Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Keputusan Permohonan ke IPT melalui platform UPU Online telah pun keluar pada 3 Jun 2020 (Rabu). Semakan Keputusan tersebut melibatkan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPG, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan ILKA Bagi program pengajian lepasan SPM Sesi akademik 2020/2021.
Semakan sudah boleh dibuat melalui pautan ini -> https://intake01.utm.my/semakan/?menu=spm
Semalam 4 Jun 2020 (Khamis) ada beberapa orang yang menghubungi saya melalui WhatsApp bertanyakan tentang bidang IT di Politeknik.
Ada yang dah dapat pengajian dalam bidang yang lain, tapi nak minta tukar masuk ke bidang IT.
Ada yang mohon bidang IT tapi tak Berjaya, dan nak buat rayuan..
Untuk makluman, rayuan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, boleh mula dibuat pada 5 Jun 2020 pada jam 1.00 petang menerusi pautan berikut -> http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
Akibat #COVID19 Bidang IT semakin mendapat tempat di hati LEPASAN SPM
Untuk makluman, bidang IT di tempat saya bertugas biasanya mempunyai permintaan yang tinggi. Pernah kami tawarkan pengambilan untuk 2 kelas sahaja (maksimum 80 orang pelajar), tetapi pelajar yang datang mendaftar pada hari pendaftaran melebihi 160 orang.
Ini cerita setahun atau 2 tahun yang lepas, dalam keadaan ekonomi negara masih lagi stabil dan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang masih lagi terbuka luas.
Tetapi dalam keadaan "Musim Covid-19" ni, ramai pekerja sedia ada dalam pelbagai bidang juga telah kehilangan pekerjaan. Ramai yang terpaksa buat kerja secara sambilan melalui pendekatan WFH ("Work From Home").
Melihat kepada situasi ini, sudah tentu Bidang IT dilihat mempunyai prospek masa depan yang cerah untuk mendapat pekerjaan. Sekiranya tidak dapat bekerja dengan mana-mana syarikat atau industry sekali pun, sesiapa yang mempunyai kepakaran IT boleh survive dengan mewujudkan peluang pekerjaan sendiri.
Anda boleh lihat contoh-contoh situasi yang terdapat di bawah:
Berikut merupakan senarai peluang pekerjaan yang bakal menanti student bidang IT dan anggaran pendapatan bulanan mereka bila telah menamatkan pengajian nanti:
Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar bidang IT akan mempelajari kesemua bidang di atas. Bidang IT ni pun ada banyak cabangnya, sama seperti anda mempelajari bidang-bidang pengajian yang lain.
Sebagai contoh dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, ada beberapa cabang bidang pengajian seperti Elektrik Kuasa, Elektrik Instrumentasi, Elektrik Kawalan, Elektrik Mekatronik, Elektrik Elektronik, Elektronik Perubatan, Elektronik Komputer, Elektronik Perhubungan, dan sebagainya.
Begitu juga sekiranya anda ambil bidang Kejuruteraan Awam, akan ada Awam Alam Sekitar, Awam Seni Bina, Awam Highway, dan sebagainya.
Bidang kejuruteraan Mekanikal pula akan ada Mekanikal Pembuatan, Mekanikal Jentera, Mekanikal bahan, dan lain-lain.
Jadi secara kesimpulannya kalau nak berjaya dalam apa jua bidang, pertama sekali kena ada minat yang mendalam terhadap bidang tersebut.
Kemudian Fokus mempelajari sesuatu bidang sehingga berjaya, dalam masa yang sama cuba juga untuk mempelajari ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan bidang yang kita pelajari tersebut.

- Buruh, Nelayan dan Juga Petani boleh mempunyai 2 sumber pendapatan sekiranya mempunyai sedikit kemahiran dalam bidang IT
- Separuh daripada senarai Pekerjaan tersebut Memerlukan kemahiran dalam bidang IT
- Sebahagian Besar daripada senarai 13 Kerja WFH ini memerlukan sedikit pengetahuan dalam bidang IT
- Sedikit Pengetahuan dalam Bidang IT telah mampu menyelamatkan Bisnes Homestay
Berikut merupakan senarai peluang pekerjaan yang bakal menanti student bidang IT dan anggaran pendapatan bulanan mereka bila telah menamatkan pengajian nanti:
- Software Engineering Salary In Malaysia (Klik Di Sini)
- Software Developer Salary In Malaysia (Klik Di Sini)
- Information Technology Manager Salary In Malaysia (Klik Di Sini)
- Software Programmer Salary In Malaysia (Klik Di Sini)
- Network Engineer Salary In Malaysia (Klik Di Sini)
- System Engineer Salary In Malaysia (Klik Di Sini)
- Web Developer Estimate Income (Klik Di Sini)
- Apps Developer Estimate Income (Klik Di Sini)
- Sistem Online Service and Maintainence (Klik Di Sini)
- Graphic Designer Estimate Income (Klik Di Sini)
- Website Expert Marketing (Klik Di Sini)
- Video Marketing Creator (Klik Di Sini)
- Service Setup Salesmen Website/Ecommerece (Klik Di Sini)
- Website Seller Estimate Sallary (Klik Di Sini)
- Internet Marketing Estimate Income (Klik Di Sini)
- Pemasaran Video dan Youtube Marketing Expert (Klik Di Sini)
- Google Marketing Expert (Klik Di Sini)
- Tiktok Marketing Expert (Klik Di Sini)
- Instagram Marketing Expert (Klik Di Sini)
- FB Marketing Expert (Klik Di Sini)
- Dan Lain-lain
Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar bidang IT akan mempelajari kesemua bidang di atas. Bidang IT ni pun ada banyak cabangnya, sama seperti anda mempelajari bidang-bidang pengajian yang lain.
Sebagai contoh dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, ada beberapa cabang bidang pengajian seperti Elektrik Kuasa, Elektrik Instrumentasi, Elektrik Kawalan, Elektrik Mekatronik, Elektrik Elektronik, Elektronik Perubatan, Elektronik Komputer, Elektronik Perhubungan, dan sebagainya.
Begitu juga sekiranya anda ambil bidang Kejuruteraan Awam, akan ada Awam Alam Sekitar, Awam Seni Bina, Awam Highway, dan sebagainya.
Bidang kejuruteraan Mekanikal pula akan ada Mekanikal Pembuatan, Mekanikal Jentera, Mekanikal bahan, dan lain-lain.
Jadi secara kesimpulannya kalau nak berjaya dalam apa jua bidang, pertama sekali kena ada minat yang mendalam terhadap bidang tersebut.
Kemudian Fokus mempelajari sesuatu bidang sehingga berjaya, dalam masa yang sama cuba juga untuk mempelajari ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan bidang yang kita pelajari tersebut.
Info Berkaitan: