Takkan Bawa Student saya tinggal di HOTEL melainkan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semenjak tahun 2011 saya mula membawa pelajar-pelajar saya menyertai Pertandingan-pertandingan Catur di seluruh Malaysia sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, dalam tak sedar dah hampir 10 tahun rupanya saya terlibat dalam dunia percaturan.. Dah boleh buat Majlis kesyukuran sempena 1 dekad dah ni... ;)

Kisah-kisah perjalanan saya bersama pelajar-pelajar saya ada saya kongsikan sebahagiannya dalam blog:


Sepanjang 10 tahun Baru Sekali Pernah bawa student tinggal di Hotel

Ya! Inilah realiti (kisah benar) saya bersama student-student saya.

Sepanjang 10 tahun saya bawa student-student saya menyertai pertandingan catur, baru sekali saya pernah bawa mereka tinggal di hotel...

Hotel Pertama yang student saya pernah tinggal sewaktu di bawah jagaan saya.

Betapa terujanya wajah mereka bila dapat tahu Tinggal Di Hotel (Resort)

Selain itu, mana-mana tempat yang saya pergi bersama student saya, semua tinggal dekat Homestay atau Asrama.. 

Sewaktu berada dalam Perkampungan Sukan (Tinggal di Asrama UKM)

Sewaktu berada dalam Perkampungan Sukan (Tinggal di Asrama UKM)

Sebelum berlepas ke Myanmar bagi menyertai AUG 2018 (Tinggal di Asrama UKM)

Sebelum berlepas ke Myanmar bagi menyertai AUG 2018 (Tinggal di Asrama UKM)

Menyertai Kejohanan Catur di Midvalley (Tinggal di Homestay)

Menyertai Kejohanan Catur Berpasukan UTP (Tinggal di Homestay)

Menyertai Kejohanan Catur Berpasukan UTP (Tinggal di Homestay)
..
Dan banyak lagi...


Sebab Apa Saya Tak Bawa Pelajar-pelajar saya Tinggal di Hotel?
  • Sebab nak menjimatkan kos.
  • Sebab peruntukan kena potong.
  • Sebab Bajet CIPUT!
  • Sebab senang nak buat sesi latihan di homestay dengan ruang yang agak luas berbanding di bilik hotel yang mempunyai ruang yang agak terhad (Melainkan sewa bilik Hotel yang besar). 

Ya! inilah realitinya.
Tak semua peruntukan yang kita mohon dalam kertas kerja boleh dapat 100%.
Tapi, sebagai pengurus atau jurulatih sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memohon peruntukan demi memastikan kejayaan atlet-atlet kita.

Seperti kata bos saya, kalau kita tak mohon (hantar kertas kerja) confirm kita tak dapat!
Tapi kalau kita hantar kertas kerja, kita mempunyai 2 kebarangkalian. 
Samada dapat atau tak dapat. 
Ataupun dapat, tapi tak 100% seperti apa yang kita mohon.

Jadi, banyak mana yang kita dapat itulah yang akan kita gunakan.
Kalau nak bagi atlet-atlet kita berasa selesa, mungkin kita terpaksa berkorban dengan mengeluarkan duit poket sendiri sikit. 

Saya takkan Bawa Student saya tinggal di HOTEL melainkan...
  1. Kami dapat Tinggal di Hotel secara Percuma
  2. Dapat Tajaan daripada Pihak Kementerian atau pihak swasta

Sekiranya kami dapat tinggal di hotel secara Percuma macam dalam gambar di bawah ni memang berbaloi lah nak bawa student saya tinggal di hotel.


Sumber : Klik Di Sini



Ataupun dapat Booking Hotel pada harga yang sangat-sangat Murah seperti dalam gambar-gambar di bawah.


https://www.jvwarrior.com/access/aff/go/clickhere?i=62
Sumber : Klik Di Sini
Testimoni Dapat booking hotel RM1


https://www.jvwarrior.com/access/aff/go/clickhere?i=62
Sumber : Klik Di Sini
Testimoni Dapat booking hotel RM3

Sepanjang saya bawa student saya masuk pertandingan Catur, belum pernah saya dapat tawaran Harga Hotel semurah ini...

