Budak umur 9 tahun Jana pendapatan hampir RM120 juta melalui platform YouTube sepanjang tahun 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seorang kanak-kanak lelaki, Ryan Kaji yang berusia 9 tahun pemilik channel Ryan's world merupakan YouTuber individu yang memperolehi bayaran tertinggi di Youtube sepanjang tahun 2020 yang dianggarkan sebanyak $29.5 juta (RM119.78 juta) 
 
Ryan Kaji Budak Berumur 9 Tahun Jana Pendapatan RM120juta Melalui Youtube
Sumber : Klik Di Sini

Ya, anda tidak silap baca. Pendapatan si cilik yang berumur 9 tahun ini melalui YouTube sahaja hampir RM120juta (RM119.78 juta) pada tahun ini. Ertinya RM10 juta sebulan!
 
Inilah peluang yang ada di zaman internet dan media sosial kini. 
 
Mungkin agak jauh untuk kita capai apa yang dicapai oleh Ryan.
 
Tetapi peluang internet dan media sosial adalah untuk semua orang tak kira tua atau muda.
 
Apa yang diperlukan adalah ilmu yang betul untuk menjana pendapatan melalui internet!

“Dia terkenal dengan video unboxing di mana dirinya akan mengeluarkan mainan dari bungkusan dan memeriksanya. Kini, Ryan Kaji mempunyai pelbagai barisan barangan jenama seperti mainan, ubat gigi, beg sekolah dan sebagainya. Ia dijual di pelbagai platform seperti Amazon, Target dan Walmart. Jualan barangan tersebut mencecah $ 200 juta (RM807 juta) pada tahun 2019 dan siri Nickelodeon pula disebut sebagai Ryan’s Mystery Playdate,” kata Forbes.

Berikut merupakan biadota beliau:
  • Nama : Ryan Kaji
  • Tarikh Lahir (Umur) : 6 Oktober 2011 ( 9 tahun)
  • Negara Kelahiran : Texas, Amerika Syarikat 
  • Pekerjaan : YouTuber sepenuh masa
  • Saluran Youtube : https://www.youtube.com/c/RyanToysReview

Beliau telah memulakan saluran Youtube yang dikenali sebagai Ryan's World pada 17 Mei 2015. Sehingga kini (26 Disember 2020), saluran Youtuber beliau telah mencapai 27.7 juta Subscribers dan 43 billion Views.

Sumber : Klik Di Sini

Menurut Hindustan Times, salurannya bukan pertama kali mendahului senarai bintang dengan memperolehi bayaran tertinggi di Youtube malah dirinya pernah tersenarai pada tahun 2018 dan juga tahun 2019.

Selain itu, Ryan mempunyai barisan barangan berjenama antara salah satu videonya adalah ‘Huge Eggs Surprise Toy Challenge’. Video tersebut telah diangkat antara 60 video yang memiliki tontonan yang banyak di laman web dan mempunyai lebih 2 bilion tontonan.

Berikut pula merupakan senarai Top 10 video beliau yang telah mendapat view tertinggi.

  1. HUGE EGGS Surprise Toys Challenge with Inflatable water slide diterbitkan pada 14 April 2016 mendapat 2,031,903,539 views 
  2. GIANT Lightning McQueen Egg Surprise with 100+ Disney Cars Toys diterbitkan pada 1 Julai 2015 mendapat 1,058,739,676 views
  3. Thomas and Friends GIANT BALL PITS with Egg Surprise Toys diterbitkan pada 7 November 2015 mendapat 359,042,729 views
  4. Indoor Playground for kids with Giant inflatable Slides diterbitkan pada 6 November 2015 mendapat 358,680,332 views
  5. Ryan in Giant Box Fort Maze Grandma Obby!!! diterbitkan pada 22 April 2015 mendapat 324,298,581 views
  6. BALLOON POP SURPRISE TOYS CHALLENGE in giant ball pit diterbitkan pada 23 Ogos 2016 mendapat 289,774,731 views
  7. ABC Song Learn English Alphabet for Children with Ryan! | Kids Nursery Rhymes diterbitkan pada 2 Januari 2019 mendapat 272,456,768 views
  8. Ryan's Drive Thru Adventure with Lightning McQueen Power Wheels Ride On Car diterbitkan pada 1 Ogos 2017 mendapat 262,398,520 views
  9. Chuck E Cheese Indoor Games and Activities for Kids diterbitkan pada 4 November 2015 mendapat 258,139,127 views
  10. Giant Chupa Chups Lollipops Candy Review diterbitkan pada 29 September 2016 mendapat 222,221,187 views
Sumber : Klik Di Sini

Berdasarkan polisi Youtube.. setiap video yang diupload di Youtube berpeluang untuk menghasilkan pendapatan dengan syarat telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan iaitu:
  1. Perlu mempunyai 1,000 Subscribers
  2. Perlu mencapai 4,000 jam tontonan video-video yang telah kita upload dalam tempoh 12 bulan


Anggaran pendapatan beliau melalui youtube sebulan sepanjang tahun 2020 ialah RM10juta. Setahun RM120 Juta.

Pendapatan tersebut diperolehi melalui:
  • Bayaran pengiklanan di saluran Youtube beliau
  • Perjanjian untuk siri TV di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dollar.
  • Review Produk atau permainan 
  • Buat Video-video 'Unboxing' permainan kanak-kanak
  • Menjual pelbagai barangan di platform seperti Amazon, Target dan Walmart.
  • dan lain-lain 

Bukan setakat Ryan sahaja malah ibu bapanya juga merupakan seorang Youtuber yang aktif di mana mereka mempunyai sembilan saluran yang berbeza. Bahkan, ibu bapanya juga mempunyai sejumlah besar pelanggan dan tontonan di Youtube.

Gambar Ryan Kaji bersama ibu bapanya

Ryan Kaji mula menghasilkan video untuk YouTube sejak Mac 2015. Keluarga Ryan Kaji sendiri kini menjalankan sekitar sembilan saluran YouTube dibawah kendalian mereka.


Inilah potensi pendapatan melalui Youtube. Pendapataan di luar jangkaan sekiranya kita berjaya menghasilkan content yang disukai ramai. Semoga kisah kejayaan Ryan Kaji ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada kita untuk menghasilkan content youtube yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.


Tak semestinya kita juga kena buat content 'unboxing' permainan kanak-kanak. Banyak content lain lagi yang boleh dihasilkan. Apa yang penting sekali, content yang dihasilkan sebaiknya perlulah seimbang dan dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang menontonnya supaya selain dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan diharap dapat menjadi saham akhirat kepada kita.

Nama Ryan Kaji terus mendapat liputan media sebagai kanak-kanak yang mempunyai pendapatan paling lumayan di Youtube

Sebenarnya terdapat banyak idea nak buat content Youtube ni, sebagai contoh boleh tengok dalam link-link yang saya kongsikan di bawah:
Penulis baru nak belajar buat Video Unboxing.. Jom Support.. Terima kasih

Kepada semua youtuber dan bakal-bakal youtuber, saya doakan semoga satu hari nanti anda berjaya menjadi seorang youtuber yang kaya, berjaya dan dermawan.

In Shaa Allah...

Aamiin... Aamiin... Aamiin.. Ya Rabbal Alamin...


 Info Berkaitan: