Perkaitan antara Ekonomi US, Emas, Saham, SoyBean Oil dan FCPO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam tempoh Pendemik Covid-19 ini banyak perkara yang dapat kita belajar, terutamanya berkaitan dengan ekonomi semasa yang sentiasa update, samada di dalam atau luar negara. 


Sekiranya anda perasan, dalam tempoh beberapa hari ini harga emas turun menjunam daripada USD1915.25 sehingga terkini USD1763.08.


Bila tengok dalam graf di bawah, dahsyat juga dia punya menjunan. Ni dah tahap terjun tiruk dah ni.

Harga emas turun menjunam daripada USD1915.25 sehingga terkini USD1763.08
Harga emas turun menjunam daripada USD1915.25 sehingga terkini USD1763.08

Apakah sebab harga emas turun dalam tempoh beberapa hari ini?

Siapa yang menyebabkan harga emas turun dalam tempoh beberapa hari ini?


Untuk makluman anda, antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan pergerakan harga emas ialah apabila keluar data ekonomi seperti data pekerjaan, data gaji pekerja, data inflasi, perubahan kadar faedah di US, kekuatan USD.


Sekiranya data-data ekonomi yang keluar "membayangkan" perubahan positif dalam sektor pekerjaan, pemulihan ekonomi US atau perkembangan positif dalam ekonomi, maka umumnya harga emas akan jatuh.


Jika data-data ekonomi berbentuk negatif, contohnya pengangguran meningkat, inflasi naik, interest rate jatuh, USD dollar lemah berbanding matawang lain, maka umumnya harga emas akan meningkat.


Ini kerana pelabur melihat emas sebagai aset selamat ketika situasi tidak menentu. 


Namun jika pelabur merasakan ekonomi akan pulih maka mereka akan melaburkan duit ke tempat lain contohnya saham dan bon, menyebabkan harga emas akan jatuh.


Faktor kedua yang boleh menggerakkan harga emas dan seluruh pasaran adalah ucapan daripada orang-orang yang penting dan berkuasa besar di US.


Ada 3 orang yang penting dan berkuasa di US iaitu:

  1. Presiden US, Joe Biden
  2. Setiausaha Perbendaharaan US, Janet Yellen 
  3. Pengerusi US Federal Reserve, Jerome Powell


Sekiranya ucapan mereka ini memberi bayangan terhadap situasi ekonomi (semasa atau akan datang) perubahan dasar ekonomi dan dasar kewangan US, maka ia boleh menggerakkan pasaran.


Sekiranya anda dah faham 2 perkara di atas, sekarang kita tengok pula apakah faktor yang menggerakkan harga emas dan juga pasaran saham dalam tempoh beberapa hari ini.


Sidang Media Jerome Powell (Pengerusi US Federal Reserve) Pada 16 Jun 2021 Mempengaruhi Harga Emas Dunia


Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve telah membuat satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat FOMC
Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve telah membuat satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat FOMC


Pada 16 Jun 2021, Jerome Powell, Pengerusi US Federal Reserve telah membuat satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee).


Komiti FOMC ini bertanggungjawab untuk merumuskan polisi yang bertujuan menstabilkan harga dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi US.


Ucapan Jerome Powell sangat ditunggu-tunggu kerana ia menggambarkan pandangan FOMC terhadap situasi ekonomi semasa US.


Dalam ucapan beliau: 

  1. Pandangan pertama FOMC adalah, mereka meramalkan kadar inflasi naik tinggi pada tahun ini (2021)
  2. Kedua, FOMC bercadang untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah sekarang iaitu hampir 0% (iaitu 0.25%)


Namun, FOMC memberi bayangan bahawa ada kemungkinan berlaku DUA KALI KENAIKAN kadar faedah pada tahun 2023!


Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Fed memberikan gambaran bahawa mereka tidak ada sebarang perancangan untuk menaikkan kadar faedah sehingga tahun 2023.


Bila Jerome Powell membuat kenyataan ini, secara tidak langsung ia merupakan berita yang tidak disangka-sangka oleh pasaran. Keadaan ini telah menyebabkan pasaran saham jatuh dan emas turut jatuh teruk.


Ini disebabkan bila kadar faedah naik, maka pelabur akan cenderung untuk menyimpan duit dalam bank, akaun semasa dan produk-produk kewangan yang berkait rapat dengan kadar faedah.


Jadi pelaburan saham (yang dilihat berisiko tinggi) dan juga emas (yang dilihat tidak memberikan pulangan dalam bentuk interest) akan hilang tarikan.


Itulah yang ditafsirkan oleh pelabur.


