Real Case Study : Rumah Lelong dan Rumah Murah Jadi Homestay Private Swimming Pool

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sejak terlibat dengan Bisnes Homestay ni saya suka baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad dan Tuan Shafie Bustan di Facebook mereka. Terdapat banyak info berkaitan dengan kewangan, hartanah dan juga homestay dikongsikan di platform tersebut.


Sebagai contoh, pada minggu lepas Tuan Shafie Bustan ada kongsikan info tentang sebuah rumah semi D setingkat yang dibeli melalui pasaran Lelong, sekarang dah jadi sebuah homestay yang mempunyai private swimming pool.


DAPAT BELI RUMAH LELONG SEMI D SETINGKAT PADA HARGA LEBIH MURAH DARIPADA HARGA PASARAN DAN KINI DIJADIKAN SEBAGAI HOMESTAY YANG ADA PRIVATE SWIMMING POOL


Keadaan Asal D' 8 Homestay Private Pool
Keadaan asal Rumah Semi D setingkat yang di beli melalui pasaran lelong
Keadaan Asal D' 8 Homestay Private Pool Keadaan asal Rumah Semi D setingkat yang di beli melalui pasaran lelong

Bermula dari survey rumah lelong ini, beliau turun sendiri tengok lokasi rumah tersebut, Kemudian beliau bidding di pejabat tanah.

Semasa bid rumah lelong tu pun beliau yang buat sendiri, dan hasilnya Alhamdulillah beliau berjaya membeli rumah lelong tersebut jauh lebih murah dari harga pasaran. 

Keadaan Asal D' 8 Homestay Private Pool
Proses membersihkan Rumah Lelong

Keadaan Asal D' 8 Homestay Private Pool
Proses membersihkan Rumah Lelong

Keadaan Asal D' 8 Homestay Private PoolProses membersihkan Rumah Lelong


Lepas dah menang beliau terus buat private pool dekat rumah ini.


Masa tu keadaan rumah lelong ni tak banyak nak kena baiki. Pemilik rumah asal pun ada tinggalkan "free gift". Sebagai tanda berterima kasih, beliau pun ada berjumpa dengan pemilik rumah asal dan bagi "token sikit"Win win situation kata orang jawa.. ;)


Swimming Pool D' 8 Homestay Private Pool
Proses Membuat Swimming Pool

Swimming Pool D' 8 Homestay Private PoolProses Membuat Swimming Pool


Lagipun Rumah ni dah cantik.. Pemilik rumah asal dah renovate banyak. Dah mudahkan banyak kerja beliau untuk jadikan rumah lelong ini sebagai sebuah homestay.


Proses membaiki dan menceriakan pagar Homestay


Tinggal nak siapkan swimming Pool sahaja supaya dapat naikkan value di mata pelanggan.. Dan seterusnya dapat menaikkan kadar sewa harian.

..

Dan alhamdulillah .. 

Hasilnya seperti yang dapat anda lihat dalam gambar di bawah.. Sekarang D' 8 Homestay Private Pool telah pun beroperasi sepenuhnya.


D' 8 Homestay Private Pool
Dari rumah lelong kini jadi D' 8 Homestay Private Pool

Dapur D' 8 Homestay Private Pool
Keadaan di ruangan dapur D' 8 Homestay Private Pool dari rumah lelong kepada sebuah homestay

Bilik D' 8 Homestay Private Pool
Salah satu keadaan bilik D' 8 Homestay Private Pool

Ruang Tamu D' 8 Homestay Private Pool

Ruang Tamu D' 8 Homestay Private Pool


Kadar Sewa D' 8 Homestay Private Pool pada hari biasa dan hujung minggu


Kadar Sewa D' 8 Homestay Private Pool pada hari biasa dan hujung minggu.
  • Hari biasa - RM588/malam
  • Hujung Minggu - RM788/malam

Biasa hujung minggu memang full. Daripada sewaan Homestay hujung minggu sahaja dah boleh dapat hasil RM788 X 2 malam X 4 minggu = RM6304 sebulan.

