10 Juadah Popular Bazar Ramadhan Naik Harga pada tahun ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan 1443 H. Setiap kali bulan Ramadhan, sudah pasti Bazar Ramadhan akan menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli makanan berbuka puasa dan juga stok makanan untuk bersahur di sepanjang bulan tersebut. 


10 Juadah Popular Bazar Ramadhan  Naik Harga pada tahun ini
Sumber : Muka hadapan Akhbar Sinar, 27 Mac 2022 (Ahad)

Saya tertarik dengan paparan muka hadapan akhbar Sinar bertarikh 27 Mac 2022 (Ahad), yang telah melaporkan 10 Juadah Popular Bazar Ramadhan  akan naik harga pada tahun ini berikutan kos bahan mentah untuk menghasilkan makanan tersebut yang melonjak pada ketika ini.


Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat, didapati juadah yang terlibat dengan kenaikan harga pada kali ini adalah seperti berikut:

  1. Kuih Talam dijangka naik harga kepada RM0.70 sepotong berbanding RM0.40 sebelum ini 
  2. Kuih Tepung Pelita dijangka naik harga kepada RM5.00 (5 biji) berbanding RM3.50  sebelum ini 
  3. Kuih lepat pisang dijangka naik harga kepada RM1.00 - RM1.50 berbanding RM0.70  sebelum ini 
  4. Puding Kramel dijangka naik harga kepada RM5.00 (sepotong) berbanding RM3.00  sebelum ini 
  5. Murtabak dijangka naik harga kepada RM5.00 - RM8.00 berbanding RM4.00  sebelum ini 
  6. Roti john dijangka naik harga kepada RM5.00 - RM7.00 berbanding RM4.50  sebelum ini 
  7. Masakan ayam dijangka naik harga kepada RM5.00 - RM8.00 berbanding RM4.00  sebelum ini 
  8. Masakan Ikan dijangka naik harga kepada RM5.00 - RM8.00 berbanding RM4.00  sebelum ini 
  9. Ayam Golek dijangka naik harga kepada RM25.00 - RM35.00 (seekor) berbanding RM20.00  sebelum ini 
  10. Air (Pelbagai Perisa) dijangka naik harga kepada RM3.50 - RM5.00 (sebungkus) berbanding RM3.00  sebelum ini 


Berdasarkan juadah-juadah yang disenaraikan di atas, berlaku kenaikan harga antara 20% sehingga 80% kos membeli juadah-juadah di Bazar Ramadhan pada tahun ini. 

Berdasaran maklumbalas yang telah diberikan oleh beberapa peniaga, kenaikan harga juadah seperti kuih muih dan lauk pauk terpaksa dilakukan ekoran kenaikan harga barang mentah di pasaran.


Kenaikan harga juadah pada kali ini tidak terhad kepada jenis makanan sahaja, malah harga jualan air pelbagai perisa juga akan dinaikkan.


HARGA MAKANAN LAUT TIDAK MENENTU


Sementara itu, harga makanan laut seperti ikan, udang dan sotong yang tidak menentu setiap hari menjadi penyebab kepada peniaga untuk menaikkan harga makanan yang dijual.


Pengusaha kedai makan, Nurul Iziaty Zainal Azeman menganggap kenaikan harga bahan mentah mendorong peniaga menaikkan harga makanan dan bukan sengaja melakukan sedemikian.


“Minggu lepas saya beli sotong, udang, ikan kembung dan ikan keli, jumlah kesemuanya adalah RM160. Selalunya dengan jumlah wang tersebut, saya boleh dapatkan sehingga enam atau tujuh jenis bahan mentah lain antaranya kerang dan kepah.

“Semalam (Jumaat) saya beli sotong dengan harga RM35 sekilo berbanding RM27 pada dua hari sebelumnya. Udang pula paling murah saya pernah jumpa RM27 tetapi semalam, RM34 (sekilo).

“Jadi, bagaimana kami nak kekalkan harga asal sekiranya harga bahan mentah pun naik mendadak,” 

Nurul Iziaty Zainal Azeman, Pengusaha kedai makan


Sebagai pengguna pula, kita terpaksa bayar sahaja harga juadah/makanan yang dijual oleh para peniaga di bazar Ramadhan nanti. 


Ya! Kita tiada pilihan lain.. Kita terpaksa menerima kenaikan harga ini dengan hati yang terbuka. Cuma, untuk membolehkan kita survive dengan peningkatan kos sara hidup, kita perlu juga mempunyai side income atau pendapatan tambahan.


-> Cara Mudah Export Barang ke luar negara

-> Senarai 13 Kerja yang boleh dilakukan dari Rumah pada Bulan Ramadhan


Semoga bermanfaat.  


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)