Jangan Mencipta Semula Roda!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...


Jangan Mencipta Semula Roda! Merupakan satu istilah yang cukup tepat untuk membantu kita memilih jalan "Short Cut" untuk berjaya, iaitu dengan cara meniru semula langkah-langkah yang telah dilakukan oleh orang-orang yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.


Jangan Mencipta Semula Roda!

Ramai orang tak berjaya pada hari ini adalah disebabkan mereka berasa ego!

Apabila ada orang yang telah berjaya menghasilkan panduan untuk rujukan orang  lain, "Mereka akan kata, tak perlu dengan panduan ini kerana mereka boleh mengkaji sendiri. Pada zaman sekarang, segala maklumat berada di hujung jari.

Ya betul! Mungkin ada kebenarannya. Tapi anda perlu ingat pepatah Mat Saleh yang menyatakan, “Don’t Reinvent the Wheel” bermaksud jangan mencipta semula roda. Dah elok-elok roda tu berbentuk bulat, jangan diubah ke bentuk lain melainkan ditambah baik dari segi material, berat dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi berpenat lelah untuk mengkaji sesuatu perkara yang telah terbukti berjaya.


Anda hanya perlu ikut, kemudian copy & paste sahaja apa yang disyorkan oleh pakar dan mereka yang telah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing. 


Ikut sahaja langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pakar supaya dapat menjimatkan masa dan kos!


Sebagai contoh, anda baru sahaja bekerja dan bercadang untuk membeli rumah pertama. Anda terlihat ada satu Panduan Membeli Rumah Pertama (Klik Di Sini).


Tapi disebabkan ego, anda tak nak baca panduan tersebut!. Anda kata beli rumah pertama bukan susah mana pun. Cari sahaja dekat Mudah.my atau google sahaja kata kunci untuk cari rumah yang anda suka.


Kesudahannya, anda mempunyai kebarangkalian untuk :

  • membeli rumah yang terbengkalai atau "gajah putih"
  • Mengalami kerugian semasa membeli rumah
  • "Terbeli" rumah diluar kemampuan
  • Ditipu oleh "orang tengah" yang tidak bertanggungjawab
  • dan lain-lain


Sekiranya anda merujuk kepada panduan yang betul sebelum membeli rumah pertama, sudah tentu anda akan dapat menjimatkan masa dan kos. Malah, mungkin anda dapat membeli rumah murah yang jauh lebih murah di bawah harga pasaran.


Begitu juga mereka yang membeli rumah dengan tujuan untuk dijadikan sebagai homestay. Kos kedua terbesar ialah untuk membeli perabot dan kelengkapan rumah sebelum rumah boleh disewakan secara harian sebagai homestay. Ada orang keluarkan kos sehingga RM30 ribu untuk menyediakan semua kemudahan tersebut. Tapi, ada orang boleh keluarkan kos cuma RM15 ribu sahaja (jimat separuh harga), sekiranya tahu cara yang betul nak beli perabot dan kelengkapan pada harga yang murah.

Sekiranya kita berjaya mendapatkan rujukan/panduan yang berkaitan, kita dapat menjimatkan banyak kos.


Sebab tu penting! Sebelum membuat sebarang tindakan yang boleh memberikan implikasi kewangan besar dalam hidup anda seperti membeli rumah, membeli kereta, membuat pinajaman bank, memulakan perniagaan dan sebagainya. Sebaiknya dapatkan rujukan yang betul supaya dapat membantu mengurangkan risiko yang bakal anda hadapi pada kemudian hari. Sebagai contoh, boleh baca info-info di bawah:


Selain itu juga, anda boleh dapatkan rujukan daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang menerusi platform Klikjer.com. 

Terdapat terlalu banyak rujukan atau panduan yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Nak tengok senarai panduan tersebut, boleh klik pada button di bawah:



Dengan adanya panduan-panduan seperti ini yang telah dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing akan dapat menjimatkan masa dan kos kita. 


Bila kita dapat menjimatkan masa dan kos, kita boleh memanfaatkan kelebihan tersebut untuk melaksanakan sesuatu yang lebih berfaedah supaya dapat menaiktaraf keadaan ekonomi diri dan keluarga kita


"Don't Work Hard! But Work Smart!"


Boleh ke kita mengubah keadaan ekonomi keluarga kita?


Pada pendapat saya, dalam dunia ni tiada perkara yang mustahil untuk dicapai. Saya dah mengenali ramai orang yang berjaya dalam pelbagai bidang. 

Saya dapat rumuskan resepi kejayaan mereka ialah :

  1. Kenalpasti bidang yang kita minat
  2. Usahakan dengan bersunguh-sungguh dalam bidang tersebut
  3. Cari seorang mentor. 
  4. Dapatkan sebanyak mungkin ilmu daripada mentor tersebut
  5. Copy & Paste setiap ilmu dengan mempraktikkannya seberapa segera
  6. Buat dan ulang langkah ke 4 dan ke 5 secara konsisten.
  7. Baiki setiap kelemahan yang ada
  8. Berdoa dan bertawakal
  9. Ulang langkah 6, 7 dan 8
  10. Ulang kesemua proses di atas sehingga berjaya.


Sebagai contoh, boleh tengok hasil kejayaan jualan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara yang telah dilakukan secara online: 


Contoh hasil Jualan Produk Tempatan


Contoh hasil jualan produk antarabangsa


Kalau orang lain boleh buat jualan melebihi sejuta ringgit secara online, Tak mustahil satu hari nanti kita juga mampu melakukannya. Tetapkan satu matlamat, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut.


Kata seorang pakar motivasi yang bernama Eker, “Halangan terbesar kepada kekayaan adalah ketakutan. Orang takut untuk berfikir besar dan jika hanya berfikir perkara yang kecil-kecil, maka orang itu akan mencapai setakat perkara-perkara kecil yang difikirkannya.”


Mulai dari sekarang kita perlu memasang impian yang besar. Untuk mencapai impian tersebut, kita perlu usahakan sesuatu yang selari dengan minat kita.

Minat dalam sesuatu bidang akan membuatkan kita bertahan mahu mencapai kejayaan. Cari minat dan kembangkan menjadi sebuah perniagaan.


Saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga bermanfaat.


In Shaa Allah, kita jumpa lagi di lain waktu.


Sebelum saya mengundur diri... baca dan hayati pesanan ringkas ini...


Jangan Mencipta Semula Roda!,

Ia akan membuang banyak masa anda,

Pilihlah jalan "Shortcut" dengan rujukan yang tepat,

Supaya impian anda boleh dicapai dengan lebih cepat.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)