Bil Elektrik Bulan Jun 2020 cuma RM3 sahaja? Ini Realitinya....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni sedang hangat diperkatakan di media Sosial tentang Bil Elektrik pada bulan Jun 2020 yang dikatakan tidak masuk akal. Ramai yang terkejut bila melihat bil elektrik masing-masing meningkat 2 hingga 4 kali ganda yang kebanyakannya diambil dalam tempoh melebihi 90 hari.

Berbeza pula dengan salah satu bil elektrik saya yang menunjukkan bacaan cuma RM3.00 sahaja pada bulan Jun 2020 dan -RM3.70 pada bulan Mei 2020.

Bil Elektrik Bulan Jun 2020 cuma RM3.00 sahaja
Bil Elektrik Bulan Jun 2020 cuma RM3.00 sahaja


Bil Elektrik Bulan Mei 2020 cuma -RM3.70 sahaja
Bil Elektrik Bulan Mei 2020 cuma -RM3.70 sahaja

Pertama kali dalam hidup saya dapat bil elektrik bawah RM1.00 sebulan..
negatif pulak tu...

"Apa Encik Anuar tak guna elektrik langsung ke sepanjang Tempoh PKP ni?"

Hahaha...

Jangan salah sangka, Ini sebenarnya merupakan Bil Elektrik Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (Klik Di Sini)

Sepanjang Tempoh PKP, PKPB dan PKPP kami langsung tidak menerima sebarang penyewa. Mana-mana penyewa yang dah bayar booking Homestay sebelum ini, kami pulangkan semula wang mereka. Termasuk juga ada barisan Frontliner yang nak sewa homestay kami, kami terpaksa tolak disebabkan memikirkan SOP yang agak sukar untuk kami penuhi.

Kebimbangan kami ialah sekiranya kami tidak mengikut SOP dengan betul, dan mengakibatkan kami di Compound oleh barisan Frontliner ... Lebih membimbangkan kami ialah apabila "penyewa" homestay sendiri yang Compound kami nanti. 

Dahlah untung tak seberapa, kena Compound pula RM1,000... Tak ke naya..:(

Sebab tu sehingga sekarang kami ambil keputusan untuk tidak menerima sebarang penyewa sehingga di rasakan betul-betul yakin untuk memulakan operasi semula..

Jadi, bila tiada langsung penyewa yang tinggal di homestay kami secara tidak langsung telah menyebabkan bil elektrik kami mencapai sehingga ke angka negatif... (Tengah fikir juga ni macamana boleh sampai angka negatif tu.. Huhuhu ) 


Realiti Bil Elektrik Kami Yang Sebenar pada Bulan Jun 2020

Bil elektrik di rumah kediaman kami yang sebenar pada bulan Jun 2020 ialah sebanyak RM842.10. Nilai tersebut hampir 4 kali ganda berbanding bil-bil elektrik kami yang sebelum ini sekitar antara RM200 hingga RM280 sebulan.

Bil Elektrik pada Bulan Jun 2020
Bil Elektrik pada Bulan Jun 2020 RM842.10

Bil Elektrik pada Bulan Mei 2020
Bil Elektrik pada Bulan Mei 2020 RM271.15

Saya percaya ramai kawan-kawan yang dapat bil tinggi macam ni. Dan ramai yang beremosi melihat bil yang sangat tinggi seperti ini kan?.

Tanpa kita sedari sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Selama ini kita terima sahaja bil dan bayar, tanpa ambil tahu pun maklumat-maklumat yang terkandung dalam bil elektrik tersebut melainkan jumlah yang perlu kita bayar.

Tapi pada kali ini disebabkan bil elektrik yang tinggi telah memberikan satu kesedaran kepada semua orang tentang cara nak baca meter elektrik, cara pengiraan penggunaan tarif elektrik (KWj), dan sebagainya.

Selepas ni dah bolehlah kira bil elektrik sendiri.. Betul tak?

Walaupun bil elektrik rumah saya pada bulan ini agak tinggi, setelah dibuat purata 3 bulan (90 hari ++) oleh pihak TNB. Tapi saya akur dengan nilai tersebut disebabkan anak-anak sentiasa ada di rumah dan agak sukar untuk mengawal penggunaan peralatan elektrik seperti berikut:
  • Penggunaan 2 unit penghawa dingin yang boleh dikatakan berfungsi 24 jam. (Setiap kali saya offkan bila tak ada orang guna, tak lama lepas tu akan ada orang yang hidupkan semula)
  • Charge 6 buah smartphone (Anak-anak aktif menggunakan smartphone, asal habis bateri terus charge)
  • 22 point lampu (Anak-anak tak reti nak offkan lampu yang tidak digunakan)
  • 7 point kipas (begitu juga dengan kipas)
  • Itu belum lagi termasuk penggunaan peralatan-peralatan elektrik yang lain seperti 2 buah televisyen (ini lagi susah nak Stop), komputer, notebook, peti ais, mesin basuh, Water Filter, iron dan sebagainya.
Akur dengan kelemahan diri sendiri yang gagal untuk mendidik anak-anak supaya berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik. Walaupun dah dinasihatkan banyak kali, selepas guna mana-mana peralatan elektrik terus matikan.. Orang terakhir sekali guna lampu, kipas dan TV terus matikan.,, Tapi bukan semudah seperti apa yang kita harapkan.

Jadi, faham-fahamlah sendiri.. Dah guna banyak tenaga elektrik, kenalah bayar dengan harga yang setimpal...

Kalau lari bajet pada bulan ini, terpaksalah buat kerja parttime untuk mencukupkan juga keperluan keluarga... 


Yurp!! Terpaksa buat kerja parttime untuk setelkan bil elektrik tersebut. Nak harapkan rezeki daripada Homestay memang Zero lagi pada bulan ni..

Sumber : Klik Di Sini

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini..

Semoga bermanfaat..

Ikhlas daripada saya,

Muhamad Anuar Bin Marsib




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)