JAUHI ARAK!! : KESAN BURUK BUKAN HANYA DIRI SENDIRI TETAPI MASYARAKAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sepanjang tahun 2020 ni terdapat banyak kes kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu mabuk.

Sumber : Klik Di Sini


PADAH AKIBAT ARAK

Berikut merupakan senarai kisah kemalangan yang berlaku sepanjang tahun 2020. Dalam tempoh JAN-JUN 2020

•25 JAN - di Jalan Ayer Itam P.Pinang (penunggang motosikal cedera parah)

•9 FEB - Lebuhraya Utara Selatan P.Pinang (Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah)

•11 FEB - Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, P.Pinang (Dua pemuda maut)

•16 FEB - Lebuhraya Kajang-Seremban (seorang pemandu kereta maut,tiga penunggang dan seorang pembonceng cedera)

•16 FEB - Lebuhraya Persekutuan (Seorang pemandu disyaki mabuk melanggar sebuah kereta peronda polis)

•18 FEB - Persiaran Sultan Abdul Hamid,Kedah (empat sekeluarga termasuk dua kanak kanak berusia lingkungan 10 tahun kebawah cedera)

•10 APR - Tol PJS,Petaling Jaya,Selangor (kereta polis dilanggar oleh pemandu mabuk, Ops Covid 19)

•3 MEI - Plaza Tol Kajang Selatan (seorang anggota polis maut dilanggar ketika bertugas di Ops Covid-19)

•26 MEI - Jalan Pantai Port Dickson (dua beradik ditahan polis kerana berada dalam keadaan mabuk dan menghalang tugas penjawat awam)

•29 MEI - Lebuhraya Persekutuan (serorang penunggang motosikal parah manakala pembonceng maut )

•31 MEI - Queensbay P.Pinang (seorang lelaki warga emas ditahan selepas cuba melanggar anggota polis dan memandu dalam keadaan mabuk)

•1JUN - Lebuhraya Sultan Iskandar (seorang lelaki maut selepas pulang melakukan penghantaran makanan. Motosikalnya dirempuh pemandu mabuk)

Jauhi arak, kesan buruk bukan saja pada peminum, tetapi juga yang disekelilingnya.

 Sudah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(Surah Al-Maidah : Ayat 90)

Orang yang beriman akan mengikut arahan Allah SWT serta merta dalam hal haq (kebenaran) dan batil (tidak benar) supaya menjaga diri dan juga manusia dikelilingnya.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah yang terlibat kerana bersedih di hari seluruh umat Islam bergembira.


10 Golongan Yang Dilaknat Kerana ARAK

Sumber : Klik Di Sini

Berikut merupakan 10 Golongan yang dilaknat kerana Arak:
  1. Yang Memerah
  2. Yang Membekal
  3. Yang Membawa
  4. Yang Memesan
  5. Yang Makan Hasil Jualan
  6. Yang Menjual
  7. Yang Menghidang
  8. Yang Meminum
  9. Yang Membeli
  10. Yang Minta dibelikan

Sekiranya dalam skop pekerjaan anda sekarang tidak kiralah samada anda sebagai pemandu, sebagai "cashier", sebagai tukang loading barang dan sebagainya di tempat kerja anda cubalah cari kerja di tempat lain.

Jangan risau tak ada kerja! Sebab rezeki Allah tu tersangatlah luas. Zaman sekarang ni ada bermacam-macam cara nak mencari rezeki yang lebih baik. Asalkan kita rajin dan bersungguh-sungguh, In Shaa Allah akan ada rezeki yang lebih baik dan lebih berkat untuk anda. Boleh baca maklumat-maklumat tersebut untuk mendapatkan rezeki yang lain: 


Penah Tak terbaca tentang satu Kisah seorang Alim Termakan Tipu Daya Iblis Yang Berpura-pura menjadi Orang Alim?

Iblis (menyamar sebagai lelaki alim) datang ke tempat orang alim ini beribadah. Malah Ibadah yang dilakukan oleh Iblis ini lebih hebat lagi berbanding orang alim ini sehinggakan tidak tidur dan tidak makan.

Lalu orang alim ini bertanya kepada Iblis, Apa yang menyebabkan beliau boleh beribadah kepada Allah S.W.T sehingga sampai ke tahap macam ni?

Iblis berkata, beliau pernah buat dosa besar seperti berzina, minum arak dan membunuh orang. Sekarang beliau ingin bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T dengan harapan Allah S.W.T  dapat menerima taubat sebelum meninggal dunia.

Disebabkan orang alim ini ingin beribadah sampai ke tahap seperti Iblis, jadi beliau pun telah termakan hasutan dan tipu daya iblis untuk membuat salah satu daripada dosa besar tersebut dan kemudian bertaubat.

Jadi, beliau ada 3 pilihan samada nak berzina, meminum arak atau membunuh orang. 

Antara ke tiga-tiga dosa besar tersebut sudah tentulah meminum arak merupakan dosa besar yang paling ringan. Kata hati kecil orang alim tersebut.

Lalu, beliau pergi ke sebuah kampung kemudian membeli dan meminum arak dan selepas itu beliau berharap dapat kembali semula ke tempat beliau beribadah untuk menyesali dosa besar yang telah dilakukan dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Disebabkan ini merupakan kali pertama orang alim tersebut minum arak, beliau terus mabuk.
Dalam keadaan tak sedar, beliau tertarik dengan wanita cantik yang dilihatnya lalu berzina dengan wanita tersebut.

Selepas mereka berzina, lelaki alim tersebut sudah berasa bersalah. Dia rasa malu. Bukan mula dengan Allah S.W.T, tetapi malu dengan manusia! Malu jika semua orang tahu dia telah berzina. 
Lalu lelaki alim itu pun membunuh wanita tadi sebab takut nanti wanita ini akan hamil dan aib beliau akan diketahui oleh semua orang. Selepas membunuh wanita tersebut, beliau telah menarik mayat wanita ini ke hutan dan tanam dengan harapan supaya tidak ada orang lain yang tahu dosa dan kesalahan beliau. 

Tiba-tiba orang kampung datang beramai-berramai dan menangkap lelaki alim ini. Lelaki alim ini pun dihantar ke mahkamah. Semua orang terkejut melihat orang Alim ini ditangkap dan disabitkan ke mahkamah atas kesalahan membunuh. 

Nampak tak?

Antara ketiga-tiga dosa besar tersebut sebenarnya meminum arak boleh menjadi ibu atau punca kepada dosa-dosa besar yang lain

Dalam keadaan mabuk (tidak sedarkan diri), seseorang boleh membuat apa sahaja kesalahan atau dosa besar seperti berzina, bergaduh, membunuh, mengeluarkan kata-kata kesat/kotor dan sebagainya.

Semoga kita dapat jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk kita supaya menjauhi arak.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)