Aktiviti Silap Mata boleh menghilangkan kebosanan Bila PKPB Dilaksanakan semula...

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Korang ingat lagi tak semasa PKP (Fasa 1 hingga hasa 4) yang dilaksanakan pada 15 Mac hingga 12 Mei 2020... Kemudian diikuti pula oleh pelaksanaan PKPB dari 13 Mei hingga 9 Jun 2020.. Betapa bosannya duduk dekat rumah masa tu kan??....


Korang boleh review balik tarikh-tarik ni -> STATISTIK HARIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA DARI 18 MAC HINGGA SEKARANG (Klik Di Sini)


Untuk menghilangkan kebosanan masa tu, bermacam-macam cara korang buat.. Ada yang kerja main game online, tengok movie, tengok TV, Masak Apa tak jadi hari ni, dan lain-lain lagi...


Bila PKPB Dilaksanakan semula pada kali ini untuk negeri Sabah, Selangor, KL dan Wilayah Persekutuan.. Masing-masing dah mula cari idea nak buat aktiviti yang berfaedah di rumah terutamanya untuk anak-anak supaya  mereka tak kebosanan duduk di rumah. 

Anak-anak perlu ada aktiviti di rumah. Kalau tak ada aktiviti di rumah, tu yang ada anak-anak pergi cari aktiviti di luar rumah. Musim PKPB Covid-19 ni sebolehnya cuba elakkan anak-anak daripada bermain di luar rumah. Ini arahan KKM untuk mencegah daripada penularan COVID19.


Aktiviti Silap Mata boleh menghilangkan kebosanan Bila PKPB Dilaksanakan semula...


Sekiranya anak-anak anda tak tahu nak buat aktiviti apa yang menyeronokkan di rumah. Saya cadangkan supaya anak anda buat aktiviti-aktiviti Silap mata.


Aktiviti Silap Mata boleh menghilangkan kebosanan

Gila ko...
Mana anak aku tahu nak buat aktiviti silap mata?
Nak belajar silap mata dekat mana??

Kihkihkih..

Semua ilmu dalam dunia ni boleh dipelajari..

Asalkan ada minat dan kesungguhan nak belajar..

Saya pernah buat aktiviti silap mata ni semasa tempoh PKPB hari tu....

Gelak sakan anak-anak tengok aksi silap mata saya.... Hahaha...

Pasal apa mereka gelak?? 

Pasal buat-buat silap mata tak jadi... 

Dah beberapa kali buat baru jadi... 

Anak-anak pun macam tu juga...

Cuba ulang semula aktiviti silap mata yang saya buat... Tak jadi-jadi..

Setiap proses tu akan menjadi bahan gelak ketawa semasa kami.... Hahaha...

Terisi masa dengan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak... ;)


Banyak sebenarnya kelebihan belajar silap mata ni...

Selain dapat menghilangkan kebosanan, ada 13 lagi faedah mempunyai ilmu silap mata iaitu:


13 faedah mempunyai ilmu silap mata


1) Dapat menjana sumber pendapatan lumayan dengan menjadi ahli silap mata sambilan atau sepenuh masa dengan mempersembahkan silap mata di majlis-majlis keramaian, program-program koporat dan sebagainya. 

Sumber : Klik Di Sini


2) Amat sesuai untuk para guru, pensyarah, perunding motivasi, artis dan sebagainya kerana dapat menggunakan teknik dan kemahiran silap mata di dalam program serta proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian, tumpuan dan minat audien.
Sumber : Klik Di Sini


3) Semua teknik yang diajar tidak memerlukan anda membeli peralatan silap mata khas yang mahal. Hanya guna barangan sekeliling atau boleh buat sendiri sahaja alatnya.
Sumber : Klik Di Sini


4) Bagus juga untuk perkembangan minda kanak-kanak. Ia menjadikan IQ dan minda lebih tinggi dan cerdas kerana permainan silap mata merangsang kecergasan otak kiri dan kanan. Justeru, menjadikan minda kreatif, terbuka dan sentiasa fokus. Kekuatan ingatan juga dapat ditingkatkan. 
Sumber : Klik Di Sini


5) Meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan pengucapan awam yang berkesan.
Sumber : Klik Di Sini


6) Silap mata diminati dan disukai oleh pelbagai golongan tidak mengira agama, dan bangsa. Anda pasti menjadi orang yang unik dan dikagumi dengan kemahiran istimewa yang jarang dimiliki orang.
Sumber : Klik Di Sini


7) Anda pasti dapat mencipta teknik-teknik silap mata yang baru setelah menguasai semua teknik yang saya ajar.
Sumber : Klik Di Sini


8) Dapat menggunakan silap mata dalam urusan bisnes. Ini kerana ianya dapat merapatkan hubungan antara anda dan pelanggan serta banyak lagi faedahnya dalam urusan bisnes.
Sumber : Klik Di Sini


9) Merapatkan ukhwah sesama keluarga, saudara dan kawan-kawan. Ini berdasarkan pengalaman saya. Mereka selalu menunggu kehadiran atau kepulangan saya sebab bila saya ada bersama mereka, mereka rasa terhibur dan gembira.

Sumber : Klik Di Sini

10) Membentuk diri menjadi seorang yang berdisiplin, penyabar dan berhati-hati. Untuk belajar silap mata, ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Untuk mempersembahkannya di hadapan penonton segala langkah berjaga-jaga perlu dibuat bagi memastikan persembahan berjalan dengan lancar. Jika kantoi, ia amat memalukan. Maka tahap waspada dalam diri akan dipertingkatkan.

Sumber : Klik Di Sini


11) Anda juga tidak mudah ditipu oleh bomoh atau pengamal perubatan palsu yang menggunakan teknik silap mata kononnya untuk menunjukkan keajaiban mereka.
Sumber : Klik Di Sini


12) Menghilangkan bosan dengan berkesan. Jika anda tak membuat persembahan, anda boleh berlatih silap mata. Ia juga dapat mengelakkan aktiviti yang tak berfaedah.
Sumber : Klik Di Sini


13) Bagi mereka yang sedang mencari pasangan hidup, anda dapat guna silap mata untuk memikat bakal pasangan. Sebelum saya berkahwin dulu, saya juga pikat keluarga isteri saya dengan silap mata. Saya masih ingat lagi bagaimana Atuk isteri saya ternganga mulutnya ketika saya buat silap mata.
Sumber : Klik Di Sini

Korang bolehlah gunakan peluang semasa PKPB ini untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan aktiviti silap mata disamping melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah yang lain. 

Selain silap mata, anda juga boleh cuba menghasilkan video-video yang dapat memberi manfaat kepada orang.. Dan muatnaik video tersebut di Youtube.

Sekiranya anda juga tak tahu bagaimana cara nak melakukannya, saya syorkan anda melayari laman-laman web di bawah: 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda.


Ikhlas daripada saya:

Admin


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)