Kalau ada, confirm saya dah bawa student-student saya tinggal di hotel..
Satu malam bawah RM10 kot! Siapa yang taknak kan?

Kemudian, kalau ada pihak kementerian atau Pihak Swasta yang sudi memberi tajaan penginapan kami di Hotel, memang kami sangat mengalu-alukan..
Sebagai contoh, dalam gambar dekat atas sekali tu Pihak Kerajaan Malaysia yang sediakan penginapan kami (Resort/Hotel) semasa kami berada di Myanmar. Seronok sangat pelajar-pelajar saya dapat merasai pengalaman tersebut.

HIKMAH DISEBALIK BAWA PELAJAR TINGGAL DI HOMESTAY!


Hampir 10 tahun saya bawa pelajar-pelajar saya tinggal di homestay-homestay di seluruh Malaysia. Sepanjang 10 tahun tersebut, banyak pengalaman berharga yang dapat saya timba antaranya:

1) Saya dapat meluaskan kenalan (networking) dengan owner-owner Homestay 
Alhamdulillah, sehingga sekarang dah ramai owner-owner homestay yang dapat saya kenali

2) Dapat Peluang Nego Win-win Situastion dengan Pemilik Homestay
Kadang tu bajet yang ada untuk bawa student menyertai pertandingan tidak mencukupi. Jadi, bila keadaan ini berlaku biasanya saya akan nego dengan pemilik homestay supaya dapat mengurangkan kos sewaan homestay. Biasanya saya akan tawarkan pengiklanan Homestay Percuma di blog saya. Setakat ini jarang saya tak berjaya nego dengan pemilik homestay, setelah saya tunjukkan kadar pengiklanan Homestay di blog saya (klik Di Sini). Dengan mengurangkan sedikit harga sewaan homestay, mereka dapat tawaran pengiklanan ini secara Percuma! Siapa yang taknakkan.

3) Dapat Nego Upgrade Tinggal Di Homestay Yang Lebih Luas dan Selesa
Ini juga merupakan satu pengalaman yang tak dapat nak dilupakan dimana, kami minta Upgrade untuk tinggal di Homestay yang lebih luas dan selesa. Selepas beberapa malam tinggal di Studio, kami minta ditukarkan cuma 1 malam sahaja untuk tinggal di Penthouse! Bunyi macam gila bukan? Tapi tak cuba tak tahu boleh dapat ke tidak. Dah cuba baru tahu, Alhamdulillah dapat.. ;)

Begitulah antara kisah-kisah saya bersama dengan pelajar-pelajar saya tinggal di homestay. Dan sebagai balasan di atas kebaikan mereka, saya telah pun mengiklankan homestay-homestay mereka di blog saya. Win-Win Situation!

Jadi, jemputlah melawat homestay-homestay yang saya senaraikan di bawah. Kesemuanya adalah kenalan saya yang pernah membantu saya dan juga mereka yang telah mengiklankan Homestay di blog saya:

Pada pendapat saya, tinggal di hotel ataupun tinggal di homestay masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri.


Yang paling penting sekali kena tengok dalam dompet dan akaun bank, berapa banyak duit yang kita ada?. Kalau rasa duit dah berkepuk-kepuk tak tahu nak buat apa macam Abang Ensem, korang pergilah tidur dekat Hotel. Nak tidur dekat Hotel 5 Bintang pun boleh! sebab korang memang mampu.

Tapi kalau bajet ciput, pendapatan pun tak sebanyak mana, eloklah usahakan tinggal di Homestay. 

Setuju tak dengan pendapat saya ni?

Kalau setuju, boleh kongsikan post ini kepada kawan-kawan anda. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada orang lain.


Info Berkaitan: