yang dilaporkan oleh Institut Kesihatan Awam 2020, kira-kira 43% rakyat Malaysia tidak mampu membayar sebarang jenis perlindungan perubatan. 


Jadi, tujuan Lyndung ditubuhkan adalah untuk menyediakan platform perkongsian komuniti Islam kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik di mana mereka boleh berkongsi bil perubatan mereka dengan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung, Shamsuddin Salleh, berkata :
"menerusi kaedah perkongsian itu, bil perubatan akan dibahagi sama rata bersama ahli komuniti seandainya ada ahli yang sakit dan memerlukan rawatan di hospital."

Sebagai contoh..  Sekiranya terdapat seramai 2,000 orang ahli yang menyertai program perkongsian patuh syariah ini.. 
Kemudian sekiranya ada ahli dimasukkan ke hospital dan jumlah bil perubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM30,000, maka jumlah bil itu akan dibahagikan sesama ahli.

Ini bermakna, setiap ahli cuma perlu membayar RM15 seorang sahaja untuk mencukupkan bayaran bil perubatan tersebut.
  • Bil perubatan RM30,000
  • Bilangan ahli 2,000
  • RM30,000 / 2,000 = RM15.00 seorang

Dan jumlah bayaran ini akan dihadkan sehingga RM50 sahaja seorang pada bulan tersebut. Jika jumlah bayaran adalah lebih, ia akan dibawa ke bulan hadapan pula.

Untuk menyertai program perkongsian patuh syariah ini, setiap ahli hanya dikenakan bayaran yuran RM10 setiap bulan atau RM120 setahun yang mana ini adalah untuk tujuan kos pentadbiran dan tiada kos tambahan lain dikenakan kepada ahli.

Produk patuh Syariah ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang sihat tanpa penyakit sedia ada berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan pendaftaran dibuat secara dalam talian menerusi e-Kyc.

Bagaimana Lyndung berfungsi?

Lyndung ialah pendekatan perkongsian komuniti patuh Syariah untuk membiayai bil perubatan anda. Begini cara Lyndung boleh berkhidmat kepada masyarakat: 

Pendaftaran
  • Sebagai permulaan, pendaftaran dibuka kepada individu berumur 18-40 tahun tanpa penyakit sedia ada
  • Ahli bayar :
       - Yuran keahlian tahunan RM120

       Ataupun

      - Yuran keahlian bulanan RM10; dan
      
      - RM100 Sumbangan perkongsian awal


Manfaat Sebagai Ahli
  • Kos perubatan sebenar akan dikongsi sama rata dengan semua Ahli
  • Perkongsian bulanan dihadkan pada RM50 sebulan
  • Sumbangan Perkongsian akan ditambah apabila ia digunakan sebanyak 50%.
  • Kaedah perkongsian:
       Kos Perubatan: RM20,000
       Jumlah Ahli: 2,000
       Kos Dikongsi: RM10 setiap Ahli

Catatan:
RM10 akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal RM100 yang dibuat semasa pendaftaran

Pembaharuan
  • Pembaharuan yuran keahlian RM120 perlu dibayar pada penghujung setiap kitaran 1 tahun untuk Mod Tahunan
  • RM10 pada akhir setiap kitaran 1 bulan untuk mod yuran keahlian bulanan

Perbezaan Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan ini berbanding Produk Insurans dan Takaful yang sedia ada di pasaran?

Perbezaan program ini berbanding produk insurans dan takaful yang sedia ada di pasaran ialah ia tidak membabitkan ejen yang membolehkannya untuk menawarkan yuran yang rendah dan mampu milik untuk ahli.

Lyndung bukan syarikat takaful atau insurans dan tidak tertakluk di bawah akta Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kami telah mengadakan perjumpaan dengan BNM tahun lalu untuk berbincang mengenai produk kami dan pihak BNM memaklumkan bahawa model Lyndung tidak tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA)".
"Tiada halangan untuk Lyndung beroperasi selagi menyatakan dengan jelas bahawa Lyndung tidak menyediakan produk insurans dan takaful. Kewujudan Lyndung ini bukanlah untuk menggugat syarikat insurans dan takaful, sebaliknya ingin melengkapi ekosistem dengan menawarkan perlindungan sosial kepada golongan yang tidak mampu".
"Dari segi manfaat, produk Lyndung adalah hampir sama dengan kad perubatan yang ditawarkan syarikat insurans atau yang ditawarkan oleh majikan untuk pekerja," 
Shamsuddin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung

Sewaktu pendaftaran, selain perlu membayar yuran keahlian, ahli juga perlu membayar pendahuluan RM100 yang akan dijaga oleh syarikat amanah. Dana inilah yang akan ditolak setiap kali ada ahli menerima rawatan hospital.

Dana ini juga akan ditambah secara automatik kepada RM100 semula apabila hadnya sudah kurang daripada RM50.

Pada 60 hari pertama, ahli hanya layak untuk menerima sebanyak RM20,000 perkongsian bil perubatan kemalangan. Namun, kadar ini akan meningkat sehingga RM1 juta perkongsian bil perubatan termasuk kemalangan selepas enam bulan.
"Ini menjadikan kami sebagai syarikat yang menawarkan perlindungan perubatan paling rendah harga dan mampu milik untuk rakyat Malaysia dan sememangnya disasarkan kepada golongan B40 dan M40 yang masih belum mempunyai sebarang perlindungan perubatan," Shamsuddin Salleh.


Berikut merupakan beberapa Review yang diterima setakat ini.


Selain itu, Boleh juga tengok lebih banyak testimoni daripada ahli-ahli sedia ada yang sudi memberikan testimoni

Alhamdulillah... Disebabkan manfaat dan kebaikan Lyndung kepada seluruh rakyat Malaysia.. Bilangan keahlian juga semakin bertambah dari masa ke semasa.. 

"Kami baru sahaja lancarkan produk ini 28 Februari lalu dan setakat ini, seramai 374 orang sudah mendaftar minat. Kami menyasarkan untuk mempunyai 10,000 ahli dalam tempoh dua tahun ini," Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung, Shamsuddin Salleh semasa sidang media bersama Berita Harian pada 27 April.

Manfaat Program, Sumber : https://lyndung.my 

Jadi, sekiranya anda berminat untuk untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini... atau ingin menjadi sebahagian daripada komuniti Lyndung, anda boleh layari laman web ini https://lyndung.my

Semoga bermanfaat.. 

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)