FCPO Trading : Pelaburan Patuh Syariah & Sah Di Sisi Undang-Undang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam post pada kali ini saya nak kongsikan satu pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih baik berbanding saham dan yang penting sekali ianya patuh syariah. Pelaburan ini dikenali sebagai FCPO Trading.

Sumber : Klik Di Sini

FCPO ini hampir sama macam Forex disebabkan kedua-duanya adalah pasaran 2 hala. Bermakna anda boleh beli dulu pada harga rendah dan kemudian jual pada harga tinggi. kedua-duanya (FCPO dan Forex) adalah untuk fast cash, dan sesuai untuk cashflow bulanan.

Cumanya FCPO disahkan patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (Boleh Klik Di Sini), di mana pasaran ini dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti dan sah di sisi undang-undang Malaysia. 

Manakala Forex pula telah disahkan tidak patuh syariah oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia dan juga tidak diiktiraf di bawah undang-undang Malaysia. Rujuk brosur daripada Bank Negara Malaysia (KLIK SINI) untuk maklumat lanjut. Salah satu kelemahan forex, adalah pasaran ini tidak dipantau, dan broker yang mengumpul modal juga senang lari, tanpa pengawasan.

Sumber : Klik Di Sini

Sebagai seorang pelabur atau trader yang sedang mencari peluang pelaburan yang menguntungkan dan patuh syariah, sebaiknya pilihlah FCPO Trading berbanding Forex. Bila kita mempunyai pilihan untuk memilih yang halal dan haram, WAJIB untuk kita memilih yang halal!

Sumber : Klik Di Sini

APA ITU FCPO?

FCPO atau nama singkatan kepada "Futures Crude Palm Oil" adalah kontrak derivatif minyak sawit mentah yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives.

Perbezaan diantara saham dengan FCPO ialah, FCPO didagangkan di bawah Bursa Malaysia Derivatives. Manakala, Saham pula didagangkan di bawah Bursa Malaysia.

Sumber : Klik Di Sini

Bagaimana buat duit daripada FCPO?

Kalau dalam pasaran saham, anda membeli pegangan ekuiti sesebuah syarikat. Dalam pasaran FCPO pula, anda sebenarnya sedang membeli hak kontrak terhadap jual beli minyak sawit mentah pada masa hadapan.


Para traders membuat keuntungan daripada perbezaan harga ketika beli dan kemudian jual, atau jual dahulu dan kemudian beli. Pasaran FCPO bergerak pantas berbanding saham (volatility). Dan volatility inilah menjadi penyebab utama kenapa seseorang itu boleh menjana pendapatan lebih cepat daripada pasaran FCPO.

Kontrak FCPO telah diiktiraf patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah
Sumber : Klik Di Sini

1 lot FCPO mewakili 25 tan metrik minyak sawit mentah.
Pergerakan 1 lot (1 tick) di dalam carta mewakili nilai sebanyak RM25.

Kita login dalam akaun trading kita.. kemudian kita tekam butang buy atau sell... lebih kurang macam saham.. semuanya dilakukan dengan duduk depan komputer sahaja... 😁

Dalam masa beberapa minit, anda boleh untung ribuan ringgit... Dan dalam beberapa minit juga, anda boleh rugi ribuan ringgit...

So.. memang high risk...

FCPO (kategori Futures) dalam kategori pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi dan pulangan yang tinggi.
Sumber : Klik Di Sini

Sebab tu sebelum melabur dalam FCPO ni WAJIB kena belajar betul-betul.. Wajib kena ada ilmu.

Bila ada ilmu yang betul, boleh maximum kan keuntungan dan minimumkan kerugian..

Maksudnya di sini, kalau anda berjaya dapat untung.. Anda akan dapat untung ribuan ringgit... Tapi, kalau rugi pula, anda cuma rugi ratusan ringgit sahaja..

BERAPA MODAL DIPERLUKAN?

Modal permulaan (minimum) untuk melabur dalam FCPO ini ialah RM10,000.

Modal ini diperlukan untuk menampung naik turun harga FCPO yang bergerak dengan laju. Daripada modal ini, anda berpeluang membuat RM500 sehingga RM2000 sehari.

Berbeza dengan saham, modal minimum ialah RM100. Tetapi untuk untung lebih RM500 sehari, anda perlukan modal minima RM30,000.

Untuk melabur dalam Forex pula boleh bermula dengan modal USD10. Tetapi untuk mendapat untung besar, anda juga perlukan modal yang besar.



ADAKAH MARKET BERGERAK LAJU?

Dari segi volatility, FCPO dan forex bergerak laju, aktif setiap minggu. Saham pula bergerak agak perlahan, jangkamasa yang diperlukan adalah lebih satu minggu, sehingga ke beberapa bulan.

FCPO dan Forex merupakan pasaran 2 hala. Bermakna anda boleh beli dulu pada harga rendah dan kemudian jual pada harga tinggi. kedua-duanya (FCPO dan Forex) adalah untuk fast cash, dan sesuai untuk cashflow bulanan.