Itu hasil yang diperolehi dalam sebulan sekiranya homestay ini menerima customer pada hujung minggu sahaja (8 malam).

Tapi biasanya setakat ini belum pernah lagi langsung tidak menerima tetamu pada hari biasa. Akan ada juga sekurangnya-kurangnya 5 malam dalam sebulan.
Jadi, katakanlah average 5 malam sebulan, boleh dapat hasil tambahan lagi sebanyak 
RM588 X 5 malam = RM2940 sebulan.


RM6304 + RM2940 = RM9244 sebulan


Banyak ke sedikit anggaran sales bagi sebuah homestay yang ada private pool?

Jadilah kan.. Berbanding rumah sewa biasa..
Rumah semi D macam ni kalau dekat kawasan ni boleh disewakan paling tinggi pun RM1500 sebulan. Itu pun belum tentu lagi orang nak.. Orang akan cuba juga cari rumah sewa yang lebih murah..

Ok.. Itu perkongsian daripada Tuan Shafie Bustan.. 

Sekarang, saya nak kongsikan pula perkongsian info daripada Dr Azizul Azli Ahmad


DAPAT BELI RUMAH MURAH PADA HARGA RM118K SAHAJA DAN KINI DIJADIKAN SEBAGAI HOMESTAY YANG ADA PRIVATE SWIMMING POOL



Sumber : Facebook Dr Azizul Azli Ahmad


Berdasarkan screenshort Whatssap di atas, Rumah ini dibeli pada harga RM118K sahaja.

Pada asalnya rumah nak jual rumah ini pada harga RM140k.

Atas budi bicara, Puan Nita berjaya beli rumah pada harga RM118k sahaja.


Ansuran bulanan sekitar RM500 biasa jika harga sebegini. 


Puan Nita keluarkan sedikit modal untuk cantikkan rumah ini dan tambah swimming Pool. 

Rumah berharga RM118K berjaya meningkatkan value di mata pelanggan dengan adanya Swimming Pool


Kemudian boleh juga membeli kelengkapan rumah seperti perabot dan peralatan elektrik, serta sedikit dekorasi untuk menceriakan rumah ini.

keadaan Ruang Tamu

keadaan di luar rumah


Beliau jadikan rumah ini sebagai Homestay private Swimming Pool dengan nama Laman Mahinun.


Kadar sewa  Laman Mahinun  ini pada hujung minggu RM450/malam dan pada hari biasa RM400/malam


Kadar sewa  Laman Mahinun  pada hujung minggu dan pada hari biasa.
Sumber : Klik Di Sini


Sebulan biasanya  10 hari sahaja orang menginap katanya. Itu sahaja dah beri pulangan berganda-ganda.

Biasanya Homestay ada private swimming pool seperti ini hujung minggu memang full. Daripada sewaan Homestay hujung minggu sahaja dah boleh dapat hasil RM450 X 2 malam X 4 minggu = RM3600 sebulan.

Ditambah pula dengan average 2 malam sebulan pada hari biasa, boleh dapat hasil tambahan lagi sebanyak RM400 X 2 malam = RM800 sebulan.


RM3600 + RM800 = RM4400 sebulan


Bayar pinjaman rumah RM500 sebulan....

Tolak dengan pinjaman untuk buat loan renovate rumah, bil api, bil elektrik, bil air dan sebagainya.


Saya kira, masih ada berbaki dalam RM2000 sebulan.




Setakat ini sahaja info yang dapat saya kongsikan dalam Post kali ini.. 

Sekiranya berminat nak belajar tentang proses beli rumah lelong, beli rumah subsale, dan Homestay. Boleh klik pada senarai link di bawah..

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Sekiranya info yang dikongsikan bermanfaat, boleh kongsikan kepada mereka yang memerlukan.


Sekian, terima kasih.


Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)