Cara Tingkatkan Jualan kepada 5 Angka sehari melalui Platform Promosi Homestay.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebelum ini dalam group Facebook Carian Homestay Malaysia saya ada menulis satu status seperti dalam gambar di bawah. 

Status Facebook di group Carian Homestay Malaysia

Disebabkan ramai pengusaha homestay yang berminat nak tahu Cara Tingkatkan Jualan kepada 5 Angka sehari melalui Platform Promosi Homestay..... Jadi, saya rasa terpanggil untuk menulis post ini bagi menerangkan secara detail berdasarkan pengalaman yang telah saya alami sendiri.

Sebelum itu, saya kongsikan pengalaman saya sendiri terlibat dalam bisnes homestay ini sejak dari tahun 2010. Dan Alhamdulillah sehingga kini, saya mempunyai pengalaman terlibat dalam mengendalikan 3 buah homestay iaitu:
  1. Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
  2. Pak Ya Homestay Batu Gajah Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)
  3. Pak ya Homestay Batu Gajah Perak 2 (Rumah Teres Corner Lot)

Kadar sewa harian bagi setiap homestay di atas ialah RM260, RM200 dan RM250.

Dengan kadar sewa tersebut, maksimum jualan yang saya boleh dapat dalam sehari ialah RM260 untuk Pak Ya Homestay Seri Iskandar. Sebagai seorang pengusaha homestay yang mempunyai hanya sebuah homestay... tak mungkin kita boleh dapat lebih banyak jualan daripada nilai tersebut dalam masa satu hari, melalui seorang pelanggan.

Melainkan anda mempunyai homestay yang ada banyak pintu yang boleh anda sewakan mengikut bilik, sebagai contoh:

Terdapat beberapa unit tempat tinggal dalam satu kawasan yang boleh disewa oleh pelanggan.

Sebagai contoh terdapat 5 unit tempat tinggal dalam satu homestay. Kadar sewa sehari RM250 untuk setiap unit tempat tinggal. Jadi dalam sehari maksimum anda boleh hasilkan jualan adalah sebanyak RM1,250.00...

Masih lagi tak berjaya hasilkan Jualan kepada 5 Angka sehari melalui Platform Promosi Homestay..

Jadi, persoalannya... 

Bagaimana Cara nak Tingkatkan Jualan kepada 5 Angka sehari melalui Platform Promosi Homestay??

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya syorkan anda baca ebook Rahsia Buat duit Tambah-tambahan Dengan Homestay (Klik Di Sini)

Saya ada kongsikan caranya melalui ebook tersebut.

Apa yang penting sekali, anda perlu mempunyai platform sendiri untuk mempromosikan homestay samada melalui blog, laman web, Fanpage, Telegram, Tiktok dan sebagainya.

Melalui platform tersebut, anda bukan hanya promosikan homestay anda semata-mata. Tetapi anda juga juga promosikan servis atau perkidmatan berkaitan dengan pelancongan yang sesuai dengan nice area platform anda.
Bagi pendapat saya... Nice pelancongan sesuai untuk diiklankan di platform homestay.. Terutamanya homestay yang terletak di kawasan-kawasan pelancongan.

Sebagai contoh, saya mempromosikan homestay dan pakej pelancongan melalui beberapa platform seperti berikut:

Hasil jualan daripada homestay seperti biasa, tak ada lah banyak mana.

Kadar sewa RM260.00 semalam...

Selepas ditolak dengan.....  
  • bayar upah mengemas homestay..
  • Tolak bil api..
  • Tolak Bil air..
  • Tolak duit dobi cadar, sarung bantal, dan lain-lain
  • Tolak duit untuk beli sabun mandi, dan lain-lain kemudahan homestay...

Dapatlah untung bersih dalam RM100 semalam.. 

Tapi...
Alhamdulillah...

Ada backup lain yang terdapat dalam platform promosi homestay saya...
Yang memberikan komisyen yang kecil sahaja....
Tapi komisyen di bayar per pax/person...
Lebih banyak pax/person dalam satu jualan, lebih tinggi komisyen yang akan kita perolehi.

