Showing posts with label Homestay. Show all posts
Showing posts with label Homestay. Show all posts

Kenapa Ramai Orang Nak Sewa Homestay pada 10.10.2020??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kenapa Ramai Orang Nak Sewa Homestay pada 10.10.2020??

....

Haah... Kenapa yer? 

Boleh tak anda bantu saya bagi jawapan?


Kenapa Ramai Orang Nak Sewa Homestay pada 10.10.2020??

Cara nak Tentukan Harga Sewaan Homestay dan Kadar Keuntungan Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sejak akhir-akhir ni ramai pengusaha homestay rasa serba salah nak letakkan kadar sewa homestay yang sepatutnya mereka kenakan kepada penyewa.

Nak letak harga murah, risau tak balik modal. Rugi!

Nak letak harga mahal, risau tak ada orang nak sewa homestay.

Serba Salah...


Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit info yang telah saya perolehi melalui pembacaan.


Pertama sekali : pada asasnya dalam mana-mana perniagaan, sudah tentu kita mengharapkan keuntungan. Betul kan?

Kalau kita berniaga tapi tak untung. Buat apa berniaga? betul tak?


Kedua : Bila kita berniaga, kita perlu letakkan satu matlamat berapa peratus keuntungan yang kita nak capai dalam tempoh satu bulan


Ketiga : Bila kita dah set matlamat keuntungan yang kita nak capai, kita kira pula kos yang perlu kita keluarkan dengan mengambil kira target jualan yang realistik berapa boleh dicapai dalam tempoh 1 bulan

Macamana nak dapatkan sales RM1 juta setahun dalam bisnes homestay?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini sedang viral di media social tentang sales RM1 juta.

"Kalau tak boleh nak dapat sales RM1 juta baik tak payah berniaga" Ayat Sentap

Ni antara ayat sentap (kenyataan) yang dikeluarkan oleh orang yang berpengaruh dalam bidang peniagaan di Malaysia.

Modal Beli Hartanah dan Buat Homestay Di Langkawi Tak sampai RM11 Ribu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini saya banyak mengikuti perkembangan Tuan Shafie Bustan (Jutawan Homestay Idola) di media sosial disebabkan beliau memiliki beberapa buah homestay yang unik.

Dalam post pada kali ini saya nak kongsikan salah satu daripada homestay beliau yang dibeli dan dijadikan sebagai homestay dengan modal tak sampai RM11 ribu.

Sumber : Klik Di Sini
Pemandangan dari Homestay Milik Tuan Shafie Bustan di Langkawi yang dibeli dan di buat homestay dengan modal tak sampai RM11 Ribu

Jutawan Homestay Idola : Untung RM490 Ribu pada 28 Julai 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila sebut tentang Jutawan Homestay, hanya dua orang sahaja yang bermain di minda saya iaitu tuan Shafie Bustan (Jutawan Homestay Idola) dan tuan Faridil Atras (Penulis ebook Jutawan Homestay).

Kedua-duanya mempunyai kisah kejayaan (bukti) yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada pengusaha-pengusaha homestay dan juga para pelabur hartanah.

Antara mereka berdua (tuan Shafie Bustan (Jutawan Homestay Idola) dan tuan Faridil Atras (Penulis ebook Jutawan Homestay)), saya lebih tertarik untuk mengikuti kisah dan perjalanaan tuan Shafie Bustan disebabkan beliau seorang pengusaha homestay dan pelabur hartanah yang unik dan Rajin.

Anda boleh tengok sendiri ketiga-tiga homestay yang beliau miliki. Masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Senarai Homestay yang dilimiki oleh Shafie Bustan (Jutawan Homestay Idola)


1. Homestay Kontena Melaka

Alternatif Lain Jana Pendapatan Melalui Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam (20 Julai 2020, Isnin) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya:
  • Sentiasa berjaga-jaga
  • Sila Patuhi kesemua SOP. 
  • Elakkan pergi ke tempat yang sesak dan ramai orang. 
Jangan sampai Perintah Kawalan Pergerakan (seperti Fasa 1) berulang kembali..

Sekiranya perintah kawalan pergerakan (seperti fasa 1) berulang kembali: 
  • Ramai orang yang akan susah. 
  • Ramai orang tak boleh keluar mencari rezeki. 
  • Bisnes-bisnes banyak yang tidak boleh beroperasi seperti biasa. 
  • Bila bisnes tak boleh nak beroperasi, ramai rakyat Malaysia akan terjejas sumber pendapatan termasuklah pengusaha-pengusaha homestay.

Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak

Sekiranya anda sedang mencari Homestay di sekitar kawasan Kamunting Taiping Perak, anda boleh menghubungi pemilik Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak

Homestay ini menyediakan kemudahan yang selesa bagi setiap keluarga yang datang dari jauh, untuk menyelesaikan urusan mereka di sekitar kawasan Kamunting, Taiping Perak.



Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak

Homestay di Balok Perdana Kuantan Pahang

Homestay Erney Guest House Balok Perdana terletak di kawasan perumahan Balok Perdana, Kuantan Pahang


Homestay di Balok Perdana Kuantan Pahang
Homestay di Balok Perdana Kuantan Pahang

Fahaz Homestay di Lumut Perak


Sekiranya anda sedang mencari Homestay di sekitar kawasan Lumut Perak, anda boleh menghubungi pemilik Fahaz Homestay di Lumut Perak

Homestay ini menyediakan kemudahan yang selesa bagi setiap keluarga yang datang dari jauh, untuk menyelesaikan urusan mereka di sekitar kawasan Lumut Perak.



Homestay di Lumut Perak
Fahaz Homestay di Lumut Perak

Antara Aktiviti yang Pernah Dilakukan di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

Semenjak Pak Ya homestay Seri Iskandar Perak mula beroperasi pada pertengahan Jun 2017, terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan di Homestay ini. 

Aktiviti yang Pernah Dilakukan di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

Walaupun homestay ini merupakan homestay biasa, tetapi terdapat beberapa aktiviti yang pernah dilakukan oleh mereka yang tinggal di homestay ini seperti:

Homestay Brunsfield di Shah Alam Selangor

Homestay Brunsfield di Shah Alam merupakan sebuah Homestay yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Homestay ini diharapkan dapat memberi keselesaan kepada keluarga yang datang dari jauh, untuk menyelesaikan urusan di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor.


Homestay di Shah Alam Selangor
Homestay Brunsfield di Shah Alam Selangor

Takkan Bawa Student saya tinggal di HOTEL melainkan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semenjak tahun 2011 saya mula membawa pelajar-pelajar saya menyertai Pertandingan-pertandingan Catur di seluruh Malaysia sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, dalam tak sedar dah hampir 10 tahun rupanya saya terlibat dalam dunia percaturan.. Dah boleh buat Majlis kesyukuran sempena 1 dekad dah ni... ;)

Kisah-kisah perjalanan saya bersama pelajar-pelajar saya ada saya kongsikan sebahagiannya dalam blog:

Cara Paling Mudah nak Mengumpul DATABASE Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam (7 Jun 2020, Ahad) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berita gembira kepada seluruh Rakyat Malaysia, di mana Kebenaran Merentas Negeri telah diberikan dalam tempoh Perintah Kawalan pergerakan Pemulihan (PKPP).

Syukur Alhamdulillah. Sejak berita tersebut diumumkan, orang ramai sudah mula membuat survey untuk mencari Hotel dan Homestay sebagai tempat penginapan untuk percutian mereka.

Cara Paling Mudah nak Mengumpul DATABASE Homestay
Cara Paling Mudah nak Mengumpul DATABASE Homestay

Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sinopsis Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya.


Sumber : Klik Di Sini

"Akhirnya saya jatuh bankrap dalam usia yang muda di mana saya berhutang lebih Setengah Juta Ringgit!

Selepas hidup saya berhutang dengan banyak, saya kehilangan satu-persatu benda dalam kehidupan saya sehingga hidup saya kemurungan dan hidup saya jadi tak menentu.

Di sebalik masalah yang terjadi, saya berjaya bangun semula walaupun status masih bankrap sehingga kini.

Saya masih melangsaikan hutang, saya masih boleh buat duit puluhan ribu, masih boleh memiliki kereta dan masih boleh hidup berbelanja seperti biasa.

Apa yang saya buat?

Anda boleh belajar sesuatu dari Ebook saya ni. Semuanya saya kongsikan dalam Ebook ni termasuk gambar setiap perjalanan perniagaan saya sehingga berjaya membuka perniagaan.

Saya berkongsikan semuanya apa yang perlu anda buat dan tidak perlu anda buat untuk bangun semula."

Hafiz Mansor, penulis buku Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya.

