Cara Nak Jadi Bos Secara Santai Di Rumah Sepanjang Tempoh PKP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semenjak PKP1.0 dilaksanakan bermula pada 18 Mac 2020, terdapat banyak industri yang terjejas. Sehingga ke hari ini (dalam tempoh 18 bulan) terdapat perniagaan yang gulung tikar, terdapat bos (majikan) yang terpaksa potong gaji pekerja, terdapat bos (majikan) yang terpaksa membuang pekerja untuk mengurangkan kos operasi dan sebagainya.

Anda ingat senang ke nak jadi bos? Banyak perkara na kena fikir. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Dengan nak bayar sewa kedai lagi, nak keluarkan kos operasi syarikat, nak bayar gaji pekerja, nak rolling modal lagi dan sebagainya.

Cara Nak Jadi Bosa Secara Santai Di Rumah Sepanjang Tempoh PKP
Cara Nak Jadi Bos Secara Santai Di Rumah Sepanjang Tempoh PKP

Alangkah seronoknya hidup ini kalau dapat jadi bos dengan hanya duduk di rumah. Waktu semua orang diarahkan bekerja dari rumah, bos juga boleh bekerja dari rumah. Tapi dalam masa yang sama, berpeluang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja yang boleh bekerja sendiri tanpa perlu dipantau. 

Dapat meluangkan banyak masa berharga bersama keluarga. Cuma Yang kita tahu, pada masa-masa tertentu hanya melihat keuntungan yang masuk ke dalam akaun syarikat atau akaun persendirian.

Adakah keadaan seperti ini boleh berlaku?

Kalaulah betul boleh berlaku, Bagaimana caranya?

Sebenarnya keadaan ini tidak mustahil boleh berlaku. Malah sudah ramai rakyat Malaysia telah menikmati keadaan tersebut. Cuma mungkin kita masih belum menjadi sebahagian daripadanya, disebabkan kita tidak tahu bagaimana caranya? Dan tidak tahu Apakah sistem yang telah mereka gunakan untuk membolehkan mereka mencapai keadaan tersebut? 

Caranya ialah melalui Pelaburan Saham (membeli Saham-saham Syarikat yang di jual di Bursa Saham) 

Membeli Saham di Bursa Saham Malaysia seakan-akan kita berkongsi hak milik dalam syarikat tersebut dan peluang untuk menikmati keuntungan syarikat dalam bentuk dividen tahunan atau kenaikan harga saham.

Sebagai sebahagian daripada pemilik Saham Syarikat,  pemegang saham tidak perlu untuk memikirkan masalah-masalah yang ditanggung oleh pemilik syarikat seperti menjaga kebajikan pekerja, berhadapan dengan pekerja bermasalah, memantau kehadiran pekerja, memantau produktiviti pekerja, menguruskan produk, mencari pembeli, memikirkan strategi pemasaran, menguruskan aset, menguruskan sewaan premis perniagaan dan sebagainya. 

Anda tidak perlu nak memikirkan semua perkara tersebut walaupun anda menjadi pemegang saham kepada syarikat besar yang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja.  Anda cuma perlu pantau graf prestasi syarikat-syarikat tersebut disamping nilai dividen yang diumumkan oleh pihak syarikat.

Tapi, masih ramai yang takut untuk membeli saham atau menjadi BOS secara part time kepada beberapa syarikat dalam satu masa. Kenapa? 

Sebab ramai yang takut mengalami kerugian! 

Kesudahannya ramai rakyat Malaysia yang memilih jalan selamat dengan melaburkan simpanan mereka ke dalam Amanah Simpanan Berhad (ASB), Amanah Simpanan Nasional (ASN), dan sebagainya yang kita sendiri tidak pasti bagaimana wang kita dilaburkan?  Kita cuma berharap setiap tahun dividen dan bonus pelaburan bertambah.  Tapi sayangnya, kebiasaannya tidak seperti yang kita harapkan.. Sebab ada pihak yang mengawal agihan bonus dan dividen tersebut. 

Keadaan sudah pasti berbeza sekiranya anda membeli saham-saham syarikat yang anda kenali apa jenis perniagaannya?,  di mana kedainya?,  apa jenis produknya?,  bagaimana sambutan pelanggan terhadap produk-produk mereka?..  Sebagai contoh  saham syarikat-syarikat seperti :
  • Nestle
  • AEON
  • F&N
  • Padini Concept Store
  • Top Glove
  • DiGi
  • Proton
  • Bernas
  • MSM
  • Malakoff
  • Johor Port
  • Senai Airport
  • Gas malaysia 
  • MMC
  • Bonia
  • KPJ
  • dan Sebagainya.
Tidakkah anda ingin menjadi sebahagian pemilik perniagaan kepada syarikat-syarikat yang saya senaraikan di atas? Menjadi sebahagian BOS kepada ratusan atau ribuan pekerja yang dimiliki oleh syarikat-syarikat tersebut?  kalau mahu, caranya ialah dengan membeli saham syarikat-syarikat tersebut yang ada dijual di Bursa Malaysia.. 

Selepas ini,  setiap kali anda membeli produk-produk keluaran syarikat Nestle anda akan tersenyum, menikmati keenakan ais krim connetto keluaran Nestle di tepi pantai sambil tersenyum hingga ke telinga, sebab ada keuntungan yang bakal anda dapat melalui syarikat tersebut.

Sekiranya anda melihat rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara mara membeli air minuman keluaran syarikat F&N di mini market, R&R, dan di stesyen-stesyen minyak. Pastinya boleh membuatkan anda tersenyum membayangkan Bonus tahunan yang bakal anda nikmati hasil keuntungan syarikat tersebut.

