Cara Tak Nak Rugi Dalam Pasaran Saham (Confirm 100% Tak Rugi Punya)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang ni masih ramai lagi orang-orang kita yang tidak berani untuk terlibat dalam pelaburan saham, disebabkan takut mengalami kerugian. 

Saya pun sebelum ini macam tu juga. Bila tengok ada kawan-kawan yang mengalami kerugian dalam pelaburan saham, terus hatu rasa berbelah bahagi. 

"Kalau aku labur karang... Silap haribulan aku rugi.. Lebih baik simpan jer duit dalam ASB... Lebih selamat... Hujung tahun boleh dapat dividen dan bonus"

Inilah kata-kata yang sentiasa berbisik dalam hati saya sebelum ini, sewaktu nak mula melabur saham. Sebab tu saya lambat menceburkan diri dalam pelaburan saham. Masa ni mungkin belum dapat hidayah lagi. ;)

Walaupun kita tahu pulangan tahunan dalam pelaburan ASB tu sangat rendah, tapi kita masih tetap bertahan dalam pelaburan ASB.... Sebabnya takut rugi dalam pelaburan saham..

Saya percaya, ini juga yang sedang bermain dalam fikiran ramai orang pada ketika ini... Terutamanya orang-orang kita... Ramai yang tak berani nak ambil risiko.. Dengar jer ada orang yang rugi dalam pelaburan saham... Terus tak jadi nak join...

Saya kongsikan apa yang saya rasai dan alami sendiri. Walaupun saya dah baca bermacam-macam rujukan tentang pelaburan saham, tapi masih lagi tak berani nak memulakan langkah pertama.

Setelah membaca 2 buah rujukan yang ditulis oleh sifu dalam pelaburan saham ini, keyakinan saya untuk menyertai pelaburan saham semakin meningkat. 

Berkat daripada ilmu yang dikongsikan oleh kedua orang sifu ini, telah membantu saya untuk terlibat dalam pelaburan saham.. Syukur Alhamdulillah.. 

Antara tips berharga yang saya dapat daripada mereka ialah...Cara Tak Nak Rugi Dalam Pasaran Saham.... Confirm 100% Tak Rugi Punya....

Sebagai contoh, boleh tengok Portfolio pelaburan saham bagi 3 orang pelabur di bawah:

Portfolio Pelabur Saham Pertama

ROI 54.73% (RM1,641.87) dalam tempoh hampir 3 bulan

Portfolio Pelabur Saham Kedua

ROI 27.28% (RM818.39) dalam tempoh hampir 3 bulan
ROI 27.28% (RM818.39) dalam tempoh hampir 3 bulan

Portfolio Pelabur Saham Ketiga

ROI 16.90% (RM507.09) dalam tempoh hampir 3 bulan


Dalam 3 contoh di atas, ketiga-tiga pelaburan ini menggunakan modal yang sama dalam pelaburan saham iaitu masing-masing sebanyak RM3000 seorang. 

Melalui perbandingan 3 orang pelabur ini, kita dapati pelabur yang ke 3 mempunyai keuntungan pelaburan terendah sekali iaitu sebanyak 16.90% atau RM507.99 daripada RM3000 modal yang dikeluarkan. Keluar modal RM3000 dapat keuntungan RM507.00 atau 16.90% kira oklah tu kan?
 
Cuba kita bandingan pula dengan keuntungan tahunan pelaburan tabung haji dan ASB. Mana yang lebih untung?

Itu baru kita ambil contoh keuntungan yang paling sedikit. Bagaimana jika kita bandingan pula dengan keuntungan pelabur kedua yang berjaya mendapat keuntungan sebanyak 27.28% (RM818.39) dan pelabur ketiga dengan keuntungan sebanyak 54.73% (RM1,641.87)??. Sudah tentu keuntungan yang diperolehi jauh mengatasi keuntungan yang kita nikmati di ASB atau Tabung Haji. Betul kan?

Cara Tak Nak Rugi Dalam Pasaran Saham (Confirm 100% Tak Rugi Punya)

Caranya mudah sahaja....