Sebagai contoh....

Saya kongsikan 4 Invoice terkini berdasarkan hasil jualan terkini yang berjaya saya perolehi..

Invoice bertarikh 17 Mei 2023 dengan nilai jualan sebanyak RM8,715.00 (7 dewasa). Komisyen jualan 3 angka.

Invoice bertarikh 17 Mei 2023 dengan nilai jualan sebanyak RM1,956.00 (2 dewasa, 2 kanak-kanak). Komisyen jualan 3 angka.

Invoice bertarikh 23 Mei 2023 dengan nilai jualan sebanyak RM2,380.00 (2 dewasa, 1 kanak-kanak). Komisyen jualan 3 angka.

Invoice bertarikh 23 Mei 2023 dengan nilai jualan sebanyak RM12,040.00 (14 dewasa). Komisyen jualan menghampiri 4 angka.

Nilai jualan sukar untuk kita jangka, disebabkan kebanyakan orang pergi melancong secara berkumpulan.

Yang bestnya.. Komisyen yang saya dapat tu bersih.. Dah tak perlu nak tolak kos-kos lain seperti kos-kos semasa kita mengendalikan homestay.

Setakat ini, pelanggan yang pernah menghubungi saya bertanyakan pakej pelancongan paling banyak dalam satu kumpulan ialah 30 orang ke Krabi Thailand dan 20 orang ke Hatyai Thailand. Tapi sayangnya masih belum closed lagi sehingga sekarang.

Mungkin belum sampai rezeki saya lagi.
Sebab masing-masing (30 orang dalam satu kumpulan) belum bagi kata putus dan sedang mencari tarikh yang lebih sesuai. Begitu juga bagi kumpulan 20 orang. Belum ada persetujuan daripada kesemua 20 orang tersebut.

Kalau ditakdirkan tiba-tiba mereka jadi nak ambil pakej percutian tersebut... Alhamdulillah... Sujud syukur... Bagai bulan jatuh keriba... Bagai mendapat bonus raya secara tiba-tiba...

Dalam 2 gambar di bawah ni, saya kongsikan contoh 2 orang ejen yang bertuah.. Berjaya menjual pakej pelancongan kepada satu group customer yang besar...


Ejen paling atas sekali : Berjaya menjual pakej pelancongan berharga RM61,680 kepada satu kumpulan pelanggan (1 invoice)

Ejen paling atas sekali : Berjaya menjual pakej pelancongan berharga RM56,050 kepada satu kumpulan pelanggan (1 invoice)

Rezeki menjual pakej pelancongan ni kadang tu dah hampir sama macam menjual sebuah kereta dari segi nilai jualannya.

Cuma, customer akan bayar cash 2 kali. Bayaran kali pertama semasa bayar deposit, dan bayaran yang selebihnya akan dibuat bayaran penuh sebelum pergi bercuti.

Sejak akhir-akhir ini industri pelancongan semakin rancak semula.
Dan berita baik kepada pembaca blog ini..

Syarikat pelancongan yang saya tolong promote dekat blog saya ini ada menyediakan lebih 200 pakej percutian di dalam dan di luar negara.

Jadi, pengunjung platform promosi homestay anda boleh memilih pakej percutian mana yang mereka sukai.

Setakat ini, pendaftaran menjadi ejen Pelancongan Zahin Travel masih di buka lagi.

Sekiranya anda berminat nak jadi ejen, atau ada kawan-kawan, ahli keluarga atau sedara mara yang berminat nak menjadi ejen... Boleh daftar melalui laman web rasmi Zahin Travel ->  https://www.zahintravel.com


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini... Semoga bermanfaat...


Iklan sikit... ;)


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan lebih 200 pakej-pakej percutian di dalam dan di luar negara,  boleh hubungi ejen berdaftar Zahin Travel atau terus kepada syarikat Zahin Travil seperti berikut:


Semoga anda dapat menikmati percutian yang menyeronokkan bersama insan-insan tersayang dan abadikan momen-momen indah tersebut sebagai satu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.

Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)