Klik sini untuk download: https://bit.ly/daribankrapJadiKaya


Senarai 13 Hotel Terkenal Di Malaysia Yang DiTutup Kerana Covid-19

Sumber : Klik Di Sini

Dalam post kali ini, saya nak  menyentuh sedikit berkaitan dengan 2 topik di atas iaitu:
  1. Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya?
  2. Senarai 13 Hotel Terkenal Di Malaysia Yang DiTutup Kerana Covid-19

Dalam tempoh KPK-Covid19 ni, terlalu ramai yang terjejas sumber pendapatan terutamanya dalam sektor pelancongan dan pengangkutan.

Terdapat ramai pekerja dalam sektor tersebut yang telah diberhentikan kerja berikutan majikan sudah tidak mampu lagi untuk menampung "Overhead cost". Dan yang lebih menyedihkan lagi terdapat Hotel Terkenal di Malaysia yang terpaksa ditutup akibat COVID19.

Selain hotel, taman-taman tema, panggung wayang, resort, tempat-tempat percutian, tempat-tempat peranginan, pulau-pulau, Zoo, Muzium dan pemilik Homestay/Rumah Tamu/Guest House juga turut terkesan disebabkan penularan COVID-19 di seluruh dunia...

Sebagai contoh, kami juga ada mengusahakan homestay untuk unit-unit seperti berikut:
  1. Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
  2. Pak Ya Homestay Di Batu Gajah Perak 2 (Rumah Corner Lot)
  3. Pak Ya Homestay Di Batu Gajah Perak 1 (Rumah Teres 1 Tingkat)
Sepanjang tempoh PKP (Fasa 1 hingga fasa 4), kemudian ditambah pula dengan tempoh PKPB semua tempahan homestay telah dibatalkan untuk kebaikan bersama

Jadi, sepanjang tempoh tersebut (18 Mac hingga sekarang 25 Mei 2020) homestay  tidak mendatangkan sebarang hasil selama hampir 3 bulan.

Cuba anda bayangkan, sewa rumah nak kena bayar melainkan anda buat pinjaman bank dan memenuhi syarat untuk dapat Moratorium. Kemudian kena bayar juga bil api, bil air, bil Astro, bil Indah Water, dan lain-lain (bergantung kepada jenis rumah).

Biasanya duit sewa homestay dapat digunakan untuk membayar kesemua sewa dan bil-bil di atas. Tapi, bila dalam tempoh 3 bulan langsung tiada sebarang hasil... nak cari duit dari mana nak bayar kesemua sewa dan bil-bil di atas?

Bila difikirkan masalah tentang wang ni ni boleh stress dibuatnya...
Jadi, tak hairanlah bila kita baca tajuk berita di atas ada 13 Hotel Terkenal Di Malaysia Yang DiTutup Kerana Covid-19.

Sebagai pemilik Hotel, sudah tentu lebih besar kos yang perlu mereka tanggung dalam tempoh 3 bulan tersebut termasuk bayar gaji dan jaga kebajikan pekerja. Kesian kan..


Cari Jalan Keluar Daripada Masalah Dengan membaca Pengalaman orang lain

Bila kita berhadapan dengan masalah besar seperti ini, kita tak boleh duduk diam dan berserah diri macam tu sahaja. Kita perlu mencari jalan keluar terhadap pemasalahan tersebut.

Salah satu cara untuk mencari jalan keluar ialah dengan mambaca kisah dan pengalaman orang lain.

Ya! Sepanjang tempoh 3 bulan ini, ada beberapa buku yang saya baca. Anda boleh tengok dalam senarai Bahan Bacaan saya (Klik Di Sini)

Salah satu bacaan yang saya rekemenkan ialah Buku Bagaimana BANKRAP menjadikan aku kaya?..

Anda boleh baca semula sinopsis tentang buku ini di atas.. Saya tak larat nak taip semula sinopsis buku ini di bawah...

Sumber : Klik Di Sini

Saya dah beli buku ini sejak dari tahun 2016 lagi kalau tak silap saya. Masa tu ada cetakan HardCopy (Buku Fizikal). Sekarang Buku Cetakan Hard Copy dah Sold Out.. Dah tak ada dijual di mana-mana lagi..

Kalau nak beli buku ini, kena beli secara Soft Copy (Digital) dalam format ebook.

Beza Buku Fizikal dan ebook ialah dari segi harga... Harga beli ebook jauh lebih murah berbanding semasa saya beli buku fizikal dulu...

Sekiranya anda mempunyai masalah tentang kewangan/perniagaan sepanjang tempoh PKP-COVID19 ini, saya syorkan sangat supaya anda baca ebook ini. 

Melalui buku ini secara tidak langsung akan dapat memberi semangat dan memotivasikan diri anda... Bila anda dapat tengok ada orang yang bernasib lebih teruk lagi berbanding anda sehingga diisytiharkan BANKRAP (Muflis)... tapi Alhamdulillah masih boleh berjaya sehingga sekarang..