  1. Beli saham-saham murah yang terkurang nilai di pasaran. Saya menggunakan indikator RSI 30% berdasarkan senarai saham yang dikeluarkan oleh Abang Ensem.
  2. Beli saham-saham tersebut dengan menggunakan bajet yang kita ada.
  3. Selepas kita membeli saham-saham yang terkurang nilai ini, belum tentu saham tersebut akan naik harga pada keesokan harinya. Atau minggu depan confirm naik harga. Bukan macam tu ya. Kita kena tunggu dengan sabar sehingga harga saham tersebut naik kembali.
  4. Bila harga saham tersebut dah mula naik, setkan pada keuntungan berapa peratus yang kita nak jual? Katakan kita set 6% hingga 10%, sebaik sahaja ada saham dalam simpanan kita yang berjaya mencapai sasaran ni terus sahaja jual dan dapat untung.
  5. Hasil keuntungan yang berjaya diperolehi melalui penjualan saham tadi, digunakan pula untuk membeli saham-saham lain yang terkurang nilai di pasaran. 
  6. Bila dah beli, simpan lagi sehingga ada saham yang mencapai sasaran keuntungan yang kita tetapkan. 
  7. Kemudian jual pula saham-saham dalam simpanan kita yang berjaya mencapai capai sasaran keuntungan antara 6% hingga 10%.
  8. Mana-mana saham yang masih belum capai sasaran keuntungan tersebut, simpan sahaja. 
  9. Bila kita konsisten melakukan cara ini, sudah tentu kita tidak akan mengalami kerugian. Sebab setiap kali kita jual, ialah saham-saham yang memberikan keuntungan kepada kita. 
  10. Ulang proses yang sama berkali-kali sehingga anda berjaya mencapai sasaran matlamat kewangan yang diharapkan.  

Berikut pula merupakan contoh-contoh saham yang mencapai keuntungan melebihi 6% dalam senarai portfolio Abang Ensem dari bulan Januari hingga September 2021.

January 2021:
Week 3 : WIDAD
Week 4 : SMTRACK

February 2021:
Week 1 : VIZIONE
Week 2 : G3
Week 3 : OVH, DATAPRP, PERMAJU & PARLO
Week 4 : PARLO, AT & KANGER

March 2021:
Week 1 : LKL & TOMYPAK
Week 2 : TENAGA, WIDAD, GIIB, NIHSIN, K1, AT & INIX
Week 3 : WIDAD, G3, SEALINK, ADVENTA, LKL & MGRC
Week 4 : YILLEK ๐Ÿ˜

April 2021:
Week 1 : ARTRONIQ
Week 2 : UWC, LKL, ADVENTA, MERIDIAN & OMESTI
Week 3 : MERIDIAN & MMAG 
Week 4 : SEDANIA, MMAG, MERIDIAN, VIVOCOM & BCMALL 
Week 5 : BCMALL, DATAPRP, TIGER, JFTECH, BCMALL, MERIDIAN & RL

May 2021:
Week 1 : YILLEK ๐Ÿ˜
Week 2 : YILLEK ๐Ÿ˜
Week 3 : PHARMA, SANICHI, BCMALL, SRIDGE & SEDANIA 
Week 4 : LKL,  KANGER, SAUDEE, VIVOCOM, KANGER & EATECH 

June 2021:
Week 1 : HWGB, AAX, PERMAJU, SEDANIA, VIZIONE, AIRASIA, PASUKGB, SERBADK & EATECH 
Week 2 : SANICHI & PDZ
Week 3 : RL
Week 4 : SAUDEE 

July 2021:
Week 1 : SAUDEE, EURO, SAUDEE lagi & VIVOCOM 
Week 2 : EURO & DATAPRP 
Week 3 : MERIDIAN, SAUDEE, KANGER & MERIDIAN lagi 
Week 4 : MERIDIAN, VIZIONE, KANGER & RL
Week 5 : YILLEK ๐Ÿ˜

August 2021:
Week 1 : KANGER & HWGB 
Week 2 : YILLEK ๐Ÿ˜
Week 3 : KUB & IRIS
Week 4 : KAB

September 2021: 
Week 1 : DNEX 
Week 2 : PARLO & ASDION 
Week 3 : AVI, SAUDEE & TIGER
Week 4 : DNEX & KAB


Sekiranya anda mempunyai modal yang besar, anda boleh membeli sebanyak mungkin pegangan saham sesuatu syarikat sehingga anda termasuk dalam senarai peneraju utama bagi syarikat tersebut. Sebagai contoh boleh tengok dalam real case study di bawah:


Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai 44 juta unit saham di syarikat Mpay menjadikan beliau pemegang saham utama bagi syarikat tersebut
Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai 44 juta unit saham di syarikat Mpay menjadikan beliau pemegang saham utama bagi syarikat tersebut

Oklah... Setakat ini sahaja perkongsian tentang Cara Tak Nak Rugi Dalam Pasaran Saham (Confirm 100% Tak Rugi Punya) 

Sumber : Klik Di Sini

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka minda orang-orang kita supaya mula melibatkan diri dalam pelaburan saham.

Sekiranya anda memulakan rujukan berkaitan dengan pelaburan saham, syorkan anda belajar daripada 2 orang sifu berikut:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)