Membeli pakaian di Padini pastinya menjadi keutamaan berbanding membeli pakaian di kedai-kedai lain, sebab anda dapat menyumbang keuntungan kepada syarikat "Milikan Bersama anda selaku pemegang saham.

Sewaktu anda membaya bil DiGi pastinya anda tidak akan rasa terbeban disebabkan anda juga mempunyai kepentingan (pemegang saham) dalam syarikat tersebut. 

Begitulah seterusnya..

Alangkah indahnya hidup ini, apabila setiap wang yang anda keluarkan untuk berbelanja akan mengalir kembali ke akaun bank anda. Fikir-fikirkanlah... ;)

Sebagai contoh, boleh tengok 3 orang pelabur saham di bawah yang masing-masing menggunakan modal sebanyak RM3000 sahaja untuk memulakan pelaburan mereka:

Pelabur Pertama

ROI Keuntungan pelabur pertama ialah RM390.00 atau 13.00%
ROI Keuntungan pelabur pertama ialah RM390.00 atau 13.00%

Pelabur Kedua

ROI Keuntungan pelabur kedua ialah RM1,082.08 atau 36.07%
ROI Keuntungan pelabur kedua ialah RM1,082.08 atau 36.07%

Pelabur Ketiga

ROI Keuntungan pelabur ketiga ialah RM2,110.95 atau 70.37%

Berdasarkan 3 contoh di atas, nak memulakan pelaburan saham tidak semestinya memerlukan modal yang besar. Memadai dengan berapa wang tunai yang ada di tangan. Nak memulakan pelaburan saham dengan modal RM100 pun boleh, cuma saham yang dapat dibeli dengan modal tersebut agak terhad. 

Nak merasa keuntungan yang agak selesa, mulakanlah pelaburan saham dengan modal antara RM1000 hingga RM3000, supaya anda mempunyai kuasa pemilikan saham-saham syarikat yang agak banyak.

Dapat pulangan keuntungan sebanyak 13% (RM390.00) dalam tempoh tak sampai 2 bulan, kira oklah kan?
Cuba kita bandingan pula dengan keuntungan tahunan pelaburan tabung haji dan ASB. Mana yang lebih untung?

Itu baru kita ambil contoh keuntungan yang sedikit. Bagaimana pula jika kita bandingan dengan keuntungan sebanyak 36.07% (RM1,082.08) dan 70.37% (RM2,110.95), tentu jauh lebih untung berbanding pelaburan anda di ASB atau Tabung Haji.

Berikut pula merupakan contoh-contoh saham yang mencapai keuntungan melebihi 6% dari bulan Januari hingga Ogos 2021.

January 2021:
Week 3 : WIDAD
Week 4 : SMTRACK

February 2021:
Week 1 : VIZIONE
Week 2 : G3
Week 3 : OVH, DATAPRP, PERMAJU & PARLO
Week 4 : PARLO, AT & KANGER

March 2021:
Week 1 : LKL & TOMYPAK
Week 2 : TENAGA, WIDAD, GIIB, NIHSIN, K1, AT & INIX
Week 3 : WIDAD, G3, SEALINK, ADVENTA, LKL & MGRC
Week 4 : YILLEK ๐Ÿ˜

April 2021:
Week 1 : ARTRONIQ
Week 2 : UWC, LKL, ADVENTA, MERIDIAN & OMESTI
Week 3 : MERIDIAN & MMAG 
Week 4 : SEDANIA, MMAG, MERIDIAN, VIVOCOM & BCMALL 
Week 5 : BCMALL, DATAPRP, TIGER, JFTECH, BCMALL, MERIDIAN & RL

May 2021:
Week 1 : YILLEK ๐Ÿ˜
Week 2 : YILLEK ๐Ÿ˜
Week 3 : PHARMA, SANICHI, BCMALL, SRIDGE & SEDANIA 
Week 4 : LKL,  KANGER, SAUDEE, VIVOCOM, KANGER & EATECH 

June 2021:
Week 1 : HWGB, AAX, PERMAJU, SEDANIA, VIZIONE, AIRASIA, PASUKGB, SERBADK & EATECH 
Week 2 : SANICHI & PDZ
Week 3 : RL
Week 4 : SAUDEE 

July 2021:
Week 1 : SAUDEE, EURO, SAUDEE lagi & VIVOCOM 
Week 2 : EURO & DATAPRP 
Week 3 : MERIDIAN, SAUDEE, KANGER & MERIDIAN lagi 
Week 4 : MERIDIAN, VIZIONE, KANGER & RL
Week 5 : YILLEK ๐Ÿ˜

August 2021:
Week 1 : KANGER & HWGB 
Week 2 : YILLEK ๐Ÿ˜
Week 3 : KUB & IRIS
Week 4 : KAB

Bagi mereka yang mempunyai modal yang kecil pun boleh jana keuntungan dalam pelaburan saham seakan-akan menjadi "bos kecil" secara part time  kepada syarikat-syarikat tersebut.

Sekiranya anda mempunyai modal yang besar seperti dalam contoh di bawah, anda boleh membeli sebanyak mungkin pegangan saham sesuatu syarikat sehingga anda menjadi "bos besar" secara part time kepada syarikat tersebut. Untung ke untung?

Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai 44 juta unit saham di syarikat Mpay menjadikan beliau pemegang saham utama bagi syarikat tersebut
Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai 44 juta unit saham di syarikat Mpay menjadikan beliau pemegang saham utama bagi syarikat tersebut

Oklah... Setakat ini sahaja perkongsian tentang Cara Nak Jadi Bos Secara Santai Di Rumah Sepanjang Tempoh PKP. Peluang mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!

Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang pelabur saham supaya anda juga boleh jadi Bos Secara Santai Di Rumah Sepanjang Tempoh PKP, saya syorkan anda belajar daripada 2 orang pakar berikut:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)