Video : Kenapa 40% Pemain Bola Sepak Bankrap Selepas Bersara??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 


Demam World Cup belum habis lagi. Walaupun Final di antara pasukan Argentina menentang pasukan France telah 4 hari berlalu.


Final FIFA World Cup kali ini antara game paling gempak yang pernah saya tengok. Game yang sangat dramatik di mana pasukan France terus memberi saingan kepada Argentina sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Akhirnya, Argentina berjaya juga membawa pulang trofi World Cup 2022 selepas menang 4-3 menerusi sepakan penalti, sekaligus menyandang pasukan bola sepak terbaik dunia. 


Bukan itu sahaja, hadiah wang tunai yang berjaya mereka bawa pulang juga sangat lumayan. US$42 million bersamaan dengan RM185 juta... Kalau duit kemenangan tu dibahagikan sorang sikit diantara pemain, jurulatih, pengurus pasukan, medik, pasukan teknikal.. Dalam berjuta ringgit jugalah setiap seorang boleh dapat.


Senarai Hadiah yang dimenangi oleh setiap pasukan mengikut pencapaian dalam World Cup 2022


Pasukan Argentina selaku juara memenangi wang tunai US$42 million bersamaan dengan RM185 juta


Senarai Hadiah yang dimenangi oleh setiap pasukan mengikut pencapaian dalam World Cup 2022

  • Champion - Argentina -> US$42 million
  • 1st Runner Up - France -> US$30 million
  • Third Place - Croatia -> US$27 million
  • Fourth Place - Morocco -> US$25 million
  • Quaterfinal -> US$17 million
  • Round 16 teams -> US$13 million
  • Qualified teams -> US$9 million


4 daripada 15 tekaan Admin salah.. dalam perlawanan World Cup 2022 


Boleh dikatakan kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak ini, bukanlah satu kerjaya yang dipandang kecil sebenarnya. Kita boleh google sendiri berapa gaji pemain bola sepak ni. Masyukk.... Memang masyukkk.


Merujuk kepada Majalah Forbes bertarikh 7 Oktober 2022, berikut merupakan senarai Top 10 pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia. 


Senarai Top 10 pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia

  1. Kylian Mbappé - US$128 million
  2. Lionel Messi - US$120 million 
  3. Cristiano Ronaldo - $100 million 
  4. Neymar Jr. - US$87 million 
  5. Mohamed Salah US$53 million  
  6. Erling Haaland - US$39 million 
  7. Robert Lewandowski - US$35 million
  8. Eden Hazard - US$31 million 
  9. Andrés Iniesta - US$30 million 
  10. Kevin De Bruyne - $29 million 


Tapi ada satu perkara yang anda kena tahu. Matlamat paling SUKAR adalah untuk pastikan income yang tinggi mampu bertahan seumur hidup.


Lihat realiti dan sejarah yang pernah terjadi kepada beberapa nama besar dalam arena bola sepak dunia. 


Mereka Bankrap Selepas 5 tahun bersara. 


Malah mengikut satu tinjauan yang telah dibuat oleh laman web Moneynest.co.uk, 40% Pemain Bola Sepak Bankrap Selepas Bersara.


Kenapa 40% Pemain Bola Sepak Boleh Bankrap Selepas Bersara??


Dalam keadaan di mana empat pemain bola sepak iaitu Kylian Mbappé, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, dan Neymar Jr. memperolehi pendapatan lebih daripada £70 juta (US$84.7 Juta) setahun, dan purata gaji dalam Liga Perdana adalah hampir £60,000 (US$72.6k) seminggu, sesetengah orang mungkin terkejut apabila mengetahui ramai pemain bola sepak profesional yang mengalami masalah kewangan.


Menurut satu tinjauan yang telah dibuat, dua daripada setiap lima pemain bola sepak muflis semasa bersara, mempunyai nilai hutang yang semakin meningkat, penurunan pendapatan yang besar, dan kesukaran emosi yang datang setelah meninggalkan sukan tersebut. 