Nota : Di Malaysia kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam akan cuba sedaya upaya menjauhkan produk kewangan yang berunsurkan riba (faedah) dalam urusan jual beli. Disebabkan itu kita mempunyai pilihan untuk memilih perbankan Islam. Tapi situasi itu adalah berbeza di US, sebab itu merupakan cara mereka untuk membuat keuntungan. 


Walau pun kemudiannya Jerome Powell berkata kenaikan kadar faedah ini belum pasti lagi, namun ucapan awal beliau telah menggerakkan pasaran dan menjatuhkan harga emas.


Jadi, itulah kuasa ucapan pengerusi US Fed. Ia boleh menggerakkan pasaran termasuklah emas.


Selain Emas, Harga pasaran Soybean Oil (Produk USA) juga turut jatuh


Beberapa hari ini Soybean Oil juga Turut Terjejas
Beberapa hari ini harga pasaran Soybean Oil juga Turut Terjejas

Harga pasaran soybean oil turun US5.50 dollar 

Untuk makluman anda, harga pasaran Soybean Oil (Produk USA) juga turut mempengaruhi harga pasaran FCPO di Malaysia.

Kebiasaannya kalau harga pasaran Soybean Oil jatuh pada malamnya, keesokan harinya harga FCPO juga akan jatuh.

Pada 14 Jun pelabur-pelabur FCPO masih lagi boleh mendapatkan keuntungan seperti dalam gambar di bawah.
Sumber : https://ezy.la/LaburFCPO


Cuma bila berlaku perubahan keadaan ekonomi US, termasuk kejatuhan harga emas, saham, dan Soybean Oil menyebabkan pelabur-pelabur FCPO turut mengambil langkah berhati-hati.

Dan betul seperti yang dijangka.

Pasaran Saham Di Malaysia Tidak Bergantung Sepenuhnya Dengan Ekonomi US

Pasaran saham di Malaysia tidak bergantung sepenuhnya kepada ekonomi US.

Bila berlaku perubahan keadaan ekonomi di US, hanya saham-saham tertentu sahaja yang terlibat iaitu syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan US.

Contohnya Coca-Cola.

Baru-baru ini heboh di media sosial tentang kejatuhan harga saham Coca-Cola berikutan beberapa pemain bola sepak ternama dunia mengalihkan botol Coca-Cola dari meja tempat mereka duduk, semasa sidang media EURO 2020 sedang diadakan. 


Tindakan CR7 mengalihkan botol Coca-cola mempengaruhi harga saham syarikat tersebut selaku penaja rasmi EURO2020
Tindakan CR7 mengalihkan botol Coca-cola mempengaruhi harga saham syarikat tersebut selaku penaja rasmi EURO2020 

Pada ketika ini, harga saham Coca-Cola jatuh. Jadi, sesiapa yang ada memiliki saham syarikat Coca-Cola akan berlaku penurunan harga saham tersebut.

Tapi, pada masa harga saham Coca-Cola jatuh menjunam, harga saham bagi syarikat-syarikat lain di Malaysia ada yang tidak terjejas. 

Malah, mungkin banyak syarikat yang terdapat di Bursa Saham Malaysia tidak terjejas berikutan perubahan keadaan tersebut.

Sekiranya ada saham syarikat di Bursa Malaysia yang jatuh, mungkin bukan disebabkan oleh keadaan ekonomi di US. Tapi atas sebab-sebab tertentu seperti operasi syarikat terjejas akibat Covid19, perubahan tampuk kepimpinan syarikat dan sebagainya.

Sebagai contoh boleh tengok dalam gambar di bawah, yang mana harga saham MPAY pada ketika ini sedang melonjak naik dan pemegang saham terbesar syarikat ini dimiliki oleh Dr Azizan Osman sebanyak 44 juta unit.


Viral : 44 juta unit saham Mpay dimiliki oleh Dr. Azizan Osman, Sumber : Klik Di Sini

Pada 18 Jun 2021, Macquarie Bank dari Australia telah menghantar Notis Langganan dan Jumlah Pembayaran bagi 10 juta unit saham pada harga RM0.214 sen seunit.


Cuba kira berapa harga saham yang dimilik oleh Dr Azizan Osman dalam syarikat tersebut?


RM0.214 X 44,000,000 = RM9,416,000


RM9.416 juta


Wow! Inilah antara kelebihan memiliki saham-saham syarikat yang stabil dan berpotensi untuk berkembang seperti syarikat MPAY - Managepay Systems Berhad.


Bila harga saham naik, para pemegang saham boleh menikmati keuntungan tersebut.


Jadi, secara rumusannya itulah serba sedikit perkaitan antara ekonomi US, emas, saham, SoyBean Oil dan FCPO


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)