Dari seorang blogger nak jadi Youtuber...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hujung minggu ni PKPB di seluruh negeri Selangor...

Tak dapatlah nak pergi balik kampung atau jalan-jalan dengan anak-anak...


Jadi, kita duduk rumah sahaja dan baca buku...

Kali ni buku yang menjadi pilihan saya ialah "Jom Jadi Youtuber".

Ebook : Jom Jadi Youtuber


Baru nak belajar jadi youtuber.. ;)

Dari seorang blogger nak jadi Youtuber... hehehe..

Inilah hasilnya..


 

Video yang dihasilkan pada 18 Oktober 2020 


 

Video yang dihasilkan pada 13 Oktober 2020 


 

Video yang dihasilkan pada 11 Oktober 2020 


 

Video yang dihasilkan pada 6 Oktober 2020 


Video yang dihasilkan pada 5 Oktober 2020 


Jemput like video-video saya dan subscribe channel Youtube saya yer...

Terima kasih... 


Alhamdulillah... Makin lama semakin faham cara nak buat video Youtube. Walaupun masih agak kekok dan belum benar-benar mahir lagi..

Dan sofware yang saya gunakan sekarang ni bukanlah software yang dicadangkan dalam ebook "Jom Jadi Youtuber".


Dalam ebook tersebut mencadangkan apps yang paling sesuai untuk edit video ialah apps Kinemaster. Apps tersebut boleh di install di smartphone android secara percuma. Apps ini membolehkan anda untuk edit video hanya dengan menggunakan smartphone sahaja sepenuhnya. 


Dengan adanya apps ini, kita boleh edit video dan konten walau di mana sahaja kita berada. Lepas tu terus saja upload di youtube. Mudah bukan?


Untuk belajar cara-cara nak edit video sangatlah banyak di youtube. Anda boleh belajar sendiri cara-cara edit video di youtube. Cuba search video “How to use Kinemaster” di youtube. Maka anda akan dapati banyak youtuber ajar cara-cara edit video guna apps Kinemaster.


Namun begitu tips, trick dan teknik buat duit dengan youtube yang ada dalam E-Book "Jom Jadi Youtuber" kebanyakannya tak ada di youtube. Jika ada sekalipun, ianya tak menyeluruh dan tak lengkap. Tips dan teknik yang dikongsikan dalam ebook tersebut berdasarkan kajian, carian dan pemahaman penulis tentang undang-undang kerana beliau juga adalah merupakan seorang peguam. Tips dan teknik youtuber ini banyak yang berkaitan undang-undang dan peraturan.


Apabila bercakap tentang undang-undang dan peraturan, maka ia adalah “makanan” beliau.


“Salah satu sebab beliau berani buat kursus youtuber dan E-book ini ialah kerana, untuk berjaya monetize, ia melibatkan undang-undang seperti copyright, community guidelines, fair use dan sebagainya. Bila anda baca peraturan youtube, banyak tempat yang tertulis “please consult with your lawyer”.


Dengan itu, bila ianya berkaitan undang-undang, penulis rasa beliau harus ke depan. Sebab tulah ebook ini sangat membantu untuk dijadikan sebagai rujukan kepada youtuber baru seperti saya dari masa ke semasa.


Sumber : Klik Di Sini


Saya rasa cukup setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya doakan semoga sahabat-sahabat yang sudah memiliki saluran youtube berjaya mendapat hasil seperti yang diharapkan.