Antara punca atau penyebab masalah yang mereka hadapai ialah mereka tidak mempunyai pendidikan kewangan dan pengurusan wang yang lemah, serta cabaran untuk mencari kerjaya baharu sebelum berumur 40 tahun. 


Dalam video ini kita dapat lihat beberapa punca kesukaran ekonomi yang biasa dialami dalam kalangan pemain-pemain bola sepak.


Video : Why 40% Of Professional Footballers Go Bankrupt


Walaupun kita tahu kebanyakan pemain bola sepak profesional (bertaraf antarabangsa) mempunyai banyak wang. Tapi, mengapa begitu ramai pemain bola sepak, seperti Diego Maradona, Ronaldinho, George Best, Emmanuel Eboue dan ramai lagi berhadapan dengan masalah bankrap atau muflis? 


Ronaldinho antara pemenang World Cup dan juga antara pemain terbaik dunia yang mempunyai pendapatan yang tinggi, juga berhadapan dengan masalah kewangan


Dalam video di Channel Youtube Soccer Stories - Oh My Goal, pengendali channel ini bercakap dengan pakar tentang sebab beberapa pemain bola sepak yang luar biasa berubah daripada jutawan kepada muflis.


From millionaires to bankrupt: how football stars go broke


Antara puncanya adalah GAGAL mengurus kewangan


Pendapatan yang terlalu banyak pernah mereka miliki semasa dalam kerjaya mereka sebelum masalah kewangan melanda mereka.


Kebanyakan pemain bola sepak memperolehi pendapatan yang tinggi dalam setahun. Mempunyai pendapatan yang ramai orang tidak mungkin mampu mencapainya walaupun telah bekerja bertungkus lumus seumur hidup kita. 


Seolah-olah apa yang berlaku dalam kehidupan pemain bola sepak ini ialah... seluruh kehidupan kewangan mereka dimampatkan dalam kehidupan semasa mereka (sewaktu mereka berada di puncak kejayaan). Tanpa mempedulikan kehidupan mereka pada masa akan datang...


Adakah bekas pemain bola sepak hanya mensia-siakan wang berjuta-juta ringgit yang mereka miliki? Atau adakah terdapat cerita disebalik kehidupan mereka yang boleh kita pelajari semasa dan selepas mereka tidak lagi menjadi pemain bola sepak?


Jadi, berikut disenaraikan pengajaran yang dapat kita jadikan sebagai ikhtibar di sebalik masalah yang sedang dihadapai oleh pemain-pemain bola sepak ini:



Pengajaran pertama : Wujudkan tabiat kewangan yang baik sejak dari awal


Tabiat dan pengurusan kewangan yang baik perlu dilakukan seawal mungkin. Walau bagaimanapun, ramai di antara kita apabila sudah lima tahun berada dalam dunia pekerjaan baru mula mempertimbangkan untuk mengkaji semula kesihatan kewangan kita sendiri seperti persediaan semasa pencen, melabur dalam saham, emas, hartanah,  atau terus hanyut dalam kemewahan hidup dan tiada kesedaran langsung untuk membuat perancangan kewangan sehingga lewat usia dua puluhan. Jika seorang pemain bola sepak mengikuti garis masa yang sama, mereka mungkin akan mendapati dirinya bersara sebelum memulakan fasa kehidupan yang baru.


Seperti yang dinyatakan dalam beberapa buku kewangan peribadi yang popular seperti "How To Own The World dan Why Wasn't I Taught This at School?" keputusan untuk hidup dalam lebihan kewangan dan pelaburan perlu dibuat lebih awal. Ini telah dapat dibuktikan daripada kisah kedua-dua pelabur.


Kisah 1

Jack mula melabur £500 sebulan pada usia dua puluh tahun selama sepuluh tahun (jumlah pelaburan £60,000). Pada usia tiga puluh tahun dia tidak pernah melabur sesen pun lagi. Tiga puluh lima tahun kemudian (pada usia persaraan, 65 tahun) dengan pulangan 10.99% (purata pulangan selama 10 tahun) jumlah wang pelaburan yang berjaya dimiliki adalah sebanyak £5,136,211 (5 juta!).


