Antara Langkawi dan Paris (Muhasabah Diri)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ini saya pernah menulis di media sosial tentang satu kenyataan yang berbunyi seperti berikut... 
"Kita disarankan supaya buka dompet kita semasa di masjid, dan kemudian keluarkan duit yang paling besar dan masukkan ke dalam tabung masjid"
Boleh rujuk semula petikan tersebut dalam post sebelum ini -> [PKP-COVID19] Pandangan Peribadi saya terhadap Ustaz Ebit Lew.. (Klik Di Sini)

Hasil daripada kenyataan tersebut, saya telah menerima beberapa maklumbalas positif dan negatif daripada rakan-rakan di media sosial. Disebabkan itu, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang satu post pada kali ini yang bertajuk Antara Langkawi dan Paris (Muhasabah Diri). 

Antara Langkawi dan Paris (Muhasabah Diri)
Antara Langkawi dan Paris (Muhasabah Diri)



Antara Langkawi dan Paris

Katakan anda mempunyai wang tunai RM10,000 dalam tangan, dan anda boleh gunakan wang tersebut untuk pergi melancong ke dua tempat percutian iaitu Langkawi dan Paris.

Bagaimana anda membuat agihan terhadap wang tunai RM10,000 tersebut untuk melengkapkan keperluan percutian anda?

Sudah tentu anda mengambil kira beberapa faktor, contohnya seperti berikut:
  1. Kos Pengangkutan (Kos ke tempat yang lebih Jauh dah tentu lebih mahal berbanding kos di tempat yang lebih Dekat)
  2. Kos Penginapan (Dah alang-alang dapat peluang pergi ke tempat yang jauh perlu menginap lebih lama sikit berbanding tempat yang dekat, baru rasa berbaloi nak pergi)
  3. Bila dah lama menginap di tempat yang jauh sudah tentu memerlukan lebih banyak bajet untuk keperluan percutian di sana berbanding bercuti di tempat yang dekat.

Jadi, daripada RM10,000 ini dapatlah kita buat agihan:
  • RM1,000 untuk keperluan percutian di Langkawi
  • RM9,000 untuk keperluan percutian di Paris. (Itupun kalua diikutkan masih belum mencukupi)

 RM900 untuk 3 hari 2 malam (Honeymoon) (Sumber : Klik Di Sini)

RM8,990 untuk 8 hari 6 malam. (Sumber : Klik Di Sini)


Kesimpulannya, kos yang besar diperlukan untuk memenuhi keperluan percutian kita di Paris berbanding di Langkawi disebabkan kedudukan Paris yang lebih jauh dan memerlukan tempoh percutian yang lebih lama. Setuju?

Ok... Sekarang...
Dengan menggunakan pendekatan yang sama, cuba kita bandingkan pula keperluan hidup kita di dunia dan keperluan kita di alam Barzakh nanti...


Nota : Hidup di dunia -> Alam Barzakh -> Akhirat (selamanya)

Antara keperluan hidup kita di dunia dan di alam Barzakh

Katakan anda juga mempunyai wang tunai RM10,000 dalam tangan, dan anda perlu gunakan wang tersebut untuk keperluan hidup di dunia dan di alam Barzakh.

Bagaimana anda nak membuat agihan terhadap wang tunai RM10,000 tersebut?


Mungkin kita juga perlu menilai beberapa faktor, contohnya seperti berikut:
  • Tempoh kita berada di alam barzakh sudah tentu lebih lama berbanding usia kehidupan kita di dunia. (Mungkin 1000 tahun : 60 tahun) 
  • Wang yang berada dalam akaun bank kita atau berada dalam dompet kita akan kita tinggalkan bila kita mati nanti.
  • Wang yang kita sedekahkan/sumbangkan yang akan menjadi bekalan kita (berpanjangan) semasa berada di alab barzakh
Tentu anda pernah mendengar nasihat ustaz-ustaz dalam ceramah agama yang berbunyi:
"Wang yang ada dalam dompet kita dan akaun bank kita belum tentu lagi menjadi kepunyaan kita. Wang tersebut mungkin akan jadi milik tokey bengkel kereta, milik peniaga online, milik peniaga kedai runcit, milik peniaga pasar malam, dan lain-lain. Wang yang sebenarnya akan jadi milik kita ialah wang yang dimasukkan ke dalam tabung masjid atau yang kita sedekahkan kepada orang lain"
Jadi, sekiranya anda diberikan wang sebanyak RM10,000 berapa yang anda nak agihkan untuk keperluan hidup anda di dunia dan di alam Barzakh?

