Inspirasi : Peniaga ini dah capai jualan melebihi RM1.6 Juta di Shopee sepanjang Tahun 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Sepanjang Tahun 2020 ini terlalu ramai orang menghadapi masalah ekonomi. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang punca pendapatan, ada yang kena potong gaji, ada yang tutup perniagaan dan sebagainya.

Tetapi berbeza pula dengan sesetengah peniaga online. Ada sesetengah peniaga online, rezeki mereka semakin mencurah-curah sepanjang tahun 2020 ini. Malah ada yang dah pun berjaya buat sales melebihi RM1 juta sepanjang tahun 2020, walaupun masih belum sampai ke hujung tahun.

Inilah yang berlaku kepada seorang peniaga online di platform Shopee, yang tidak mahu menonjolkan diri untuk berkongsi pencapaian perniagaan beliau. 

Sepanjang tahun 2020 (bermula 1 Januari - 19 November 2020), jualan yang telah beliau hasilkan di Platform Shopee ialah sebanyak RM1,606,434.09.

Tentu bestkan! Santai-santai duduk sambil packing barang. Kemudian keesokan harinya pihak J&T ambil barang untuk dihantar kepada pelanggan.

Hasil Jualan Beliau semasa berlangsungnya kempen 11.11.2020

Lebih menarik lagi, jualan "luar biasa" tersebut bukan hanya berlaku semasa 11.11 sahaja. Tapi juga melibatkan pada hari-hari yang lain. 

Sebagai contoh, jualan pada 18 November 2020 juga tak kurang hebatnya berbanding jualan yang diperolehi pada 11.11.

Hasil Jualan Beliau di Shopee pada 18 November 2020

Nak berjaya kena ada ilmu!
Lebih bagus lagi kalau ada guru yang sudi membimbing kita sehingga berjaya.

Semoga melalui perkongsian ini sedikit sebanyak akan dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit semula bagi meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.

Kita tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja melihat Pendemik Covid-19 memusnahkan ekonomi kita. 

Kalau Orang lain boleh buat, tak mustahil kita juga boleh buat!

Pasti ada cara dan jalan yang terbaik, bagaimana untuk meningkatkan pendapatan melalui saluran-saluran tertentu yang telah terbukti berkesan.


Bagaimana Nak Mula Menjual di Platform Shopee atau Lazada?

Soalan yang sama bermain-main difikiran saya sebelum ini.
Kita mana ada pengalaman nak berniaga di kedua-dua platform tersebut.

Apa yang saya buat? Sebagai permulaan, saya daftar dulu sebagai pengguna di kedua-dua platform tersebut.

Nak daftar sebagai pengguna mudah sahaja.

Kalau tak tahu macamana nak daftar, boleh pergi ke laman web https://yup.la/Shopee dan https://yup.la/LAZADA.

In Shaa Allah, akan dapat membantu memudahkan urusan anda.

Selepas dah daftar sebagai pengguna, anda boleh mula membeli supaya tahu flow dan boleh mempelajari selok belok setiap fungsi yang terdapat di platform tersebut.

Ini contoh barang-barang yang saya beli di Shopee dan Lazada sempena 11.11 yang lalu.

Video Beli Secara Online Di Lazada sempena 11.11

Video Beli Secara Online Di Shopee sempena 11.11

Video Beli secara Online di Shopee sempena 11.11

Apabila anda dah semakin mahir dan dapat membiasakan diri berada dalam platform online tersebut, barulah anda switch diri anda daripada sebagai user biasa (pembeli) kepada seller (penjual) 

Barang Apa yang saya Nak Jual di Platform Shopee atau Lazada?

Ini satu lagi cabaran. Nak jual apa dekat Shopee?

Kalau anda dah tak tahu sangat nak jual apa dekat Shopee, saya syorkan paling mudah sekali jual barang-barang yang dah sedia ada dekat rumah anda.

Jual sebagai Preloved (Barang terpakai).

Sebagai contoh, boleh tengok dekat akaun Shopee saya. Saya jual barangan preloved sahaja sebagai permulaan:

Alhamdulillah. Selepas 20 hari diiklankan, ada satu barang preloved saya yang berjaya dijual.


Kemudian, anda juga boleh menjual barang-barang secara dropship yang ramai orang buat termasuk saya.. Hihihi.


Anda boleh tengok contoh barang-barang Dropship yang saya jual dekat akaun Shopee saya:

-> https://shopee.com.my/muslimmuslimahcentre


Sebenarnya ada terlalu banyak barang secara Dropshop yang boleh anda jual dekat Shopee! Cuma bila dah ada terlalu banyak produk sampai dah tak tahu nak pilih yang mana satu untuk di iklankan.


"Saya kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual! Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee!" 

Sumber : https://yup.la/Shopee


Jadi, saya pun ambil langkah perlahan-perlahan. Iklankan sahaja mana yang kita berminat. Dan In Shaa Allah, dari semasa ke semasa saya akan tambah satu demi satu barang dropship untuk diiklankan di akaun Shopee saya.

Berikut pula merupakan senarai produk yang isteri saya hasilkan untuk dijual di Shopee. Jom Support dengan cara bagi like, Follow dan Suscribe. Terima kasih di atas sokongan yang anda berikan.


Hadiah Atau Cenderahati Berdasarkan Khat Kufi
Hadiah Hari Guru Wooden Pen Holder Khat Kufi
Mini Frame Khat Kufi


Doakan semoga satu hari nanti kita juga berjaya menghasilkan jualan yang lumayan di platform Shopee dan Lazada.

Kalau orang lain boleh buat jualan melebihi 1 juta dalam tempoh tak sampai satu tahun, tak mustahil satu hati nanti kita juga pasti boleh melakukannya dengan izin Allah S.W.T.

Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. In Shaa Allah jumpa lagi di lain waktu.

Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada kita bersama.




Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)