Kisah 2

Bandingkan pula dengan Billy yang mula melabur pada usia 30 tahun, dengan nilai pelaburan £500 setiap bulan, selama 35 tahun (jumlah pelaburan £210,000). Namun, walaupun mencapai kadar pulangan yang sama pada usia persaraan (65 tahun) jumlah wang pelaburan yang berjaya dimiliki adalah sebanyak £2.5 juta, 51% kurang daripada Jack, walaupun melabur 250% lebih banyak. Ini disebabkan oleh kuasa faedah kompaun.


Nak tahu dengan lebih lanjut tentang faedah Kompaun, boleh baca di Pustaka Ilmu Maya Kewangan & Hartanah (Klik Di Sini)


Walaupun anda mempunyai £10 untuk bermula, Anda hanya perlu menyediakan satu akaun yang boleh didebitkan terus ke akaun simpanan anda pada setiap bulan dan menjadikannya satu habit atau kebiasaan. Ia akan membolehkan anda mengetahui dengan tepat di mana wang anda disalurkan sebaik sahaja anda menerima wang tersebut (gaji/upah), dan seterusnya menyediakan keperluan untuk perancangan masa hadapan.


Cuba kita buat anggaran.. Berapa nilai pelaburan yang bakal pemain bola sepak perolehi, sekiranya mereka dapat menggunakan 5% daripada pendapatan mereka sebulan, selama sepuluh tahun. (Kemuncak prestasi pemain bola sepak biasanya diantara umur 20 tahun sehingga umur 30 tahun). 


Katakan US$50,000 sebulan secara konsisten selama 10 tahun. Pada penghujung kareer mereka dalam bola sepak (katakan umur 30 tahun), mereka sudah mempunyai jumlah pelaburan sebanyak US$6,000,000. Pada usia 65 tahun dengan pulangan 10.99% (purata pulangan selama 10 tahun) jumlah wang pelaburan yang berjaya dimiliki adalah sebanyak US$513,621,100 (500 juta!).


Pengajaran ke 2 : Kena tahu bezakan diantara Aset Dan Libialiti


Kesilapan ramai pemain bola sepak ialah mereka telah menggunakan kekayaan mereka untuk berbelanja mewah seperti membeli pakaian-pakaian berjenama mewah, koleksi beg limited edition, koleksi kasut limited edition, koleksi jam tangan limited edition,  koleksi beg-beg berjenama mewah dan bermacam-macam lagi.


Paling rugi sekali apabila mereka mempunyai hobi mengumpul koleksi kereta-kereta mewah yang terhad bilangannya dalam dunia ini seperti Rolls-Royce, Bentley, Bugatti, Aston Martin, Lamborghini, Ferrari, Audi, BMW, dan lain-lain tanpa mengambil kira hutang yang akan mereka tanggung, asalkan mereka dapat bersaing diantara satu sama lain.


Semua barangan dan kenderaan mewah yang mereka miliki mempunyai susut nilai yang sangat cepat, disamping mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi apabila telah berusia lebih 5 tahun.


Contohnya, seorang pemain bola sepak membeli sebuah kereta mewah berharga US$5 juta! Kebiasaannya, purata kadar susut nilai bagi sebuah kereta adalah sekitar 15 hingga 35 peratus pada tahun pertama dan seterusnya, dan boleh mencecah sehingga 50 peratus setelah memasuki tahun kelima dan ke atas.


Jadi, kereta yang dibeli pada harga US$5 juta sekiranya dijual semula apabila mereka telah bersara daripada dunia bola sepak, mungkin hanya laku sebanyak US$1 juta atau US$2 juta. Sekiranya masih berbaki hutang pinjaman bank selepas mereka menjual kereta-kereta mewah tersebut, mereka perlu membayar baki hutang tersebut.  


Ini mewujudkan keadaan yang buruk apabila pendapatan semakin merosot namun kos kereta semakin meningkat. Ia menjadikan masalah kewangan yang sangat kritikal semasa berada di penghujung kerjaya mereka.