Tentu susah nak menjawab soalan tu kan?

Kalau kita andaikan keperluan Percutian kita ke Langkawi (Kehidupan kita di dunia) dan Paris (Keperluan kita di Alam Barzakh, kemungkinan kita juga akan membuat agihan seperti berikut:
  • RM1,000 untuk keperluan hidup di dunia
  • RM9,000 untuk keperluan bekalan kita di alam Barzakh nanti yang boleh dilakukan melalui cara besedekah, menginfakkan harta, mewakafkan harta dan sebagainya.
Anda dapat point yang ingin saya sampaikan?

Pengajarannya di sini..

Banyak atau sedikit harta yang kita miliki, kita perlu berusaha untuk memperbanyakkan sedekah/infak/wakaf untuk menjadi saham akhirat (bekalan) kita semasa berada di sana.

Hidup kita di dunia hanya sementara (seperti percutian di Langkawi, dekat dan sekejap) sedangkan kehidupan kita di alam barzakh dan akhirat nanti jauh lebih lama (seperti percutian di Paris, jauh dan lama). Jadi, kita perlu menyediakan bekalan yang mencukupi sebagai keperluan di akhirat nanti..


"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
  • sedekahnya yang berterusan,
  • ilmu yang memberi faedah, dan
  • anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."
                                                                                           -Hadis Sohih-


Kehidupan di Alam Barzakh
Kehidupan di Alam Barzakh

Kepada sahabat-sahabat yang telah kehilangan ibu atau ayah terlebih dahulu sebelum kita sempat untuk membalas jasa mereka dengan memberikan kesenangan/kemewahan hidup kepada mereka...


Jangan Susah hati!!

Kesenangan/Kemewahan di akhirat lebih bermakna berbanding kesenangan/kemewahan hidup di dunia ini.. Kita hidup di dunia ini Tak lama. Kehidupan di dunia hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja untuk kita... Sampai masa, kita juga akan pergi mengikut jejak langkah ibu atau ayah kita meninggalkan dunia ini dan segala isinya..

Sementara kita masih hidup di dunia ini, kita masih berpeluang untuk memberi kesenangan/kemewahan kepada ibu atau ayah kita di akhirat nanti dengan cara memperbanyakkan amal ibadah seperti:-
  • Jaga Solat Fardhu (di awal waktu dan secara berjemaah) serta perbanyakkan solat-solat Sunat
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan berdoa untuknya
  • Sedekahkan bacaan Surah Yassin, Tahlil arwah dan Al-Fatihah untuknya
  • Perbanyakkan Berzikir, beristighfar dan berselawat (sekiranya mampu pada setiap detik dan setiap saat)
  • Gunakan setiap ilmu yang diperolehi daripada ibu/ayah kita untuk tujuan kebaikan dan sampaikan ilmu tersebut kepada orang lain, supaya pahalanya mengalir kepada ibu/ayah kita.
  • Sekiranya arwah ibu/bapa kita ada menanam pokok, jagalah pokok tersebut dengan baik supaya ia tidak mati. Kemudian sedekahkan setiap hasil yang dikeluarkan oleh pokok tersebut kepada jiran tetangga, surau atau masjid supaya pahalanya sampai kepada si mati.
  • Sekiranya arwah ibu/bapa kita ada tanah, wakafkan tanah tersebut untuk pembinaan masjid, surau, sekolah atau tempat-tempat yang boleh mendatangkan saham-saham akhirat kepada arwah.

Semoga bermanfaat

Perkongsian Ikhlas daripada saya

Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)