Intipati Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam post kali ini saya nak kongsikan tentang Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun 2020

Sumber : Klik Di Sini



Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun 2020

πŸ“Œ Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi

πŸ“Œ Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus

πŸ“Œ Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini

πŸ“Œ Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya

πŸ“ŒPemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara

πŸ“Œ Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan

πŸ“Œ 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas

πŸ“Œ Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berfungsi sebagai langkah segera untuk bangun dan rancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek

πŸ“Œ Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion

πŸ“Œ Kerajaan peruntuk RM9 billion yang memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi tangani pengangguran

πŸ“Œ Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) tumpu kepada tiga matlamat utama: memperkasakan rakyat, merancakkan perniagaan dan merangsang ekonomi, yang akan membawa kepada landasan pemulihan dan pertumbuhan

πŸ“Œ Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan

πŸ“Œ Program Subsidi Upah bagi bantu majikan dilanjut tiga bulan lagi

πŸ“Œ Setiap tahanan reman yang bakal dihantar ke penjara akan jalani pemeriksaan saringan COVID-19

πŸ“Œ Daripada jumlah RM35 bilion PENJANA itu sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal daripada kerajaan

πŸ“Œ Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT

πŸ“Œ Sebanyak RM75 juta diperuntukkan bantu ekonomi GIG

πŸ“Œ Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP

πŸ“Œ Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan

πŸ“Œ Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)

πŸ“Œ Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia

πŸ“Œ Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia

πŸ“Œ Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember

πŸ“Œ 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha

πŸ“Œ MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had diperkenal bagi kurangkan kos pengangkutan harian rakyat mulai 15 Jun hingga akhir 2020

πŸ“Œ Kerajaan akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah

πŸ“Œ Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan

πŸ“Œ Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS

πŸ“Œ Bagi mendorong perusahaan mikro dan PKS guna khidmat digital, kerajaan bersama swasta akan biayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta

πŸ“Œ Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarika

πŸ“Œ Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang

πŸ“Œ Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan

πŸ“Œ Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta

πŸ“Œ Bagi PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier company), kerajaan akan teruskan pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak

πŸ“Œ Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah

πŸ“Œ Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah

πŸ“Œ Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai

πŸ“Œ Bagi perniagaan melibatkan masalah aliran tunai kerajaan beri insentif cukai pelbagai bentuk

πŸ“Œ Kerajaan setuju beri pengecualian duti setem kepada PKS bagi aktiviti percantuman dan pemerolehan untuk transaksi 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

πŸ“Œ Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta

πŸ“Œ Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih

πŸ“Œ Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

πŸ“Œ Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020

πŸ“Œ Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta

πŸ“Œ RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini

πŸ“Œ Galakan ini diberikan sekiranya syarikat luar negara memindahkan lokasi dan memulakan operasi dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelulusan dan amaun pelaburan mesti dibuat dalam tempoh 3 tahun

πŸ“Œ Penangguhan bayaran anggaran cukai syarikat industri pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020

πŸ“Œ Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk jana semula industri kreatif negara sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan

πŸ“Œ Kerajaan setuju gubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara), dijangka dibentang di Parlimen pada Julai

πŸ“Œ Pasukan LAKSANA yang ditubuhkan Kementerian Kewangan akan tingkatkan pemantauan terhadap semua inisiatif dilaksana kerajaan

πŸ“Œ Mereka yang hilang pekerjaan layak menerima elaun latihan sehingga RM4,000 walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan

πŸ“Œ Kerajaan beri pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan, 50 peratus bagi kereta penumpang diimport mulai 15 Jun 31 Dis 2020

Semoga intensif yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan ini dapat memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.. In Shaa Allah, aamiin.. 

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)