Macamana nak dapatkan sales RM1 juta setahun dalam bisnes homestay?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini sedang viral di media social tentang sales RM1 juta.

"Kalau tak boleh nak dapat sales RM1 juta baik tak payah berniaga" Ayat Sentap

Ni antara ayat sentap (kenyataan) yang dikeluarkan oleh orang yang berpengaruh dalam bidang peniagaan di Malaysia.

Fuhh!! Ayat ini memang menusuk di kalbu para peniaga online termasuk saya.

Bagi pendapat saya, ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh usahawan tersebut. Kalau nak berniaga, kita kena berniaga dengan bersungguh-sungguh sehingga boleh dapat sejuta ringgit.

Macamana nak dapatkan sales RM1 juta setahun dalam bisnes homestay?

Baru-baru ini dalam satu group perbicangan di homestay, ada seorang pengusaha homestay yang melemparkan soalan 

"camne nk dpt sales rm1 juta setahun dlm bisnes homestay?"

Soalan Cepu Emas untuk JutawanHomestay.com

Jawab... Jangan tak jawab soalan tersebut... hehehe...

Secara peribadi untuk homestay yang saya ada sekarang ni agak mustahil untuk mendapatkan sales RM1 juta setahun sekiranya bergantung kepada sewaan homestay semata-mata.. 

Saya dah buat kiraan seperti berikut:

Kadar sewa Pak Ya Homestay Seri iskandar Perak RM300 satu malam.
Sekiranya full 365 hari ada orang menyewa, sales maksimum yang saya boleh dapat adalah sebanyak 
RM109,500



Kadar sewa Pak Ya Homestay di Perak (Rumah Teres 1 tingkat) pula RM200 satu malam.
Sekiranya full 365 hari ada orang menyewa, sales maksimum yang saya dapat adalah sebanyak 
RM73,000

Manakala Kadar sewa Pak ya Homestay di Perak (Rumah Coner Lot) adalah RM250 satu malam.
Sekiranya full 365 hari ada orang menyewa, sales maksimum yang saya boleh dapat adalah sebanyak 
RM91,250

Jumlah Sales Maksimum yang boleh dicapai oleh ketiga-tiga homestay ini ialah sebanyak RM273,750 sahaja

Baru melepasi Sales Suku Juta.
Jauh lagi nak sampai sales RM1 juta.

Kita berbalik semula kepada group perbincangan tersebut ada Ramai pengusaha homestay yang memberi respon terhadap persoalan yang dinyatakan di atas...

Berikut merupakan komen-komen yang diberikan oleh pengusaha-pengusaha homestay..


"Buat seminar aka jual air liur" - Komen 1

"Kena Ada byak unit d tmpat tumpuan" - Komen 2

"Dapatkan 100 unit homestay" - Komen 3



Kemudian ada satu cadangan solusi yang cukup padu bagaimana untuk mendapatkan RM1 juta setahun melalui bisnes homestay.

Solusi 1

Perlu ada 10 buah homestay yang boleh memberikan sales sebanyak RM2500 seminggu (Sabtu dan Ahad) dapat penyewa setiap minggu (4 kali sebulan) selama 12 bulan.

Boleh dapat sales maksimum sebanyak RM1,200,000 atau RM1.2 juta

Bagaimana kriteria homestay yang memenuhi kadar sewa RM2500 untuk 3 hari 2 malam (weekend)?

Homestay di kawasan pelancongan seperti di Melaka lengkap dengan segala kemudahan termasuk BBQ, Swimming Pool dan sebagainya.

Sebagai contoh, boleh tengok pada video di bawah



Untuk rate homestay 3D2N RM2500 kena berikan services atau amenities equiv to RM2500 untuk 3D2N 

Contoh : Boleh memuatkan up to 20 pax (5 rooms with 9 bedroom) dengan fasiliti First Class seperti berikut:
  •  9 Queen Beds
  •  LED TV 50"
  •  Internet Access - WiFi
  •  Play Station - PS4
  •  Adults Swimming Pool
  •  Air-conditioning
  •  Laundry Room 
  • - Washer
  • - Dryer
  • - Iron & Board 
  •  Refrigerator
  •  Coway water dispenser 
  • - Hot, Cold & Warm
  •  Rice cooker
  •  Gas & Induction cooker 
  •  Microwave
  •  Cooking utensils
  •  BBQ set with charcoal
  •  Wardrobe
  •  Hanger
  •  Towels

Boleh bayangkan berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk menyediakan 10 buah homestay seperti di atas?

Kalau beli rumah sendiri (Aset)
Anggaran kos sekurang-kurangnya RM500,000 X 10 buah rumah.
Deposit 10% = RM500,000
Bayaran bulanan setiap rumah dalam RM2500 X 10 = RM25000 sebulan.
Ini belum termasuk pembelian perabot dan keperluan lain.

Kalau sewa rumah (Sublet)
Deposit sewa 2 bulan + api + air untuk 10 rumah = RM60,000
Anggaran bayaran bulanan setiap rumah dalam RM2500 X 10 = RM25000 sebulan.
Ini belum termasuk lagi pembelian perabot dan keperluan lain.

Jadi, memang tinggi kos yang perlu dikeluarkan untuk mempunyai 10 buah homestay yang boleh memberi pulangan sales RM1 juta setahun.