Majoriti saham bersifat 1 hala. Iaitu hanya boleh beli dulu pada harga rendah dan kemudian jual pada harga tinggi. Jadi, saham sesuai untuk jangka masa panjang - pelaburan, sama ada untuk tujuan dividen atau kenaikan harga.

Sumber : Klik Di Sini


Pulangan yang Bakal anda perolehi dalam pelaburan sekiranya anda mempunyai modal RM10K

Anda ada wang lebihan RM 10k.. ini instrumen pelaburan yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk laburkan wang anda.

Kadar risiko yang dinyatakan disini adalah pada situasi "worse case scenario".. iaitu risiko yang  paling teruk yang mungkin anda alami apabila melabur di tempat-tempat tersebut.

Manakala kadar keuntungan yang dinyatakan pula, adalah pada kadar average (biasa-biasa)

Jom kita tengok.


1) ASB
Risiko Hilang Duit: RM0
Ya, insyallah, wang  anda tidak akan kurang atau hilang di ASB.

Potensi Kentungan : RM500 ( 5%)
Purata pulangan ASB sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hanyalah sekitar 5% sahaja.


2) EMAS
Risiko Hilang Duit:  -RM4,000
Ya, sebaik sahaja anda membeli emas, anda akan terus rugi 5-10% disebabkan perbezaan spread (beza harga jual & beli). Lebih parah jika selepas beli, emas jatuh pula.  Rekod kejatuhan harga emas yang paling tinggi buat masa ini ialah sebanyak 40%, iaitu pada tahun 2011-2013

Potensi Kentungan : RM1,000 / 10%
Secara purata, kadar peluangn emas untuk tempoh setahun ialah sekitar 10% sahaja.


3) SAHAM
Risiko Hilang Duit: -RM8,000
Berdasarkan index FBMKLCI, rekod terburuk kejatuhan pasaran saham yang pernah berlaku, ialah  pada tahun 1997-98 dengan nilai kejatuhan sebanyak 80%

Potensi Kentungan : RM3,000 / 30%
Secata purata, pelaburan saham, mampu berikan pulangan sekitar 30% setahun.


4) FCPO
Risiko Hilang Duit: -RM5,500 
Di FCPO, apabila modal anda berkurang sehingga menjadi RM4,500.. secara automatik, sistem akan suspend akaun anda dan tidak benarkan lagi anda lakukan apa-apa trading. Situasi ini dipanggil Margin Call (MC). Jadi, dengan modal 10k, risiko paling teruk yang anda akan hadapi, adalah kehilangan wang anda sebanyak RM5500 sahaja.

Potensi Kentungan : RM60,000 / 600%
Secara purata, untuk hasilkan keuntungan  5k sebulan = 60k setahun menerusi FCPO, adalah tidak begitu mustahil. Apa yang penting, kena ada ilmu, skill dan teknik yang betul. 
Berminat nak belajar ilmu pasal FCPO, lawati www.fcpoturbo.com



5) PELABURAN PERCAYA PADA KAWAN
Risiko Hilang Duit: -RM10,00
Potensi Kentungan : Bulan + Bintang


Kalau nak melabur, pastikan anda buat kajian dan dapatkan ilmu terlebih dahulu.. pastikan juga, tempat anda nak melabur tu sah di sisi undang-undang dan patuh syariah (bagi muslim).


TESTIMONI DARIPADA MEREKA YANG TELAH MELABUR DALAM FCPO

Profit RM5,150.00 (51.5%)

Profit RM3,000.00 (30.0%)

Profit RM1,575.00 (15.75%)

Profit RM1,300.00 (13.0%)

Profit RM1,600.00 (16.0%)

Profit RM3,950.00 (39.5%)

Profit RM1,600.00 (16.0%)

Profit RM1,600.00 (16.0%)

Profit RM1,500.00 (15.0%)

Pagi rugi
Petang untung..
Jumlah kerugian RM275.00 (-2.75%)

Profit RM2,075.00 (20.75%)
Sumber : Klik Di Sini

Ada juga pelabur yang berani mengambil risiko yang besar setelah mengetahui kemampuan melabur dalam FCPO boleh memberi pulangan yang lumayan. 

Modal pelaburan RM70K pada 26 Jun 2023.

Hasil pulangan semasa RM101,482.28.

Sumber : Klik Di Sini

Dalam tempoh tak sampai sebulan dapat keuntungan RM31,482.28 atau 44.97%..

RM101,482.28 - RM70,000.00 = RM31,482.28
(RM31,482.28 / RM70,000) X 100 = 44.97%

Sebenarnya ada terdapat bayak lagi testimoni daripada pelabur-pelabur FCPO. Tapi cukuplah saya kongsikan sebahagiannya sahaja.


Berita baik untuk anda...

Saya ada sediakan sebuah ebook berkaitan yang menerangkan tentang perbezaan di antara FCPO, Saham dan Forex.

Ebook ini boleh di muat turun secara Percuma... Dengan klik pada butang di bawah..


Semoga ebook ini akan dapat memberi manfaat kepada anda... 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini...

Semoga bermanfaat..
 

 
Info Berkaitan:

 

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)