RM6.4 Juta Dalam 24 Hari - Motivasi kepada Kita Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Siapa sangka seorang selebriti YouTube, Syahmi Sazli boleh menghasilkan filem sendiri yang mana dalam tempoh 24 hari tayangan filem tersebut mencatat kutipan sebanyak RM6.4 juta.

Kejayaan tersebut sekaligus melakar nama filem Mael Totey The Movie yang telah memecahkan dominasi rekod filem Hantu Kak Limah dan Polis Evo sebagai filem terlaris ditayangkan pada platform Astro First. 

Tahniah MTTH! Tahniah Syahmi Sazli dan semua yang terlibat dalam menjayakan pembikinan filem ini.

Mael Totey The Movie Meraih Kutipan Sebanyak RM6.4 Juta Dalam 24 Hari

Syahmi selaku pemegang peranan utama dalam filem tersebut sebagai pelakon utama, penerbit, pengarah, penulis skrip dan juga sebagai pelakon layar berasa sangat bersyukur dan terkejut dengan rekod pencapaian tersebut

Siapa sangka, karya sulung (filem) beliau yang melakukan Penggambaran dalam tempoh 14 hari dengan kos sebanyak RM400,000 mampu menghasilkan kutipan sebanyak itu.

Untuk rekod, dalam tempoh 24 jam ditayangkan filem Mael Totay The Movie telah berjaya memecahkan rekod tayangan tertinggi di Astro First dan dalam tempoh 8 hari saja mengutip sebanyak RM4 juta.


Apa Yang Dapat Kita Belajar Melalui Kejayaan MTTM Mendapat Kutipan RM6.4 Juta Dalam Tempoh 24 Hari??


1. Berani Untuk Memulakan Langkah Pertama
Keberanian Syahmi menghasilkan filem sulung beliau seharusnya di puji oleh semua pihak, dan boleh dijadikan sebagai contoh kepada anak-anak muda. Syahmi yang sebelum ini dikenali dengan drama spontan di YouTube berkata, ada pihak-pihak tertentu yang cuba memperlekehkan filem pertama beliau, tetapi dia tidak mudah melatah malah menjadikan setiap teguran sebagai cabaran kepada beliau untuk menghasilkan 'karya' yang lebih baik lagi pada masa akan datang.


2. Mempunyai ‘kolam’ atau komuniti
Walaupun Syahmi Syazli tidak ada pengalaman menerbitkan filem sebelum ini, namun dia sudah mempunyai komuniti yang besar di Youtube dengan 2.45 juta subscriber. Selama 5 tahun dia membina komuniti/'kolam' melalui platform YouTube yang mana Syahmi sentiasa menyediakan kandungan seperti siri drama spontan termasuk siri Mael Totey yang telah mula dikeluarkan pada 4 Disember 2018 dalam channel YouTube.

Dengan komuniti/'kolam' yang ada, telah memudahkan beliau untuk membuat marketing kepada followers yang ada.


3. "Demand" And "Supply" - Meletop!!
MTMM dihasilkan berikutan terdapat permintaan tinggi di mana ramai orang mahukan siri Mael Totey dalam channel YouTube yang dibuat setahun lalu dibuat sambungannya. Jadi, Syahmi Syazli telah pun berusaha memenuhi permintaan pengikut-pengikut beliau di Youtube. Hasilnya Kebabom!! Filem beliau Meletop di Channel Astro First!


4. Kelainan Yang dibawa
Filem ini tidak ada bintang popular malah memperkenalkan pelakon baru dikalangan OKU. Syahmi memberikan yang terbaik bagi filem ini berbanding siri drama spontan yang dibuat untuk YouTube lebih sekadar suka-suka.


5. Kenalpasti Audience/Pelanggan
Syahmi telah mengenalpasti segmen pelanggannya. Jadi, dia menghasilkan filem Mael Totey yang dapat memenuhi kehendak pelanggannya seperti menggunakan dialek Kelantan, pelakon, tajuk dan penggambaran juga dibuat di negeri Kelantan.
Sokongan orang Kelantan dikatakan antara faktor kejayaan filem ini. Walaubagaimanapun, sumbangkan daripada 2.45 juta subscriber YouTube channel Syahmi sudah pasti memberi pengaruh yang besar ke atas kejayaan filem ini.

Justeru itu, mulai daripada sekarang kita dah boleh cuba ikut 5 "formula" kejayaan MTMM.

Jangan malu-malu, untuk memulakan langkah pertama dengan menghasilkan saluran youtube anda. Biar pun video-video yang bakal dihasilkan untuk saluran Youtube anda tidak memenuhi "citarasa" seperti video-video lain, anda jangan merendah diri. Sekurang-kurangnya anda telah berani melakukan langkah pertama.

Sekarang ni kita perlu melakukan langkah-langkah promosi mengikut peredaran zaman dan perubahan teknologi. Harap anda faham mesej yang admin cuba nak sampaikan.

Jemput Follow Saluran Youtube admin dan like video-video admin: https://www.youtube.com/channel/UChsYPmdqZWYGfkY2KWmnjWQ









Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Jemput juga follow akaun admin di Shopee

Terima kasih sekali lagi admin ucapkan di atas sokongan yang diberikan. Admin doakan semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.


Untuk meningkatkan lagi motivasi anda, anda boleh membaca kisah-kisah 150 orang Jutawan yang terdapat dalam 3 ebook di bawah. Setiap ebook ini mengandungi kisah-kisah 50 jutawan masing-masing dari Malaysia, Asia dan Barat.

Boleh download secara Percuma dengan Klik Di Sini

50 Kopilasi Kisah Jutawan Asia

50 Kompilasi Kisah Jutawan Barat

50 Kompilasi Kisah Jutawan Malaysia

Semoga dengan kisah-kisah kejayaan mereka akan menyuntik semangat anda untuk turut sama mencipta kejayaan seperti MYYM dan Syahmi Sazli. 
In Shaa Allah.. Aamiin.. Sama-sama kita doakan.

Dapat sesuatu melalui perkongsian ini?

Kalau dapat sesuatu, boleh kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda supaya lebih ramai yang mendapat manfaat melalui perkongsian ini.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.






Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)