Contohnya termasuk Eric Dejemba-Djemba yang dilaporkan memiliki 10 buah kereta 4×4 namun diisytiharkan muflis pada tahun 2007. 


Pengajaran ke 3: Jangan terpengaruh dengan gaya hidup mewah tanpa hala tuju


Ramai diantara kita pada hari ini suka membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Tengok kawan kita viral di media sosial pakai kereta baru, kita pun nak juga pakai kereta baru.


Tengok jiran sebelah rumah pakai sofa baru, kita pun nak juga tukar sofa baru. Padahal sofa jiran sebelah rumah dah 10 tahun tak pernah tukar, sedangkan sofa rumah kita baru jer tukar pada minggu lepas! ;)


Universiti Bristol menjalankan projek penyelidikan yang mengkaji tahap kebahagiaan 9,000 orang antara tahun 1994 hingga tahun 1999 dan mendapati tiada korelasi antara kebahagiaan dan tahap pendapatan berbanding dengan jiran


Jadi, dalam hidup ini tak perlulah nak terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain. Tak perlulah nak membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.



Pengajaran ke 4: Terpengaruh dengan Kehidupan Sosial yang tidak Sihat


Selain berlumba-lumba membeli barangan dan kenderaan mewah tanpa hala tuju, terdapat juga pemain bola sepak yang kaki perempuan, kaki berjudi, juga kaki club malam atau kaki disko. 


Pada tahun 2014 satu kajian oleh Persekutuan Pemain Profesional mendapati, pemain bola sepak tiga kali lebih berkemungkinan menghadapi masalah perjudian daripada purata populasi.


Jadi, apakah yang menjadi penyebab utama di sebalik kadar perjudian yang tinggi dalam kalangan pemain bola sepak?


Doktor Henrietta Bowden-Jones seorang pakar psikiatri perunding dalam ketagihan untuk Hospital Nightingale yang pesakitnya juga termasuk ahli sukan elit ada memberi ulasan berkaitan dengan isu tersebut:

"Peristiwa kehidupan awal yang cukup serius membuatkan pemain mahu melarikan diri daripadanya juga biasa berlaku kepada pemain yang mengalami ketagihan perjudian. Kemudian mereka mempunyai rakan/kawan yang yakin dan percaya bahawa dia akan berjaya dalam meramalkan keputusan perlawanan, digabungkan pula dengan lebihan wang tunai yang ada pada mereka – dan itu adalah gabungan faktor yang berbahaya." -  Doktor Henrietta Bowden-Jones


Graham Law seorang penyelidik pasca siswazah di Universiti of Chichester telah menemu bual 34 orang pemain profesional dan bekas pemain profesional sebagai sebahagian daripada kajian PHD beliau tentang cara perjudian telah  menjejaskan prestasi di atas padang.


Graham mendapati pemain terpikat oleh budaya pertaruhan dan sebagai cara untuk menghabiskan masa apabila berjauhan dari keluarga.

"Pemain memilih untuk berjudi sebagai cara untuk menghilangkan kebosanan dalam perjalanan ke perlawanan di tempat lawan dan selepas itu"Graham Law


Cukuplah 4 pengajaran yang dapat saya kongsikan dalam post ini berkaitan pemain-pemain bola sepak yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal selepas bersara dari dunia bola sepak. Memandangkan 2023 dijangka tahun mencabar untuk seluruh penduduk dunia, kita perlu setidak-tidaknya tahu cara mengurus kewangan dengan betul.


Cara mengurus Kewangan Dengan Betul pada Tahun 2023 (Klik Di Sini)

Perkongsian dan nasihat daripada Azmeer Yusof selaku salah seorang bekas pemain bola sepak di Malaysia 



Semoga melalui perkongsian yang terdapat dalam Post ini, dapat menjadi ikhtibar dan peringatan kepada kita semua. 

Sekian....  Terima kasih kerana sudi membaca post ini dari mula sehingga habis.


Info berkaitan:
 

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)