Risiko Yang bakal dihadapi?
Bila modal yang tinggi dikeluarkan, risiko yang bakal dihadapi juga sangat tinggi.
Lebih membimbangkan sekiranya berlaku "tragedi PKP" akibat Covid-19 seperti yang telah berlaku pada bulan Mac hingga Jun yang lalu. 
Tiada penyewa dalam tempoh beberapa bulan menyebabkan tiada pendapatan yang diperolehi.

Jadi, apa agak-agak yang akan berlaku kepada unit-unit homestay kita sekiranya kita berhadapan dengan situasi seperti ini?

Jawapannya pernah saya huraikan dalam post di bawah



Jom baca pula komen-komen daripada pengusaha yang lain..

"Sebenarnya agak mustahil Sekiranya bergantung kepada sewaan homestay semata2.. 
Sebab kena Ada sekurang2nya 10 buah homestay yang Ada penyewa setiap Hari selama setahun (365 Hari) Tanpa miss.. dengan Kadar sewa purata RM300 sehari.." - Komen 4




"Sy pernah jgk buat calculation tuan.. Penginapan sahaja mmg kurang realistik, perlu terlibat urus acara secara lansung.. Pakej kahwin & pakej nikah antara acara yg profit margin agak tinggi.." - Komen 5

"Kena ada homestay 10 unit 3.0 + pool.. rm1200 satu satu mlm.. satu unit sasaran RM20k x 10 unit x 11 bln.. I in sya Allah sasaran rm1J boleh dpt.." - Komen 6





Jadi, kesimpulannya.. Nak dapatkan sales RM1 juta setahun dalam bisnes homestay tak mustahil.. Asalkan perlu ada sekurang-kurangnya 10 buah homestay yang lengkap dengan semua fasility Class Pertama.. 

Untuk Solusi Pertama ini dikategorikan sebagai High Risk and High Return

Solusi ke 2

Promote produk-produk affiliate yang sesuai pada blog atau laman web homestay kita.

Biasanya nak jadi ejen affiliate adalah percuma sahaja. Tak perlu mengeluarkan sebarang kos.

Kos yang diperlukan adalah kos pemasaran dan kos mengenali produk melalui pembacaan yang pasti kos tersebut tidak sebanyak kos yang dikeluarkan untuk setup sebuah homestay seperti yang kita bicangkan di atas.

Contoh produk affiliate yang sesuai untuk dikongsikan dalam blog/laman web homestay adalah seperti berikut:
Boleh ke dapat sales RM1 juta setahun dengan promote produk affiliate dalam blog/laman web bisnes homestay?

Tak pasti 100% boleh..
Tapi mempunyai kebarangkalian yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan sewaan bilik/malam.

Sebagai contoh, boleh tengok dalam carta jualan live affiliate di bawah.
(Jualan produk affiliate dalam tempoh 23-26 Ogos 2020).



Top ejen affiliate berjaya membuat sales sebanyak RM101,250 dalam tempoh 4 hari (23-26 Ogos).

Seramai 11 orang ejen affiliate berjaya membuat sales 5 angka dalam tempoh 4 hari (23-26 Ogos).
  
Kalau kita bandingkan dengan sales (sewaan) homestay dalam tempoh 4 hari tersebut....Boleh tak kita buat sales (sewaan homestay) 5 hingga 6 angka dalam tempoh 4 hari?

Saya rasa kalau 4 angka dalam tempoh 4 hari, In Shaa Allah masih boleh lagi..
Tapi kalau 5 hingga 6 angka dalam tempoh 4 hari, tentu agak mustahil...
Bak kata P.Ramlee dalam Filem Nujum Pak Belalang.. Jarang-jarang...

Sebelum ini saya juga kurang yakin dengan pendapatan melalui affiliate.

Tapi, setelah melihat ada sahabat yang berjaya buat sales melebihi RM1 juta... Kepercayaan terhadap usaha mempromosikan produk affiliate menjadi semakin tinggi..

Siapa kata mulakan bisnes tanpa kos (Affiliate) tidak boleh memberikan sales yang lumayan?

Boleh lihat hasilnya dalam carta affiliate di bawah.
Seorang ejen affiliate berjaya membuat jualan melebihi RM1 juta.



11 orang ejen affiliate berjaya membuat jualan sebanyak 6 angka.
Yang selebihnya... Ramai yang berjaya membuat sales melebihi 5 angka..

Ni untuk pasaran tempatan.
Kalau nak lebih masyuk, cuba promote produk affiliate pasaran luar negara..
Tapi, blog kena tulis dalam Bahasa Inggeris lah... Sebab kebanyakan pembaca dari luar negara. 

Sumber : Klik Di Sini

Untuk Solusi kedua ini dikategorikan sebagai Low Risk and High Return

Jadi, mana yang lebih baik?

Solusi pertama - High Risk and High return
atau 
Solusi kedua - Low Risk and High return

Tepuk dada tanya selera..

Setakat ini saya lebih selesa memilih solusi yang kedua dan beberapa solusi lain yang ada saya kongsikan dalam ebook Mudahnya Zero Kos Marketing Dengan Blogspot.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga bermanfaat.

Ikhlas daripada saya

Muhamad Anuar Bin Marsib.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)