Setelah bangkit daripada kegagalan tersebut, kini beliau banyak membuat perkongsian ilmu dengan harapan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia supaya tidak melakukan kesilapan demi kesilapan seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini.. 

Berikut merupakan senarai Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada beliau yang boleh dijadikan sebagai panduan:
Sumber : Klik Di Sini

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini...
Semoga dapat memberi manfaat kepada anda..

Info Berkaitan:


#HikmahPKP : Kenapa Saya Tak Promote homestay di website milik OTA seperti Airbnb, Agoda, dan Booking.com??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya harap semua pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam tempoh Perintah Kawal Pergerakan, PKPB-COVID19.


Di "dinding" facebook saya semalam, saya ada menulis satu post tentang Kenapa saya tak Promote homestay di website milik agensi pelancongan online (OTA) seperti Airbnb, Agoda, Booking.com. 

Dan Post tersebut telah mendapat perhatian beberapa orang rakan, termasuk pengusaha-pengusaha homestay.

Baiklah! hari ni saya akan kongsikan jawapannya...
Jawapannya ialah LIST!
Seperti kata mat Salleh, LIST Is a Money!

Peluang Buat Duit Raya Dengan Bekerja 100% dari Rumah Dalam Tempoh PKPB COVID-19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya doakan semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat semasa menjalani Ibadah berpuasa (bagi yang beragama Islam) dan terus bersabar dalam menjalani kehidupan sepanjang Tempoh PKP dan PKPB ini. Manfaatkanlah 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan sebaiknya supaya kita berpeluang untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang Senarai 13 Kerja yang boleh dilakukan dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP (FASA 4) . Ada ke yang dah baca dan praktikkan salah satu daripada 13 kerja dari rumah tersebut?
Kalau belum, boleh klik pada link di atas untuk baca dan praktikkan mana-mana kerja dari rumah yang bersesuaian dengan minat anda.

Sumber : Klik Di Sini

Bagaimana Pemilik Bisnes Homestay dapat Bertahan Sepanjang Tempoh PKP-COVID19?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya harap semua pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam tempoh Perintah Kawal Pergerakan, PKP-COVID19.

Semenjak Coronavirus dan COVID19 meniti dibibir-bibir masyarakat seluruh dunia, Industri pelancongan di Malaysia sangat terkesan.

Kebanyakan Bilik-bilik hotel, resort dan homestay mulai kosong tanpa kehadiran penyewa. Pemilik-pemilik homestay mula kehilangan sumber pendapatan. 

Tarikh-tarikh Homestay yang telah ditempah oleh penyewa sebelum ini terpaksa dibatalkan. Ianya secara tidak langsung memberikan tekanan yang cukup hebat kepada pemilik-pemilik homestay. Terutamanya mereka yang bergantung 100% kepada pendapatan melalui homestay.

Homestay Syazwina Aisy di Seri Iskandar, Perak..

Sekiranya ada yang ingin mencari Homestay murah ketika bercuti ke Seri Iskandar Perak, Saya syorkan anda menginap di Homestay Syazwina Aisy yang terletak di alamat:

No. 48, Jalan Lakeville 30, Bandar Universiti,Seri Iskandar, Perak. 


Senarai Rujukan Hartanah dan Pengurusan Kewangan (Versi Bahasa Melayu)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan selamat datang ke Blog Myhomestay4u.net dan terima kasih kerana telah memuat turun ebook Senarai Homestay di Malaysia (Edisi ke 3) V2 yang disediakan secara Percuma kepada pengunjung blog ini. 

Link Muat Turun ebook tersebut telah dihantar melalui email yang anda daftarkan semasa memohon untuk mendapatkan ebook tersebut. Anda boleh buka email anda untuk mendapatkan Link tersebut.

Semoga Objektif penerbitan ebook tersebut iaitu untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan Senarai Homestay yang diperlukan di seluruh Malaysia tercapai…. Dan semoga penerbitan ebook tersebut juga akan turut menjadi saham akhirat buat diri penulis… In Shaa Allah... Ameen..
..
..

Homestay Sg Besar

HOMESTAY Sg Besar

Assalamualaikum...

HOMESTAY yang selesa kepada pengunjung ke Sungai Besar atau Sabak Bernam.
Rumah Semi-D di Taman Budiman, Sungai Besar.


Homestay Sg Besar
Homestay Sg Besar 

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)